Kalau kat Malaysia ni, program affiliate yang boleh kita buat antara lain adalah menggunakan platform Involve Asia. Kali ini saya akan tunjukkan cara untuk daftar affiliate Shopee guna Involve Asia. Selain Shopee, anda juga boleh buat link Affiliate Lazada menggunakan platform ini. Saya akan tunjukkan cara untuk promosikan link affiliate dengan cara yang betul. Teruskan bacaan.
Isi Kandungan
Daftar akaun Involve Asia
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mendaftar akaun di Involve Asia. Sebab dengan platform inilah kita akan membuat link affiliate Shopee nanti. Bukan je Shopee, malah anda boleh buat link affiliate Lazada jugak. Cuma untuk program affiliate lazada di Involve asia ni, komisen hanya dikira sekiranya pembeli membeli menggunakan aplikasi Lazada. Kalau Shopee, komisen dikira tak kira pembeli beli guna aplikasi Shopee atau dari web Shopee.
Dalam platform Involve Asia ini, anda perlu mengisi bahagian Property. Ianya sama ada blog anda dengan domain sendiri, atau akaun media sosial anda (facebook, twitter, youtube dan lain-lain).
Cari Produk yang hendak dipromosikan di Shopee
Langkah seterusnya setelah mencari produk yang hendak dipromosikan. Untuk ini, sudah tentu anda perlu pergi ke laman web Shopee (Versi Web) dan pilih produk yang anda nak promosikan itu.
Contoh anda nak promosikan makanan viral tik tok Everyting Bagel. Taip di kotak carian Shopee tu “Everything Bagel” kemudian copy url produk tu. Tengok contoh di bawah ini betul-betul
Buat link Affiliate Shopee guna Involve Asia
Bila dah copy, paste url tadi ke bahagian Deeplink Generator di Involve Asia. Caranya adalah dengan pergi ke bahagian menu Promosi > Deeplink Generator. Kemudian pilih Shopee dan klik butang Generate.
Siap satu link affiliate Shopee yang dibuat menggunakan platform Involve Asia. Siap sedia untuk dipromosikan di Blog atau media sosial anda. Anda boleh rujuk cara letak link affilate di artikel Cara Promosi Affliate Klikjer. Konsepnya lebih kurang sama.
Cara Promosikan Link Affiliate Shopee
Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda boleh promosikan link affiliate tadi di platform lain seperti Youtube (dalam description video), twitter atau facebook. Kalau ada Whatsapp group atau Telegram pun boleh. Tapi pastikan jangan buat spam, iaitu hantar secara membuta tuli. Nanti orang annoying pulak.
Paling ideal adalah dengan meletakkan link di Blog atau Youtube. Sebab konten dalam Blog dan Youtube ini kekal dan boleh dibaca oleh orang yang mencari berkenaan sesuatu topik tu.
Pendapatan buat Affiliate Involve Asia
Saya sudah beberapa kali menerima komisen dari affiliate yang saya usahakan menggunakan Invovle Asia. Sama ada produk tu dari Shopee atau Lazada, ianya atas pilihan saya. Secara peribadi, saya lebih suka promosikan produk dari Shopee berbanding Lazada atas sebab yang saya jelaskan pada subtopik Daftar Akaun Involve Asia di atas.
Walaupun komisen yang diterima tak lumayan, saya tetap bersyukur. Namun sekiranya anda lebih berminat untuk jual produk di Shopee, anda boleh dapatkan panduan untuk berniaga di Shopee yang dijual di marketplace Klikjer.