Perlu ke Pergi ke AKPK?

Posted by

Perlu ke AKPK? Kebanyakan orang yang sudah terjerat dalam kancah hutang ni masih ragu-ragu untuk ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perlu ke Pergi ke AKPK?

Aku pun kurang pasti kenapa mereka ni masih lagi takut atau semacam fobia dengan AKPK.Ironinya diaorang lebih takut dengan AKPK berbanding hutang yang menghantui mereka setiap masa, seawal terjaga dari lena silap-silap masa tidur pun termimpi-mimpi hutang. Betul? Itu yang memnyebabkan timbulnya persoalan dalam diri Perlu ke aku ke AKPK?

Alasan untuk ke AKPK
Kenapa anda perlu ke AKPK jika sudah keberhutangan tinggi dan teruk

6 Sebab Ramai Orang Tak Nak Pergi Ke AKPK

1. Takut tak boleh buat loan

Yang ni paling popular dan paling kelakar. Ok camni, tujuan sebenar AKPK adalah untuk meringankan beban dan melangsaikan hutang. Kalau mindset kita masih nak buat hutang, maka memang tak layak sebenarnya kita ke AKPK.Mindset orang yang nak ke AKPK adalah semata-mata nak dapat jalan untuk setel semua bebanan hutang dan komitmen yang tinggi setiap bulan yang mencengkam diri.

Takde lagi istilah dah tak boleh buat hutang atau buat loan kalau ke AKPK.

Tapi memang betul pun kalau korang pergi ke AKPK, nama korang akan dibekukan dari diapprove sebarang loan dari institusi-instusi koperasi dan perbankan kat Malaysia ni.Tapi kalau Ah-Long, aku tak pasti dan memang la cari nahas kalau berhutang dengan ahlong. Dah la komitment tinggi, pastu berhutang lagi dengan Ahlong. #omaigod

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Selepas nama kita dah clear dari hutang, boleh je buat loan lagi. Jangan panik. Sememangnya kalau kita dalam keadaan berhutang, pergi ke AKPK atau tak pergi ke AKPK tetap sama. TAK BOLEH LULUS HUTANG SEBAB KOMITMEN BULANAN YANG DAH SEDIA TINGGI. Jadi? Sama je kan?

2. Tak tau camna Proses untuk Daftar ke AKPK

Memang tak dinafikan tak semua orang yang terjerat dalam hutang ni tau tentang kewujudan AKPK. Kalau tau pun sama ada masih lagi takut atas sebab perkara yang aku sebut kat atas ni (Takut tak boleh buat loan), atau masih rasa dirinya boleh lagi menghadapi situasi ni dengan harapan ada magik berlaku.

Korang boleh rujuk balik komen-komen kat artikel aku sebelum ni (Pengalaman aku serah diri ke AKPK). Banyak pengalaman positif diaorang selepas join program di AKPK. (Dah macam review produk pulak)

Untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan AKPK, boleh terus hubungi nombor ni 03-26167766. Tanya la apa-apa pun (berkaitan AKPK). Dari proses mendaftar atau khidmat nasihat kaunseling.

3. Takut kena dikenakan Caj bayaran oleh AKPK.

Jeng jeng jeng! Untuk pengetahuan semua, AKPK langsung tak kenakan bayaran sesen pun untuk perkhidmatan ni.

AKPK hanya bantu korang untuk kawtim dengan bank (Dengan Ahlong pun dia boleh kawtim!) untuk setel hutang-hutang yang kita tak mampu nak bayar sebab komitmen yang terlalu tinggi.

Kalau ada pihak yang mengaku ejen AKPK kata nak tolong uruskan semua permohonan untuk masuk program AKPK pastu nak caj 10% atau berapa-berapa percent pun lah, elok terus laporkan kepada AKPK kat nombor atas tu atau laporkan ke SPRM. AKPK adalah PERCUMA.

4. Malu

Simple je kan? Malu. Oh! kemon. Masa enjoy, tak beringat nak malu. Masa sain borang personal loan rasa best gile kot harap loan lulus time tu gak.Ini bukan masanya untuk malu.

Kalau menurut perbualan aku bersama sorang pegawai AKPK ni, setiap tahun jumlah orang yang ke AKPK meningkat 30-50%. Dan kebanyakannya adalah anak muda yang baru lagi masuk alam pekerjaan.

Takde la apa nak dimalukan, bukan ada cop kat dahi pun tulis ko dah pernah ke AKPK. Pokok pangkalnya adalah ko mengakui yang ko dah silap sebab tak manage kewangan betul-betul. Dan sekarang masanya untuk mengubah masa depan.Masa lampau tak boleh ubah dah kecuali ko boleh manipulate dimensi masa yang sememangnya boleh kedepan dan kebelakang (paradox effect) hahaha!

5. Sibuk Dengan Urusan Harian.

Ada jugak yang sibuk dengan urusan harian dijadikan alasan tak ke AKPK. Ye, aku tau sudah semestinya masalah hutang tu tak sebesar urusan harian tu. Jadi good luck.

6. Percaya Cakap Debt Collector

Untuk pengetahuan korang, debt collector seboleh-bolehnya akan cakap tak perlu ke AKPK atau hutang korang tak boleh disetelkan oleh AKPK. Kalau korang cakap nak pergi jugak ke AKPK peratusan besar untuk korang dimaki oleh debt collector adalah sangat tinggi.

So tak perlu layan dect collector terus fokus ke AKPK.

Ada sesetengah orang diugut oleh debt collector kata nak hantar surat saman la, nak datang ke tempat kerja hantar surah mahkamah la. Nasihat aku, Iyer kan sahaja.

Contoh perbualan Debt Collector dengan Penghutang yang bikin gempak.

  • Debt collector : Saya nak hantar surat saman/Mahkamah ke tempat kerja awak/ rumah bapak awak.
  • Anda : Baiklah.

Thats it. Jangan ko tambah plak dengan “Datang la kalau berani” ahahaha memang cari nahas. Takyah layan lebih-lebih ok. Sebab apa diaorang seboleh-boleh nak tekan korang yang dah sedia tertekan dan terbeban?

Sebabnya kalau korang ke AKPK nanti diaorang takde percent la. Sebab tu kebanyakannya marah.

Nasihat

Sebenarnya, apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan dari pengalaman orang lain.

Dan semua alasan-alasan kat atas ni memang apa yang aku rasakan sebelum aku serah diri ke AKPK.Sebenarnya statistik yang pergi daftar diri ke AKPK makin meningkat setiap tahun.

Korang boleh cek kat laman web rasmi AKPK.

Perkara pertama yang menjadi titik tolak untuk kita selesaikan masalah hutang ni adalah mengakui kesilapan diri. Jangan marah diri sendiri.Just mengaku yang selama ni memang diri sendiri tak manage duit betul-betul (atau apa-apalah bersesuaian dengan situasi korang).

Perkara kedua, tetapkan pada mindset bahawa kat dunia ni terlalu banyak peluang untuk kita tambahkan pendapatan.

Dua mindset yang digabungkan boleh menjadi powerfull iaitu, cut cost apa yang tak perlu dan tambah pendapatan diri. Kembangkan potensi diri.

Potong beberapa komitmen bulanan untuk melegakan fikiran.

Sekian.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

171 comments

      1. baikla.sy akn ke akpk.tp kena call ke akpk dulu dan buat appountment ngan diorg.x tahula nk ckp ape masa nk buat appointment tu.sy ni xde buat ape2 loan bank pon.sbnrnya sy ni masalah dgn aeon debt collector.huhu sgkut dua bulan.sy cuma dh x tahan dengan gangguan telefon x kira mada dan smpai ketempat sy kerja.sy bkn xnk jawab call cuma time diorang call sy tu adalah waktu sy bekerja dan hp x dibnrkn pd wktu kje.sy keje ikut shift.

          1. salam, kalau kita pergi akpk boleh ke dia setelkan komitmen atau per loan kita yg bunga tinggi? maksudnya dia dapat tolong kita kurangkan interest pd bank yg kita loan tu? total sy ada 3 akaun per.loan. tapi sy nak satu kan dan nak cri loan rate rendahh.

          2. okay terima kasih bos.. dah 4 tahun bergelumang dengan hutang dan bunga tinggi. pening nak urus. bkan tak bayar tp cuma lambat sehari dua dah call je. rimas.

  1. Assalamuailaikum Encik Adzril, saya pernah gak pergi AKPK nk settle hal ni, tapi AKPK kan akan mintak statement hutang kita, tapi bank tak nak beri kerjasama la. Macam mana ye. Sebab dah kena dah ritu

      1. Salam en adzril.sy nk daftar akpk ni.dh g bank negara utk dpt kn report ccris tp report tu cuma keluar nama bank yg sy berhutang je.xde detail statement.mcm mne yer.n lagi satu nk tnye,klu hutang motor dgn singer,akpk akn cover skali ke?pohon nasihat dr en.trima kasih

          1. Nk daftar online tp sangkut kt financial info tu.list hutang yg akpk mnta sbb xde detailnye.so,x blh nk register utk next process

  2. Salam..nak tanya kalau kes hutang loan kereta yang dah bertahun tak bayar pun AKPK boleh tolong setel?masalahnya amount pun tak tau berapa..status pun x pasti

      1. Kereta dah kena tarik sebab tak bayar sejak Jan 2018.Loan tinggal dalam 2 tahun setengah berjumlah rm15k dengan CIMB.
        1 bulan rm500.
        Sekarang dah tak mampu nak bayar dan ambik balik kereta yang dah kena tarik tu….
        Boleh ka AKPK bantu saya?
        Terima kasih

        1. Kalau untuk urusan kereta yang dah ditarik tu akpk tak boleh bantu. Tapi kalau urusan bayaran bulanan hutang tu boleh.

  3. Kalau nak berurusn tuk khidmat kaunselling nak buat temu janji tak atau boleh terus ke Pejabat akpk sahaja….saya dari sabah…tq

  4. Salam en Adzryl
    Betol ke ada yg kata bila dh masuk ke AKPK nama kita dh x boleh keluar negara. Mksudnya if fmly ajak bercuti ke or nk ke tnh suci utk mnunaikan umrah tu nama kna blacklist ke cmne…tksh

  5. askum en adzryl..
    jika kita berurusan dengan akpk…. ada kah akpk akan memberitahu majikan kita? yang kita mempunyai masalah kewangan yg teruk…

  6. Assalamualaikum.
    Buntu nk setel hutang.. Jika kita ada buat loan.. Tapi dah lebih Dr komitmen. Byran memang buat tiap 2 bulan.. Adakah besar kemungkinan boleh diisytihar bankrap…

    1. waalaikumsalam, isytihar bankrup tu kalau tak bayar langsung. tak jumlah hutang mencecah 30k ke atas kalau tak silap. apa2 boleh rujuk Jabatan Insolvensi berkaitan bankrap.

  7. Sedihnya.. Sy dah enroll dalam DEBT MANAGEMT PROGRAMME tu.

    Tapi, tak bayat hari yang sama. Aduduh. Selramg dah kena block. Unless sy buat surat rayuan. Huhu

    Hutang kad kredit je dia boleh setel. Loan tak melalui biro angkasa (bukan koperasi) tak dapat

  8. Sy dah enroll dalam DEBT MANAGEMT PROGRAMME tu.

    Saya pun sama..huhhuhu..ada tunggakan bayar lewat. Aduduh. Sekarang dah kena block. kena buat surat rayuan. pengalaman saudara kalau kali kedua rayuan boleh ke..risau sangat2 ni..

  9. macam saya jugak dah enrolldebt mgmt programme..pengalaman saudara 2nd rayuan masuk program boleh lulus ke..risau sangat.

  10. salam encik nak tanya saya dah buat temu janji isnin minggu depan. ade ceramah apa2 ke?? sebab plan macam nak bawak anak sekali.

  11. Baru ambil appointment g AKPK.. Redah jela.. Malas dah nak Fikir2 lg.. Smoga Ni Jalan terbaik utk setelkan hutang yg sedia Ada..

  12. en adzril…
    1. boleh ke kita just minta dengan akpk utk bantu dari segi kad kredit shj tanpa bantu hutang pinjaman peribadi atau perumahan sebab both loan ni sy masih mampu bayar lagi.
    2. adakah ianya melibatkan spouse kita sekiranya hanya kita sahaja yang menggunakan bantuan akpk. dikhuatiri nama isteri pun terkait sama.

  13. Hai adzril…blh ka pegi akpk sekiranya kereta telah di tarik oleh pihak bank…sy perlu membyr 1850….dt mmang ada tp bkn pbyran dlm masa 21 hari ka..tp sy di beri tempoh selamat 5 hari sekiranya lewat pbyran akan btambh

  14. kalau akpk dah ambil alih mengurus kewangan kita, apa akan jadi dengan pihak bank? ada ka pihak bank akan bangkrupkan kita? dan macam mana pula kalau berhutang dengan syarikat pinjaman wang berlesen. bole ke akpk settle dengan syarikat tu? buku dan kad pun syarikat pinjaman wang pegang…. tolong bagi penerangan

  15. En adzril, katalah saya buat pinjaman peribadi dgn bank panel gaji/tempat saya bekerja.kemudian saya struktur semula byrn loan td dgn AKPK.adakah bank tempat saya buat pinjaman td akan ganggu urusan ni atau blok gaji saya?

  16. Salam tuan,
    Saya terlewat membuat bayaran AKPK pada setiap bulan dan kini diberi notis penamatan DMP. Bolehkan saya membuat rayuan untuk menyambungkan semula DMP tersebut.
    Jika boleh, bolehkan saya meminta untuk diberikan tarikh baru untuk melanjutkan tempoh pembayaran iaitu selepas mendapat gaji bulanan. Sekian terima kasih.

  17. slm en aril, sy ttarik dgn artikel en aril tentang akpk dlm blog en. Izinkan sy cerita kan masalah sy. Bulan 5 thn ni (2017) sy ada buat loan easy rhb 16K. Masa tu memang dah tdesak sgt, memang pikir buat loan je.. huhu. Which mean kene buat bayaran balik hampir 25k / 60bulan. Sy mampu byr slama 3 bln je (sebulan rm 430), skrg ada masalah kewangan utk mbyr balik atas sebab2 tertentu tp kereta dan rumah sy masih lg mampu bayar. Hanya utk PL shj agak sukar. Soalan sy;

    1). Jika sy ke akpk, adakah sy perlu membayar ansuran utk 25k tsebut atau bayar ansuran nilai 16K yg sy pinjam shj (tanpa interest)?

    2). Ada sahabat sy syorkan agar sy mmbyr bulanan ikut kemampuan tanpa memberitahu pihak bank (cth:rm30 sebulan) & tanpa menghiraukan surat2 dr debt collector mahupun pihak bank. Setelah 6 tahun, hutang akan di kira hutang lapuk dan tidak perlu bayar. Boleh ke sy buat camtu?

    1. hutang tetap hutang. jangan pernah terfikir tak perlu bayar. kita dah guna duit tu, maka perlulah bayar. AKPK membantu kita utk selesaikan hutang. bukan lari dari hutang.

  18. Salam en.adzril..sy ada trima call dr agent ..n agent ni ckp blh bntu sy utk tlg daftrkan ke AKPK..xperlu dgr ceramah..agent ni yg akn settlekn..pastu agent mintk commission sebanyak RM2K dan trus layan bayar bulanan ke AKPK..perlu ke saya pergi ke agent tu or direct saya pergi ke AKPK je..
    Mohon bantuan.

  19. Assalamualaikum,

    Saya ada 2 personal loan dan 1 housing loan. komitmen bulanan RM3,700. belum masuk hutang emas dan hutang mak ayah,akak dan lain lagi.

    Boleh ke akpk hapuskan interest bank? rendahkan komitmen bulanan? sy mmg nak rasa give up dgn hidup ni. anak ada 2 dah. kecil2 lagi. mohon tlg share dgn sy solusi nya dgn akpk.
    no tel 0136361748

  20. Salam Tuan..

    Kebiasaannya berapa banyak/percentage pihak AKPK dapat turunkan untuk komitmen bulanan yer? sebagai contoh jika komitment bulanan RM2500, berapa yang diorang dpt turunkan?

      1. Ok tuan..
        Takpa.. nampak gayanya AKPK sahaja yang dapat membantu saya dengan hutang pinjaman mencecah RM150k dah.. dah buntu.. Terima kasih juga dengan pencerahan didalam blog ni tuan..

  21. Salam encik adzril, sy ada balance lg rm830 sahaja dgn aeon credit. Skrg sy dah tak bekerja sebab masalah kesihatan sy. Baru2 sy ad dicall debt collector untuk saman. Boleh tak sy minta bantuan AKPK? Atau camne?

    1. Wasalam. Kalau balance cuma rm830 saya nasihatkan jgn pegi akpk or mana2 tempat lain.

      Dapatkan bantuan saudara mara, kawan2 untuk pinjam amaun tu. Nanti bayar la sikit2 kat diaorg.

  22. Tuan, dalam penulisan tuan ada cakap selepas setahun, kewangan tuan macam bayi baru lahir..adakah akpk membantu kita selesaikan hutang dgn cepat?adakah akpk bantu kita kurangkan bayaran bulanan dan adakah tempoh bayaran tu semakin panjang or pendek?mohon pcerahan

  23. Tuan,berapakah bayaran yang di buat setelah “di kick” dari AKPK?adakah sama jumlah semasa dalam AKPK?atau pihak bank memberikan jumlah yang baru?

  24. Saya penjawat awam dan mempunyai komitmen yang tinggi dan xsanggup nak hadap bulan-bulan..pada awalnya sy mampu untuk selesaikan loan2 itu semua sebab sy ada menjalankan bisnes lain.tp disebabkan bisnes makin jatuh dan suami tidak bekerja komitmen sy semakin tinggi dan x tertanggung lg wt sy..loan yang saya…
    kalau saya pergi AKPK,loan sy yg ditolak melalui angkasa,tertera dalam slip gaji,jika AKPK dapat membantu,adakah senarai itu tidak akan ada lagi dalam slip gaji?

  25. Salam en adzril,

    Sy buntu skrg.. sy ada 4 hutang.

    – rumah yg didiami dlm rm1300
    – rumah yg disewakan (tetapi perlu topup dlm 500 sebulan oleh sy )
    – personal loan bank islam rm1400++ (amik sbb nak settlekan semua hutang2yg lain dlu) dah masuk 3 tahun. ada lg balance 7 tahun.
    -Kereta rm1000 ( skrg kereta dh jual tp bank still cari sy sbb nama masi nama sy and mmg ada tunggakan sblm jual)

    Sy buntu sbb sy br je bhenti keje. dh sy risau .. skrg suami mmg xde ape2 utang lg.. Alhamdulillah utang kete suami br settle.

    skrg ni sy igt nak pegi ke akpk utk bantu sy bg personal loan tu. sbb tlalu tinggi buat masa skrg dgn keadaan sy yang xbkeje lg. masi mencari dan mencari..

    Bagaimana sy nak ke akpk utk mtk bnatuan personal loan tu.

    sekian terima kasih..

    1. AKPK bukan tempat buat personal loan puan.
      Akpk adalah agensi yg tolong ‘kawtim’ utk bayar hutang.

      Situasi biasa puan bayar loan direct ke bank.

      Bila dah AKPK, puan bayar kepada AKPK dan AKPK akan bayar kepada bank.

      1. maaf..bkn “bg personal loan”..salah ayat sy tu.. nak mintak bantuan akpk untuk bantu sy kurangkan pembayaran bulanan personal loan tu..

  26. En..cth..klu pergi ke akpk..interest rendah..jangka masa akn d panjang kan ke atau x??cth kereta byr 430 per mnth..tgl 1year je lg..klu pergi ke akpk…byrn jdi rendah tapi tempoh masa mgkin ke d panjang kan??melebihi dr waktu sptot nye?

  27. Assalamualaikum cik..sye ad trtnggak loan kete yg agk lma..akpk bleh tlg ke…dia sruh sye wat tmujnji on9 tp xbleh lah

  28. Salam tuan . Sy nak tanya . Tahun 2014 sy ada buat personal loan dgn easy rhb sebanyak RM10 k . Dalam setahun tu sy bayar mcm biasa , tp masuk tahun ke 2 sy jatuh sakit & tak bekerja . Awal tahun 2018 ni sy baru start keje balik . Bank ada call suruh buat full settlement berjumlah 13k & ugut mcm2 . So kalau sy serah diri ke akpk , agak2 diorang terima tak kes sy utk minimumkan bayaran ? Kereta sy bayar mcm biasa cuma ada 2 bulan tertunggak . Tp officer bank utk loan kete tu suggest sy daftarkan diri ke akpk jgk . Soalan sy , loan kereta pon bole buat penstukturan semula under akpk ke ?

  29. Salam Tuan nak tanya.

    Saya nak ke AKPK, nak nego utang la mcm orang lain. currently saya ada 2 kereta dan sebuah rumah bawah nama saya. adakah akpk akan suruh saya jual salah satu kereta tuh?

  30. salam adzril,kalau kat sibu sarawak mana kita boleh ator temujanji bersama akpk.berapa lama kita tak boleh buat loan kalau dlm program akpk
    bagaimana kita bayar hutang kita sendiri bank in kat akpk.

    1. Boleh hubungi akpk hq utk tanya cawangan sibu.

      Sepanjang program akpk, tak boleh buat loan.

      Tp rasanya ada pengecualian utk certain loan. Rasanya lah.

  31. Salam….wah…ramai jgk yg dh terjebak yer…harap sabar…aku pon cam korang jgk…ok,bro nk tnya ni,CTOS AKPK handle jgk ke?
    Cam sy cek di CTOS RECORD
    Aeon 1200
    Singer 1700
    P1 max 350
    Adakah ni jumlah yg perlu sy bayar jikalau cash atau berbeza?

  32. Setelah membaca komen semua ni. Maksudnya..apa2 hutang yang ditolak melalui biro angkas, akpk tak boleh bantu lah ye..

    Atau bagaimana?

    1. Kalau ikutkan zaman 2008-2009 mmg tak boleh. Tapi siapa tahu skrg ni mungkin ada perubahan. Sebab ada yg kata loan kereta pun akpk boleh handle.

  33. Assalamualaikum En.Adzril….boleh bagi tunjuk ajar Bagaimana menambah pendapatan….sy juga nak tahu ttg AKPK…potongan melalui Biro angkasa blh Bantu ka…potongan terlalu tinggi olh koperasi….

  34. Saya dah join akpk dlm sebulan dan dah buat byrn by hand utk akpk melalui maybank utk byaran semula kad krdt..tp bila masuk bulan kedua jumlah byrn berganda.yg mana sblm akpk struktur blnan saya kena byr rm 283,bila akpk ambil alih kena byr rm80 je,tp dari jumlah 283 tu dikurangkan 80 selpas byrn dan bakinya dibw kehadapan,sudahnya bln kedua jumlah byrn rm283+203 jdi 486 dan terus potong melalui gaji…tambah parah nak kira komitmen bln ni.huhuhuhu…

  35. Nak Tanya .. I sudah registered AKPK .. dan Minggu depan jumpa counseller . Kalau I nk cancelled boleh ke,? Cancel tak jadi apply,?

  36. Kalau suda lama dengan AKPK, dari tahun 2014 Jun lagi, nak rendahkan lagi jumlah bayaran bulanan AKPK….boleh ka…dan macam mana caranya

  37. Hi
    NaK Tanya Kalau I nak apply AKPK Atas nama saya , Tapi nama bini as a second name atas rumah I adakah nama Dia kena skali Kat AKPK,
    sebab I tak nak involved nama dia Kat AKPK,

  38. Saya ada hutang tertunggak rm 12k personal loan bank rakyat.. pada tahun 2001. .bila saya call bank, mereka suruh deal dengan debt collector, kenapa ye bank skrg suruh debt colecctor yg selesaikan, ?? kalau nak buat full settelment dgn debt collector/ pihak bank, adakah ccris kita ada clear dan boleh apply loan rumah /kereta? siapa ada pengalaman dgn debt collector ye. Saya ada call Bank Negara dan BN mmg mengesahkan yang debt collector tu safe dan mmg hutang yg lama bank akan “jual’ kepada debt collector utk selesaikan.

    1. Tak pasti pulak. Dulu HSBC saya pun debt collector dah ambik alih. Tapi saya pergi bayar full setelmen kat HSBC secara direct. Dan jumlahnya lebih rendah.

      Peg bank siap cakap “kalau bayar kat Debt Collector memang mahal sikit”

      So terus je la pergi ke bank dan bayar.

  39. Salam En. Adzril,

    Saya ada hutang pelajaran dengan Universiti. Tapi, jumlah bayaran balik terlalu besar iaitu 1500 sebulan. AKPK boleh bantu?

  40. Salam encik adzril,kalau ade hutang motor yang tertunggak selama 2 tahun adakah AKPK boleh tolong selesaikan tentang bayaran baki hutang

  41. Assalam encik, ada tempoh tertentu ke bayaran balik melalui akpk ni.? Maksudnya boleh cover utk 10 tahun sahaja ke atau sehingga baki loan habis.?

  42. Hari ini pergi ke AKPK untuk tanya khidmat nasihat n join program AKPK. Semasa kaunseling tersebut, sy ada bertanya kpd pegawai tersebut. Sejauh mn AKPK dpt membantu sy?
    AKPK memaklumkan bahawa agensi beliau akan mengurangkan bayaran bulanan. Secara tidak langsung, tempoh pinjaman menjadi panjang. Sebagaimana yg pegawai tersebut maklum kpd sy, setelah sy masuk program AKPK bayaran blk pinjaman tetap melalui bank ( bkn melalui AKPK cuma bayaran dilanjutkan atas arahan AKPK kpd pihak bank. AKPK bawah bank negara, bank mn berani kata x boleh ( pegawai tu kata sy ). Sepanjang tempoh program tersebut, segala pinjaman di senaraikan hitam ( x boleh buat loan ) dgn intitusi kewangan. Tp koperasi tidak pulak dimaklumkan. Sbb biasanya jarang koperasi links dgn bank negara. Tp Klau nak lebih puas hati, baik pergi sendiri utk pertanyaan. Sy dpt kurangkan komitmen bulanan sy dlm rm500. Sy join AKPK setelah tanya kawan n baca blog ini. Terima kasih atas ilmu diberi. Kita sama2 kongsi.

    Ringkasan bayaran

    Agro bank ( potongan angkasa ) Dr rm800 kpd rm600.
    Bank rakyat – Dr rm420.00 kpd rm250
    EON kredit – Dr rm250 kpd rm100
    Kad kredit dr rm140 kpd rm50

    Begitulah cerita lebih kurang..hehe

    1. Maksudnya …potongan melalui biro angkasa spt mbsb bole la ye? Berapa lama ye kelulusan nk tahu bank luluskan kcik kan bulanan tu ke x

  43. hi.. nk tnye sikit
    date utk temu janji dh buat.. time tu kita blh pegi anytime ke?
    confused sbb macam xgtau time msa kita g opis buat daftar..

  44. hi…sy dh joint akpk.masalahnya ada sekali dua sy ter miss byr.atas kekangan kewangan ms tu adik2 nak pkai duit.jd nya bl sy bt byran utk next month mlalui mybank, lgsung xdpt buat cz dh diblock dr buat byran akpk.mybank srh call akpk trus. so camne yerk ? rsau tak berpenghujung dh nih

  45. Nak tanya.. Bg penghutang yg ada nama keatas harta spt rumah kereta dll, adakah pihak akpk akan ambil tindakan sita keatas harta pemilik? Plz jawab..sy btl2 nak tahu

  46. Salam En Adzril. Suami saya sudah berurusan dengan AKPK. Adakah segala urusuan permohonan pinjaman atas nama isteri turut dibekukan?

      1. Oh begitu. Tapi kenapa ya permohonan pinjaman kredit kad saya ditolak? banyak juga yang saya apply. tapi ditolak. Alasan ditolak tu tak ada pulak mereka beritahu. Btw TQ sebab membalas saya.

  47. Salam Tuan Adzril. ni list personal loan saya.
    bank rakyat: rm110, 000 (akaun 1)
    bank rakyat: rm98, 000 (akaun 2)
    aeoncredit: rm10, 000.

    setakat ini saya tidak ada masalah untuk membayar ansuran bulanan.. tak pernah miss..
    tapi tu lah.. tiap2 bulan sakit.. ada je benda yg x cukup.. boleh ke akpk membantu saya untuk mengurangkan kadar pembayaran bulanan? saya tak kisah kalau tak boleh berhutang dengan mana2 agensi kewangan.. janji hutang clear.. & berapa lama tempoh penyelesaian yg biasa akpk tetapkan. tksih

    1. alhamdulillah… yang penting tuan jujur pada diri sendiri. Next step buat temujanji dengan AKPK dan nanti AKPK akan consult tentang pembayaran hutang dengan komitmen yang lebih rendah.

  48. sy ade hutang kereta dan personal loan…hutang kereta xde mslh masih lagi boleh handle dah nak habis lagi 2 tahun je…personal loan yang ade masalah sekarang…bank dah block sy…kalau sy pergi akpk just restructure personal loan saja boleh ke?sy xnak buat untuk kereta sebb nanti masa akn jd pnjg..sebb sy dengar akpk akn combine semua hutang kite..mohon pencerahan encik..terime kaih..

  49. hii En Adzril.. sy sdh ikut program ppk selama 4 thn, tp sejak kbelakangan ni ada masalah kewangan yg x dpt d elakkn mnyebabkan byrn DMP sy tertunggak dan lambat bayar.,skrg sy terima surat penamatan program ppk..apa yg perlu sy buat?

  50. salam en. adzril

    sya nk tnye saya ade hutang kredit kad nk apply akpk tp bole ke sbb sya x keje skang lps retrenchment 4thn lps tp income sya ade as business kecik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *