Kesan Orang yang Guna Wifi Anda dan Cara Halang

Kesan orang guna wifi dan cara halang

Merujuk kat artikel Cara Halang Orang Guna dan Curi Wifi Kita sebelum ini, kali ini aku tunjukkan pula cara nak tau sama ada wifi korang sedang digunakan orang lain atau tak.

Kepada pencuri talian wifi, berusahalah untuk membayar sendiri talian internet korang atau teruskan usaha korang sebab lepas ni korang kena cari cara untuk crash MAC Filtering pulak! AMARAN! ARTIKEL INI TIDAK DISUKAI OLEH SEGELINTIR PENCURI WIFI.

cara halang orang guna wifi kita
Contoh Modem D-Link


Lampu Modem Berkelip Laju

Cara Pertama yang korang boleh buat untuk kesan samada wifi ko tengah dikongsi oleh orang yang tak berkenaan atau tak, adalah dengan tengok lampu kat modem.

Caranya kena offkan dulu semua device yang korang ada yang tersambung dengan wifi tu, lepas tu baru tengok lampu modem tu (lampu internet dan wifi).

Kalau lain macam je laju dia berkelip (lampu) haa ada orang tengah guna la tu.

Biasanya aku akan buat camni bila line internet aku slow.

Sebab time tu memang dah terasa macam ada orang guna internet aku secara harommmm.

(rujuk video 7 saat kat bawah ni)

Periksa di Default Gateway Modem

Cara kedua korang boleh masuk ke default gateway modem untuk tengok berapa device yang tengah connected dengan wifi kat rumah korang.

Yang aku tunjuk ni contoh untuk modem TP-Link.

Tapi semua model Dlink ke apa ke lebih kurang sama je.

Cara untuk masuk ke default gateway modem ni korang boleh tengok kat artikel aku sebelum ni bertajuk Cara Halang orang Guna Wifi kita.

Korang boleh tengok berapa device connected kat wifi berdasarkan nombor MAC device.

Selain tu boleh jugak tengok guna Apps kat smartphone (akan ditunjukkan kemudian, teruskan membaca).

Kalau ada nombor MAC selain dari device korang tu paham-paham je la kan? Aku ada buat artikel Cara Cari MAC Address kat blog aku ni.

orang curi wifi unifi dan streamyx
Bahagian Currently Connected Wireless Client Number is, contoh kat atas ni ada 2.


Seterusnya cara paling senang nak kesan kalau ada device yang bukan milik kita tengah guna Wifi kita adalah dengan gunakan
Software Wifi Watcher.

Sebab apa aku kata paling senang? sebab tak perlu la kita nak login, atau tengok lampu.

Semudah klik software tu atau run apps tu di smartphone (android), terus dia tunjukkan berapa bijik handphone atau laptop tengah bertenggek kat wifi modem kita.

Kalau kita pakai 1 handphone 1 laptop, tup tup tengok kat result ada 8 device connected, haa memang tau la wifi kita tu tengah dikongsi dan digunakan orang lain. terus halang ok.

Tengok contoh kat bawah ni, pertama kali aku detect ada orang (beramai-ramai) guna Wifi aku sedangkan aku duduk sensorang je kat umah.

Guna Software Wifi Watcher (PERCUMA jer)

senarai device yang guna wifi
Nampak tak ada 6 device yang start detect 1 Jan 2016 tu. Start detect tu maksudnya software ni baru pertama kali digunakan untuk detect, mungkin dah lama diaorg buat kerja nih

Tak sampai 5 minit, password Wifi aku mungkin telah dikongsi kepada kawan-kawan lain, dan korang tengoklah jumlahnya.

makin bertambah device yang bertenggek
Amboi, bertambah ye. (paparan dari software pemantau wifi)

Kalau korang nak file ni, download kat sini, aku dah sediakan. (Size kecik je, dalam 300kb sahaja). Yang ni untuk digunakan kat PC tau.

Ataupun korang guna je la yang kat Playstore atau Apple Store. Ada banyak apps untuk cek siapa guna wifi rumah korang. Taip je Wifi Watcher ke, Wifi Check ke.

Password dicuri

Jangan salah paham ye, sebenarnya aku dah pasang password kat Wifi aku (WPA2).

Tetap jugak diaorang boleh hack.

Bab tu aku kurang pasti, sebab aku tak pernah buat nak hack-hack line internet orang ni.

Malu nak guna tanpa bayar.

Kecuali orang tu benarkan dan dia tak pasang password.

Orang yang guna internet tanpa kebenaran (tanpa bayar) ni telah memberitahu minda separa sedar diaorang yang diaorang tak mampu (bayar internet). So sampai bila-bila la korang tak mampu.

Langkah Halang Pencuri Talian Wifi

Tukar SSID atau Password Atau Kedua-dua Sekali

Ok kita teruskan camna cara nak halang?

Caranya adalah dengan korang tukar password dan SSID (Nama Wifi) korang.

Ini cara paling senang sebab setau aku, orang nak hack password Wifi ni bukan boleh amik masa 1 atau 2 minit.

Tak silap aku 45 minit atau lebih lama.

So untuk nampak cute dan awesome tukar lah passwed atau SSID tadi sambil memberi pesanan kepada orang-orang yang curi wifi kita ni.

Contohnya “Dah dapat password ye bang”, “tak mampu ke”, “tak penat ke curi wifi” dan lain-lain lagi.

SSID wifi rumah aku
Contoh SSID aku lepas aku aktifkan MAC Filtering

Sembunyikan talian WIFI atau SSID

Cara lain nak halang adalah dengan sembunyikan SSID (Nama wifi) .

Tapi cara ni agak complicated, aku belum sempat nak sediakan tutorial dia. Antara kelemahan cara camni adalah korang kena masukkan secara manual SSID masa nak connect awal-awal tu (sekali je).

Yang ni kompom2 orang tak boleh curi line internet korang.

Sebab hacker tak nampak pun Nama Wifi (SSID) korang tu, jadi tak boleh la dia target! Padan Muka! hahahah!

Aktifkan MAC Filtering

Ini adalah cara yang aku guna untuk halang orang lain guna Wifi aku.

Walaupun orang tu tau password Wifi Modem aku, tetap jugak dia tak boleh connect sebab MAC Filtering ni dah filter device yang benarkan je.

Jadi aku set la siap-siap semua device yang aku guna tu.

Kelemahan MAC Filtering ni bila ada member ko datang rumah nak mintak guna wifi, korang terpaksa offkan MAC Filtering tu atau masukkan dia dalam list MAC Filtering.

Kalau aku prefer offkan MAC Filtering, bila member dah balik, aku on balik MAC Filtering.

PsssSttt! Dah baca tolong sebarkan kat kawan-kawan, adik beradik, saudara mara, kat facebook, kat whatsapp, kat telegram, kat Wechat dan macam-macam lagi. Terima kasih 🙂

alat untuk hack wifi
Inilah dia (kalau x silap aku) alat yang digunakan untuk mencuri password wifi korang. Harganya tak silap aku dalam RM200. Bawak2 la insaf ye wahai pengguna wifi tanpa kebenaran (haromm)