Buat Duit Dengan Klikjer – Affiliate Malaysia

Klikjer merupakan satu tempat yang mana kita boleh jual ebook kita sendiri atau jual ebook orang lain. Pendek kata, memang boleh buat duit dengan klikjer ni sama ada anda terbitkan ebook sendiri atau pilih mana-mana ebook berkualiti lain untuk dijual.

Contoh ebook-ebook yang dijual dalam klikjer.

Konsep Jual eBook Orang lain dalam klikjer

Konsep menjual ebook keluaran klikjer adalah sangat mudah.

  1. daftar akaun klikjer
  2. pilih ebook yang nak dijual
  3. promote link ebook
  4. terima komisen dari jualan yang terhasil.

Nampak mudah kan? cuma daftar, pilih ebook, promot dan terima komisen. Memang nampak mudah tapi setiap langkah perlu dibuat dengan cara dan strategi yang betul.

Penekanan adalah pada step nombor 3 iaitu promot link ebook.

Cara Jual Ebook atau iklankan link Affiliate Klikjer

Cara nak promot link affiliate ebook tu perlu dilakukan dengan baik. Bukan terus spam atau blast di group-group facebook, Whatsapp secara membuta tuli. Kita perlu sebarkan/hantar link affiliate ebook yang kita hendak jual pada orang yang betul.

Cuba bayangkan kita jual ebook Panduan Menternak Kambing kepada pelajar sekolah rendah? Atau jual Panduan Bebas Hutang kepada golongan pelajar sekolah menengah. Bukan tak boleh, tapi tak berapa tepat. Rasanya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah tu tak nak klik pun link affiliate yang anda sebarkan itu, apatah lagi nak membaca, jauh sekali nak beli.

Perkara promosi ni akan jadi susah sekiranya kita tak nampak gambaran jelas bakal pelanggan kita. Kalau dah nampak, fuh! Rasa nak jual semua ebook yang ada dalam klikjer tu.

Contoh Komisen Dikira

Ini merupakan paparan hasil jualan ebook yang berjaya saya jual.

Setiap jualan akan direkod dalam sistem klikjer dan akan dibayar pada 5hb pada setiap bulan. Pembayaran dilakukan mengikut bank pilihan kita sendiri.

Gambar diatas ini adalah paparan akaun klikjer saya sendiri yang mana saya promosikan 1 produk dalam blog saya.

Buat duit dengan terbitkan ebook sendiri dalam klikjer

Sekira nya anda sudah mahir dalam mempromosikan ebook orang lain, mungkin satu masa anda ingin terbitkan ebook sendiri.

Anda akan dibayar royalti dari setiap jualan ebook yang anda terbitkan dalam klikjer. Sekiranya topik ebook anda itu menarik, akan ramai yang akan tolong promote ebook anda itu. Anda tak perlu buat apa-apa, hanya tunggu royalti dibayar setiap bulan oleh pihak klikjer.

Untuk terbitkan ebook di klikjer anda perlu mengikut template yang telah ditetapkan oleh pihak klikjer.

Pihak klikjer ada menyediakan tools dan template ebook bagi anda yang hendak menerbitkan ebook di platform mereka. Anda hanya perlu siapkan ebook, pihak klikjer akan membuatkan sistem pembayaran, salespage, dan design cover ebook secara percuma sekiranya ebook anda diterima oleh pihak mereka.

Menarik kan?

Jadi anda pilih yang mana? Nak promote ebook orang lain atau terbitkan ebook sendiri dan terima royalti setiap bulan?

Kedua-duanya boleh buat duit sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.

Tengok video penerangan saya tentang buat duit dengan klikjer.

Cara membuat jualan dengan klikjer

Dalam usaha untuk membuat jualan ebook klikjer, meletakkan link affiliate pada tempat yang betul memainkan peranan yang penting.

Bukan sekadar copy paste code affilate tanpa hala tuju. Anda boleh teruskan bacaan bagaimana cara saya meletakkan link affiliate saya di blog. Dalam artikel berkenaan saya kongsikan asas copy link affiliate klikjer dan cara meletakkan (paste) link affiliate dalam artikel.