Kundasang ni memang satu tempat popular yang wajib dan mesti dikunjungi kalau bercuti kat Sabah. Mustahil sesiapa yang bercuti ke Sabah tak pernah ke Kundasang. Tarikan menarik paling ketara di Kundasang adalah Desa Dairy Farm. Tapi betul ke Kundasang Desa Dairy Farm tu sesak?
Pagi ni ternampak post Facebook dari page Sabah Info yang mana ada 1 banner dinaikkan sebagai tanda protes kepada pengurusan Desa Dairy Farm Kundasang yang menyebabkan kesesakan berlaku di Kundasang. Antara isu yang dihighlightkan kesan dari kesesakan di sini adalah;
- Kenderaan rosak makin banyak. Mungkin disebabkan struktur dan geografi Kundasang ditambah dengan kenderaan yang perlu menunggu lama untuk masuk ke Kundasang menjadikan faktor tambah kepada isu ini.
- Masa banyak terbuang dijalan raya. Ramai netizen menyatakan bahawa kesesakan yang berpunca dari Desa Dairy Farm itu menyebabkan kenderaan lain disekitar Pekan Kundasang juga sesak.
- Risiko kemalangan tinggi. Bertitik tolak dari isu kesesakan ini, risiko kemalangan juga jadi tinggi.
Isi Kandungan
Ladang Lembu Macam kat New Zealand
Tak dinafikan banyak lagi tempat percutian lain yang boleh dikunjungi selain dari Desa Dairy Farm Kundasang ni. Tapi bagi mereka yang pertama kali sampai ke Sabah, sudah pasti tak nak lepaskan peluang tengok keadaan ladang lembu yang orang kata macam kat New Zealand tu. Boleh jugak tengok macam mana proses perah susu lembu sebelum ianya dipastur dan dimasukkan ke dalam botol/kotak.
Aiskrim Gelato dan Susu Segar
Selain dari tu, aiskrim gelato perisa yogurt dan coklat tu antara salah satu penarik untuk saya masuk ke Desa Dairy Farm. Saya sendiri pernah terfikir, boleh tak nak masuk sini hanya semata-mata nak makan aiskrim gelato tu je?
Letih nak cari parking
Tapi tu lah, nak kena beratur masuk, bayar tiket, cari parking, drive kereta sewa lagi. Semua tu agak renyah. Lain la kalau orang yang datang bercuti kat Sabah ni guna pakej percutian dari mana-mana agensi pelancongan. Memang duduk silang kaki skroll phone je lah kat dalam kereta.
Bercuti kat Sabah ni memang letih. Lebih-lebih lagi kalau drive kereta sewa sendiri. Saya ikut mood jugak, kalau saya rasa nak relaks saya akan guna servis perkhidmatan agensi percutian kat sini. Kalau rasa nak santai ikut jadual sendiri, saya akan sewa kereta.
Kesimpulannya, kawasan Kundasang ni memang sesak. Walaupun anda fikir nak skip dulu Desa Dairy Farm ni, kawasan lain di sekitar Kundasang ni pun agak sesak. Sebab memang Kundasang ni adalah one stop centre tempat-tempat menarik kat Sabah.
Jadi kalau dah semua sesak, nak ke mana je? Mungkin saya akan ke Tawau. Best jugak Tawau. Sewa kereta kat Tawau pastu jalan-jalan cari makan kat Pekan.