Sebenarnya bisnes online ni sama je dengan bisnes offline. Beza bisnes online ni ianya dilalukan secara atas talian. Untuk tambah pendapatan dengan bisnes online, anda sebenarnya perlu tukar gaya bisnes sahaja. Saya nak kongsikan beberapa jenis bisnes online terkini yang boleh dilakukan tanpa sebarang modal.
Cadangan Bisnes Online
Saya ingin mencadangkan anda beberapa jenis bisnes online yang anda boleh mulakan sekarang tanpa modal. Antara bisnes yang boleh dibuat adalah;
- Berniaga di Shopee
- Jual Ebook Klikjer
- Jana duit USD dengan Shopify
- Jual Produk Fizikal/Servis
Cukuplah 4 tu dulu.
Isi Kandungan
1. Berniaga di Shopee
Berniaga di Shopee ni dah macam satu trend zaman sekarang ni. Ramai orang menjual di Shopee tak kiralah jual tudung ke, sambal goreng ke, peralatan elektrik ke (bagi pemilik kedai atau dropship), dan lain lain.
Memang kebanyakan barang ada yang diimport dan dijual oleh orang dari negara China, tapi platform Shopee itu sendiri sebenarnya memudahkan orang ramai (tempatan) berniaga secara online tanpa perlu pening kepala memikirkan nak buat sistem kedai online yang canggih.
Walaubagaimanapun, persaingan kat Shopee ni sengit sebab ramai betul yang menjual gunakan platform ni. Jadi pada mereka yang ada strategi sahaja yang boleh mendapatkan perhatian dan kepercayaan pelanggan. Anda boleh mendapatkan panduan berniaga online di Shopee untuk belajar beberapa perkara asas bagi memulakan bisnes di Shopee.
2. Jual Ebook di KLIKJER
Klikjer merupakan satu platform yang disediakan untuk anda menjual produk penulisan anda (dalam bentuk ebook) atau jual produk digital (ebook) orang lain.
Dalam klikjer, terdapat banyak ebook yang boleh anda jual dan dapatkan komisen dari hasil penjualan.
Konsepnya mudah, anda hanya perlu promote link affiliate anda supaya orang beli produk ebook berkenaan dan anda mendapat komisen dari hasil penjualan itu.
Konsepnya memang mudah, promote link dan dapat komisen untuk setiap jualan. Tapi ianya bukanlah semudah itu. Ada beberapa langkah yang perlu dibuat untuk pastikan orang berminat nak beli produk ebook tu dari link anda. Bukannya sekadar blast atau spam link affiliate anda tu ke Whatsapp atau post ke facebook status dan berharap orang klik dan beli.
Sama macam bisnes online lain, untuk buat duit dengan klikjer ini anda juga perlukan susun langkah dah strategi jugak. Sahabat saya ada menyediakan panduan buat duit dengan klikjer bagi mereka yang berminat untuk jana pendapatan dengan affiliate ini.
3. Jana Pendapatan dalam USD dengan Shopify
Ini adalah salah satu cara bisnes online yang popular di luar negara. Kebanyakan mereka menjadi jutawan dengan hanya menjual satu barang secara online.
Shopify ni merupakan 1 website yang anda akan bina untuk jual produk-produk yang trending ke seluruh dunia.
Kalau anda baca panduan Rahsia Shopify ni, akan diajarkan cara untuk dapatkan produk yang boleh dijual, cara dapatkan supplier produk, cara nak setup laman shopify, cara nak hasilkan jualan (conversion) dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda serius untuk bisnes online jual barang ke seluruh dunia, inilah caranya.
4. Jual Produk Fizikal dan Servis
Sama seperti anda hendak menjual barang atau servis dengan kawan-kawan anda, begitulah juga dengan teknik jual produk fizikal dan servis ni.
Saya sendiri menjual servis (perkhidmatan) saya secara online menggunakan blog percuma. Dalam sebulan saya berjaya menjana lebih RM1,000 dari cara ini.
Konsepnya tak rumit.
- Saya ada servis (runner JPJ),
- Saya nak orang gunakan servis yang saya sediakan,
- Saya ‘bagitau’ pada orang ramai servis yang saya gunakan guna blog
- Orang yang nak guna servis saya buat carian di Google dan jumpa blog saya
- Mereka hubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan saya,
- Mereka bayar saya, saya selesaikan masalah mereka.
- Setel.
Kadang-kadang orang fikir terlalu rumit untuk mendapatkan pendapatan. Sedangkan ianya sebenarnya mudah dan ringkas.
Ada juga orang pening bukan sebab tak faham bisnes online, tapi terma atau perkataan yang digunakan dalam panduan bisnes online tu terlalu jargon, terlalu asing dan terlalu teknikal sampai susah nak difahami.
Bahasa Asas Dunia Bisnes Online
Saya tengok banyak bahan dan penulisan yang berkongsi berkaitan bisnes online kat Malaysia ni. Cuma saya yang saya perasan, penggunaan bahasa untuk menerangkan topik-topik bisnes online kat Malaysia ni kebanyakannya agak advance yang mungkin sukar difahami bagi mereka yang baru nak berjinak dalam bisnes online ni.
Bahasa-bahasa jargon dalam Bisnes Online
Saya tak cakap orang lain la, sebab saya sendiri pun gunakan perkataan-perkataan yang sebenarnya agak jargon. Saya letakkan diri saya masa mula-mula baca panduan berkaitan bisnes online, memang susah nak faham.
Ok saya kongsikan antara perkataan yang biasa digunakan dalam penerangan berkaitan panduan bisnes online.
- Affiliate
- Conversion / Convert
- Database
- Marketplace
- Platform
- Channel
- Niche
Affiliate
Maksud affiliate dalam bahasa mudah dia adalah jadi ejen. Contohnya Cik Timah ada jual kerepek pisang.
Saya pulak nak jadi affiliate (ejen) kepada Cik Timah untuk jual kerepek pisang tu. Dengan kata lain, saya yang tolong promote dan buat jualan untuk kerepek pisang Cik Timah tu. Nanti kalau ada orang beli, saya dapat la upah (komisen) dari setiap hasil jualan tu. Contoh 1 paket kerepak pisang RM25, saya akan dapat RM10 sebagai komisen. Lagi banyak saya jual kerepek pisang milik Cik Timah tu, lagi banyak la komisen yang saya dapat nanti. Pandai-pandai saya la nak jual camna pun, yang penting hasil dari jualan saya dapat komisen.
Conversion / Convert
Ini salah satu jargon yang mengelirukan saya masa mula-mula belajar bisnes online dulu. Maklumlah dulu english saya tak berapa bagus.
Perkataan conversion tu sendiri berasal dari convert. Maksud convert adalah tukar. Yang dimaksudkan conversion dalam bisnes online adalah menghasilkan jualan dari pelanggan. Maksud yang lebih tepat adalah menukarkan bakal pelanggan kepada pembeli.
Contoh: Saya berjaya membuat 2 conversion pada hari ini dalam penjualan kerepek pisang. Mula-mula saya cakap la kat bakal pelanggan tu yang kerepek pisang ni sedap dan murah, lepas tu dia bersetuju untuk beli sepeket kerepek pisang. Itulah dia conversion, saya berjaya buat jualan kerepak pisang. Conversion: proses tukar bakal pelanggan jadi pelanggan/pembeli.
Database
Database ni kalau diterjemah maksud dia pengkalan data. Tapi untuk mudahkan pemahaman penggunaan dalam bisnes online, ianya dimaksudkan senarai pelanggan. Senarai pelanggan ni digunakan untuk pelanggan dihubungi semula. Alaahhh macam Pakistan yang jual karpet kat kampung-kampung tu, diaorang simpan database pelanggannya (nama dan nombor telefon) untuk dihubungi dikemudian hari. Sama ada untuk kutip hutang, atau offer kain syantik syantik.
Marketplace
Maksud bahasa melayunya adalah tempat pasar. Ha betul dah tu, memang itulah maksudnya. Marketplace adalah tempat untuk memasarkan sesuatu. Biasanya penggunaan perkataan Marketplace kat bisnes Online Malaysia ni adalah merujuk kepada 1 tempat atau platform yang menjual barang (pelbagai barang).
Contohnya Lazada, Shopee, Mudah, Klikjer (jual/buat ebook). Tu semua dipanggil marketplace. Tempat dimana ramai peniaga menjual barang-barang dan pembeli datang untuk membeli barang.
Platform
Platform pulak adalah satu medium atau tempat yang digunakan untuk sesuatu tujuan.
Contoh: “Eh Syafik, ko berniaga online guna platform apa?”
Syafik: aku guna Shopee je, senang takyah buat website. Kau guna platform apa pulak? Lazada ke?
“Eh taklah, aku guna blog je sebagai platform menjual sambal hijau aku”
Gitulah lebih kurang….
Channel
Maksud channel adalah saluran. Dalam bisnes online, maksud channel tetap sama iaitu saluran. Boleh terkeliru antara Channel dan Platform ni. Takpelah, saya bagi contoh biar tak terkeliru.
Syafik: Biasanya kau promote kat mana sambal hijau kau ni?
“Ada beberapa channel yang aku gunakan bro, aku promote guna (saluran) facebook page, youtube, Whatsapp malah blog aku sendiri adalah salah satu channel pemasaran aku”
Niche
Maksud niche dalam bisnes online adalah jenis atau kategori bisnes yang dilakukan. Kalau seseorang tu jual rumah, bisnes dia adalah niche hartanah. Dah tu je nak terangkan.
Belajar Buat Bisnes Online
Sebenarnya bisnes online ni sama je dengan bisnes yang kat luar tu (offline). Kalau bisnes offline perlu menjual secara bersemuka, tapi bisnes online semua proses pemasaran, pengiklanan dan transaksi dilakukan secara online iaitu guna internet dan komputer/smartphone.
Kalau nak diikutkan, sama je proses bisnes online dengan bisnes offline ni. Ada produk -> cari pelanggan -> dapatkan jualan.
Cara offline: Bukak kedai, atau promote secara bersemuka untuk mendapatkan jualan.
Cara online: Bina blog/online marketplace, promote guna saluran yang sesuai dan transaksi bayaran dilakukan secara atas talian.
Skill utama yang diperlukan tak kira menjual secara offline atau online adalah asas pemasaran. Tahu kat mana nak pasarkan atau nak war warkan produk yang dijual. Kalau tahu asas ni, insyaAllah boleh susun strategy pemasaran untuk produk yang berbeza.
Sebagai contoh, saya akan terangkan strategi yang betul untuk promote link affiliate pada artikel yang akan datang.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di ruang digital untuk membangunkan perniagaan. Namun unutk jangka masa panjang ada baiknya mempunyai platform sendiri seperti blog yang mana pautannya boleh dikongsi ke channel digital yang lain. Media sosial sebagai tempat hebahan, manakala blog sebagai kedai.