Beli Nombor Plate Untuk Kenderaan Syarikat

Proses pembelian nombor plate untuk kenderaan persendirian dengan kenderaan untuk syarikat secara asasnya adalah sama. Tapi ada 1 perkara kecil yang perlu diambil berat, iaitu berkaitan dengan nombor pendaftaran syarikat. Saya akan berkongsi tips untuk beli nombor plate untuk kenderaan Syarikat.

Gagal membuat pendaftaran nombor plate ke kereta Syarikat

Saya sendiri tak perasan berkaitan isu ini sepanjang saya membuat servis tempahan nombor plate Putrajaya (dan lain-lain negeri) sebab semua urusan berjalan lancar. Sampailah satu hari terdapat satu isu dari pelanggan yang nak daftarkan kereta atas nama syarikat menghubungi saya.

“Encik Adzril, SA kata slip nombor tu tak boleh didaftarkan kat kereta saya lah”

Saya pun panik sekejap.

Semakan Maklumat Pendaftaran Nombor Plate

Saya cuba semak kembali semula perbualan (chat) saya dengan pelanggan ini dan buat crosscheck dokumen yang diberikan dengan slip nombor plate yang telah diperolehi. Semua maklumat dalam slip nombor plate sama dengan maklumat yang ada dalam dokumen pendaftaran syarikat beliau.

Pendaftaran bagi kenderaan baru, bukan interchange nombor plate

Saya pasti pelanggan ini hendak mendaftarkan kenderaan (kereta) baru atas nama syarikat dan bukannya urusan interchange nombor plate. Jadi saya makin yakin ianya tiada sebarang kesalahan. Dan sepatutnya urusan pendaftaran nombor kenderaan baru ini berjalan lancar.

Nombor baru bagi pendaftaran Syarikat Vs Nombor lama pendaftaran Syarikat

Saya terus menghubungi pihak JPJ bahagian perlesenan di kaunter berkenaan masalah ini. Pihak JPJ menerangkan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan pembiayaan (pinjaman) yang dibuat. Sekiranya SA hantar permohonan pembiayaan ke bank menggunakan nombor lama bagi nombor pendaftaran syarikat, jadi permohonan untuk mendapatkan nombor plate juga haruslah menggunakan nombor lama pendaftaran syarikat. Begitulah sebaliknya.

Rupanya SA telah menghantar permohonan pembiayaan ke bank menggunakan nombor pendaftaran syarikat format lama. Manakala saya telah membuat tempahan nombor plate menggunakan nombor pendaftaran syarikat format baru. Pendaftaran nombor plate ke kereta tidak berjaya kerana nombor pendaftaran berlainan.

Kalau ikut logik, takde masalah pun sebab nama syarikat tetap sama dan nombor pendaftaran syarikat format lama dan baru jelas terpampang dalam dokumen pendaftaran syarikat.

Format Baru Nombor Pendaftaran Syarikat oleh SSM

Untuk pengetahuan pembaca semua, SSM telah menggantikan semua nombor pendaftaran syarikat kepada format baru. Format baru ini tidak mempunyai huruf dalam nombor pendaftaran syarikat.

Jika sebelum ini format nombor pendaftaran syarikat mempunyai huruf. Contohnya 123456 – W.

Untuk format baru nombor pendaftaran syarikat dari SSM adalah berbentuk kesemuanya nombor. Contohnya 201608087567.

Nombor pendaftaran syarikat format lama dan format baru dipaparkan sekali dalam notification of Change in the registered.

Semua syarikat yang mempunyai nombor pendaftaran lama akan diberikan nombor pendaftaran baru seiring dengan nombor pendaftaran dalam dalam dokumen syarikat mereka. Nama syarikat akan tetap sama dan tiada apa yang berubah selain format nombor pendaftaran sahaja.

Boleh teruskan pendaftaran atau buat permohonan ubah slip nombor plate

Untuk kes pelanggan saya ini, pihak JPJ memaklumkan isu ini cuma isu kecil kerana nama syarikat tidak berubah dan nombor pendaftaran syarikat format lama pun masih terpapar dalam dokumen pendaftaran syarikat. Seharusnya pendaftaran boleh diteruskan.

Namun sekiranya salah satu pihak enggan melancarkan urusan ini, maka pelanggan perlu membuat permohonan kepada pihak JPJ untuk mengubah maklumat nombor pendaftaran syarikat dalam slip nombor plate untuk sama dengan borang K1 yang dikeluarkan.

Permohonan pertukaran maklumat ini perlu dibuat melalui email ke bahagian perlesenan dan mengambil masa lebih kurang 1 minggu untuk selesai. Saya dimaklumkan bahagian perlesenan JPJ akan rujuk perkara ini ke bahagian IT untuk membuat pertukaran maklumat dalam slip nombor pendaftaran.

Tiada sebarang kos dikenakan untuk urusan ini, namun sekiranya menggunakan servis runner, ada sedikit upah yang perlu dibayar.

Pastikan Maklumat Pendaftaran adalah tepat.

Dengan berlakunya kes ini, saya dapat maklumat baru yang mana saya dapat memperbaiki servis saya selepas ini. Saya akan pastikan pelanggan yang nak membeli nombor plate untuk kenderaan syarikat perlu maklumkan kepada SA tentang tempahan nombor plate yang dibuat. Sekiranya SA telah menghantar permohonan pembiayaan, saya perlukan pastikan format nombor pendaftaran syarikat yang dihantar kepada pihak bank.

Bagi anda yang nak membuat tempahan nombor plate Putrajaya atau mana-mana plate Negeri lain, anda boleh terus hubungi saya di O1O6OO9966 (Call/Whatsapp).