Cara Efektif Promosi link Affiliate Klikjer di Blog

Antara cara paling efektif promosi link affiliate klikjer adalah dengan menggunakan blog. Ada juga cara lain yang lebih advance seperti yang diterangkan oleh sahabat saya Azian Usman di Rahsia Affiliate Klikjer.

Sebelum tu mungkin anda boleh baca asas klikjer dalam artikel saya Buat Duit dengan Klikjer. Anda akan nampak gambaran secara jelas bagaimana anda boleh buat duit secara online dengan klikjer ini.

3 langkah asas untuk promosikan link affiliate klikjer anda.

asas cara promosikan link affiliate klikjer

Pilih Ebook di Klikjer

Selepas anda login akaun klikjer.com, klik pada menu marketing material dan kemudian klik pada Banners seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

kemudian klik pada menu Marketing Group dan pilih ebook yang hendak dipromosikan.

tekan butang Display Banners selepas anda membuat pilihan ebook.

Anda juga boleh pilih ebook di marketplace dan membuat sedikit pembacaan sebelum anda betul-betul pilih ebook yang hendak anda jual. Anda boleh terus masuk ke laman marketplace Klikjer untuk tujuan itu. Kalau pilih ebook di marketplace ni lebih mudah. Lepas dah decide nak jual ebook yang mana, kembali ke laman panel tadi untuk membuat pilihan dari senarai pulak.

Paparan di marketplace klikjer

Cara Copy Link Affiliate di Klikjer

Selepas anda pilih ebook yang hendak dijual dan klik butang Display Banners seperti arahan diatas, anda akan dipaparkan dengan code dan link affiliate dalam bentuk banner pelbagai saiz untuk diletakkan dalam blog atau web.

Paparannya adalah seperti ini;

ada pelbagai bentuk dan saiz banner yang disediakan.

Anda boleh terus copy keseluruhan code dan letakkan banner itu di blog atau website anda. Code itu sudah disediakan sekali link affiliate anda. Sekiranya ada orang klik banner yang anda letak dalam blog itu dan membuat pembelian, anda akan mendapat komisen.

Sekiranya anda hanya ingin mendapatkan hanya link affiliate untuk diletakkan pada pautan/link artikel anda, anda boleh copy tulisan antara tanda ” dan ” seperti contoh dalam gambar dibawah.

copy tulisan antara <a href=” sehingga sebelum ” target

Letak Link Affiliate dalam blog

Selepas anda copy link affiliate atau code banner yang mengandungi link affiliate anda, sekarang anda boleh letakkan di blog atau website anda.

Tapi nak letak link affiliate tu kat mana pulak kan? Sudah tentulah letak di dalam ayat dalam artikel anda. Anda kena pastikan artikel yang anda nak letak link affiliate tu adalah sesuai atau related dengan produk(ebook) yang hendak dipromosikan.

Saya bagi contoh sebenar, saya meletakkan link affiliate ebook Jom Bebas Hutang dalam perkataan Bebas Hutang dalam artikel Pengalaman Saya ke AKPK untuk Bebas Hutang. Teruskan bacaan untuk melihat contoh.

Paste Link Affiliate di text dalam blog

Copy link affiliate seperti yang ditunjukkan di atas, kemudian letakkan link affiliate anda dalam ayat artikel blog atau website anda. Saya tunjukkan dimana saya letakkan link affiliate ebook Jom Setel Hutang dalam gambar di bawah ini.

Lihat tulisan dalam highlight hijau, link affiliate diletakkan dalam perkataan Bebas Hutang.

Paste Link Banner Dalam Blog

Sama konsepnya seperti meletakkan text dalam tulisan, meletakkan code banner adalah hanya perlu paste code banner pada bahagian tertentu yang anda mahukan.

Anda boleh letakkan banner di awal artikel, di tengah-tengah artikel atau di hujung artikel.

Strategi Affiliate Klikjer

Langkah-langkah yang saya kongsikan di atas ini adalah langkah asas yang perlu diketahui atau difahami dalam mana-mana program affiliate di Malaysia. Selepas anda faham langkah-langkah ini, barulah anda boleh menyusun strategi dan plan yang tersusun untuk menghasilkan jualan ebook yang anda promosikan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan yang mengandungi susunan strategi (real case) klikjer, anda boleh dapatkan panduan lengkap Rahsia Affiliate Klikjer sekarang. Dalam panduan tersebut ada diterangkan berkenaan;

  • pemilihan ebook yang betul
  • cara tentukan target pembeli
  • funnel
  • marketing percuma dan marketing berbayar

Sekiranya anda ada modal, boleh la dapatkan panduan Rahsia Affiliate Klikjer berkenaan. Anda masih boleh terus follow saya di Youtube Channel (Adzril – Bloggertalk) untuk panduan buat duit dengan klikjer secara percuma.

Segala soalan boleh terus tanya dibahagian komen. Mungkin ada part/bahagian yang saya tak cover dan menjadi pertanyaan anda.