Bagi yang mementingkan nombor berbanding huruf dalam memilih nombor pendaftaran kenderaan, semestinya anda nak nombor yang cantik dalam kategori special atau golden. Tapi malangnya nombor plate 2 dan 3 digit cepat habis. Kadang-kadang bila masuk je akaun MySikap, tak dapat pun nak beli nombor 3 digit. 2 digit apatah lagi.
Bersedia depan akaun Mysikap atau depan kaunter JPJ
Kalau mengikut pengalaman saya dan nasihat dari runner lain, untuk tempahan nombor 3 digit perlu pantas. Maksudnya, sekiranya anda nak plate VHJ316 anda perlu bersiap siaga depan akaun MySikap anda apabila running number VHH sudah mencecah angka 9xxx.
Ini kerana pada tahap nombor dibawah 1000 kebiasaanya perjalanan pendaftaran nombor berlalu begitu pantas. Sama ada anda bertuah berada depan akaun Mysikap atau berada di kaunter pendaftaran pada ketika nombor dibuka untuk tempahan, anda berkemungkinan akan dapat nombor pendaftaran kenderaan bawah 1000.
Mana-mana nombor pendaftaran pun sama tak kira mana-mana negeri dalam Malaysia. Kalau bawah 1000 memang cepat habis. Selepas habis 1000, barulah pace (rentak) pergerakan pendaftaran kembali normal.
Terlepas Nombor Idaman
Saingan untuk mendapatkan nombor 2 atau 3 digit secara running mode boleh dikatakan agak sukar kerana beberapa faktor;
- Ramai penyimpan nombor-nombor menarik dalam kalangan ‘jerung’
- Nombor telah dibida oleh pembeli semasa proses bidaan.
- Semakin ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor cantik dan ringkas untuk kenderaan.
Sekiranya anda terlepas mendapatkan nombor idaman, anda masih boleh lakukan perkara berikut;
- Tunggu huruf seterusnya untuk dapatkan nombor idaman
- Bersaing dalam proses pembidaan nombor yang diingini
- Dapatkan khidmat runner yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan nombor idaman.
Nombor Pendaftaran Putrajaya
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran Putrajaya (F, FA, FB, FC, FD, FE dan seterusnya) anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966. Plet Putrajaya ni lagi best tau dari plate negeri lain.