Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u

Posted by

Tabung Haji adalah salah satu institusi kewangan yang aku gunakan untuk simpan duit. Betul ke boleh keluarkan duit Tabung Haji walaupun pada hari cuti?

Konon-konon susah nak keluarkan duit la kalau simpan kat Tabung Haji ni sebab aku ni pantang ada duit lebih sikit mesti gatal tangan nak beli barang kehendak.

So masa tu Tabung Haji adalah pilihan terbaik untuk aku simpan duit selain ASB. Bonus dia pun leh tahan la.

Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u 1
Keluar duit Tabung Haji di hari cuti bukan lagi masalah

Bermula dari Cara Tranfser duit Dari Maybank ke Tabung Haji secara online seterusnya aku belajar Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online.

Aku nak tau semua ni sebab senang sikit aku cek berapa jumlah dalam akaun Tabung Haji dan Simpan duit tanpa perlu pergi ke Bangunan Tabung Haji.Iklan Sebentar

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Dari situ aku ternampak 1 lagi fungsi yang memudahkan aku keluarkan duit dari akaun Tabung Haji secara Online tanpa aku perlu pergi ke Bangunan Tabung Haji dan isi borang serta cop jari kat dakwat hitam tu. hehehe.

Dan yang paling best, korang boleh keluarkan duit dari Akaun Tabung Haji tu masa hari cuti!

Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u Baru

Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u 2
1. Lepas masuk terus tekan PAY & TRANSFER
Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u 3
2. Tukar TRANSFER FROM dan TRANSFER TO seperti dalam rajah. Kemudian tick pada Savings Account

Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u 4
3. masukkan jumlah yang nak dikeluarkan dan reference.

4. Lepas dapat dan masukkan TAC, start kereta atau motorsikal korang, pergi la ke mana-mana ATM dan cucuklah kad ATM korang tu untuk keluarkan duit. Setel.

Tapi jangan excited awal sangat, teknik ni cuma boleh digunakan bila korang dah sambungkan akaun Tabung Haji tu ke dalam Maybank.

Fungsi-fungsi yang disediakan oleh Maybank ni betul2 memudahkan aku untuk berurusan dengan Tabung Haji.

Nak cek baki duit dalam akaun Tabung Haji pun senang, tak perlu aku buang masa ke Bangunan Tabung Haji (Ops redundant!)

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

57 comments

  1. salam. tq info berguna tuan. tp nk tnya, kalau transf dr TH ke acc mybnk kite hari minggu blh ke? sbb sy try buat td x berjaya pun

    1. Wasalam, iya tuan. Tuan boleh transfer dari TH ke Maybank pada hari cuti sabtu ahad dan cuti umum. Sebab saya biasa buat hehe. Tapi kalau tak boleh, samada sistem Maybank atau Tabung Haji tengah problem atau mereka dah tukar syarat dan masa pemindahan.

  2. Salam tuan..kalau tabung haji tu cuma ada buku tetapi tak menggunakan kad, boleh ke kita transfer jugak dari tabung haji ke maybank2u atau cimb click? Dengan syarat kita daftar online bank ini dulu ye?

  3. Saya nak tnya, kalau umur seseorang tu bru nak genap 18thn atau 18thn ke bwh, blh kh membuat pengeluaran tunai? Apakaha yg prlu dibawa? Prlukah ada penjaga bersama?

  4. Assalamualaikum….ank ada 3 org smua bwah umur 18 thun…so klu nk kluar duit mlalui mybnk2u nk link jga kh ketiga2 acc dorang d mybnk2u ibu??

  5. Salam, saya nak tanya saya dah daftar dah TH Kat maybnk saya. Sebelum ni saya boleh je keluarkan duit rm50 dari acc TH kat atm maybank. Tapi sekarang ni dia kata x boleh sebab baki x mencukupi. Padahal dalam acc saya ada 200 lebih.

  6. Salam nk tnya, duit th yg kita keluar masuk melalui atm maybank or maybank2u ni akn nampak tak dekat buku th bila kita kemaskini buku th

  7. Salam tuan. Saya nak transfer daripada tabung haji ke maybank2u tak boleh tuan.. Tengahari tadi saya ada daftar dah. Tabung haji ke kad atm maybank..

  8. Assalam..nk tanya knp bila kita nk transfer online ke akaun m2u..lps dpt tac. Dia kata unsuccessful..pelik..lps tu sy try guna atm pulak pun x boleh dia kata baki tak mencukupi knp ya ..padahal dlm tu ada je duit..pelik pelik..ke pengeluaran duit ni ada criteria…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *