Plate GOLD tak sepanas plate FF

Mula-mula saya sangka plate GOLD akan jadi macam pisang panas. Macam yang saya kongsikan dalam artikel nombor plate siri GOLD di blog Rengking. Tapi rupanya, plate GOLD tak sepanas plate FF pun.

Anthony Loke pun sebenarnya berharap nombor pendaftaran GOLD ni dapat menyamai (dari segi sambutan bidaan) bidaan siri FF pada tahun 2023. Mana taknya, plate FF mendapat menjana RM35 juta dalam sesi bidaan dan merupakan jumlah tertinggi bagi bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI).

nombor plate GOLD

Hari pertama bidaan plate siri GOLD yang sangat santai

Pada hari pertama siri GOLD dibuka untuk bidaan, ternyata server JPJebid boleh menampung trafik tanpa jem dan ‘hang‘. Berkemungkinan server JPJebid yang telah dinaiktaraf menjadi lebih powerful, atau pembida masih tak masuk bidaan untuk hari pertama.

Berbeza dengan suasana semasa hari pertama plate FF dibuka untuk bidaan. Hari pertama bidaan plate FF, server JPJebid sudah mula heng, dan error.

Yang lebih menariknya, hari pertama bidaan FF, sudah ada pembida yang meletakkan bidaan tertinggi untuk nombor yang mereka pilih. Kalau tak silap saya, hari pertama dah ada pembida yang meletakkan RM300,000.00 untuk nombor pilihannya, bagi melawan pembida yang telah bid nombor yang sama dengan harga RM50,000.00.

Satu jurang perbezaan yang besar.

Bidaan yang kurang saingan

Untuk siri GOLD, saya sendiri membida 3 nombor. Salah satu nombor yang saya bida merupakan nombor yang cantik, tapi bukanlah nombor special, golden atau 2 digit.

Walaupun saya kalah untuk nombor yang cantik ini, terus terang saya katakan bidaan untuk nombor tu tak mencabar sangat. Cuma ada 2 pembida sahaja yang berebut nombor tu. Maksudnya saya dan sorang lain pembida.

Masa bidaan FF dulu, nombor bersepah pun ramai yang nak bid. Lepastu pulak harga memang tak ingat punya.

Tempahan dibuka untuk siri GOLD

Memandangkan tempoh bidaan untuk siri GOLD telah tamat, anda yang berminat untuk mendapatkan siri GOLD yang belum dibida boleh menghubungi saya di O1O6OO9966 untuk tempahan.

P/s: Teringat bila bidaan siri FF ditambah lagi sehari sebab server JPJebid heng.