JPJ lancar nombor plate siri GOLD

Nombor plate siri GOLD dibuka bidaan

Makin meriah industri nombor plate di Malaysia bila JPJ lancar nombor plate siri GOLD pulak selepas Malaysia Merdeka Ogos 2023. Jarang nak nampak nombor pendaftaran yang mempunyai prefix 4 alphabet di Malaysia ni. Bukan takde, tapi jarang.

Yang menariknya, bidaan untuk nombor plate siri ini dibuka seperti siri-siri lain, iaitu di JPJebid. Mungkin ada yang skeptikal dengan sistem JPJebid, tapi rasanya mana-mana server pun akan kong bila concurrent user untuk sesebuah sistem tu terlalu sesak.

Apa pun tips untuk berjaya mendapatkan nombor idaman, terus je dump jumlah yang anda berani letak.

Siri GOLD dijangka dapat menyaingi siri FF

Menurut Anthony Loke, nombor plate siri FF sebelum ni mendapat sambutan yang sangat hangat. Jumlah kutipan untuk bidaan FF je mencecah RM35 juta, paling tinggi dalam sejarah bidaan nombor pendaftaran di Malaysia. Jadi beliau menjangka siri GOLD ini dapat menyaingi jumlah bidaan siri FF tu.

Nombor plate siri GOLD ni merupakan Nombor Pendaftaran Isitmewa (NPI) selepas M_M (Malaysia Merdeka) yang dilancarkan Ogos 2023. Pada pendapat saya, saya lebih meminati siri GOLD berbanding M_M, tapi itu pendapat peribadi lah.

Jana pendapatan Negara

Saya kagum dengan Anthony Loke yang bijak menjana wang untuk negara. Antara manfaat yang diperolehi dari bidaan NPI ini;

  • Menambah hasil negara
  • Inisiatif untuk rakyat dan pemegang taruh (stakeholders)
  • Caruman untuk Perkeso

Tempahan nombor plate siri GOLD

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan nombor plate siri GOLD, anda boleh berbuat demikian dengan menyertai sesi bidaan pada 5 Feb 2024. Namun sekiranya anda terlepas sesi bidaan, boleh hubungi saya untuk saya uruskan tempahan nombor plate siri GOLD, di talian O1O6OO9966.