Sebab Utama Aku Pilih KTM RC 200

Aku percaya peminat KTM RC 200 atau mana-mana RC la tak kira 200, atau 250 atau 390 or maybe RC 125 (takde kat Malaysia) bermula minat kat KTM RC bukan sebab kelajuannya.

Tapi sebab rekabentuknya yang menawan. Tak dinafikan design Yamaha R25 dan CBR 250 RR pun cukup menggugat nafsu untuk memiliki, tapi KTM RC tetap menjadi pilihan hati selain harganya yang murah berbanding model yang lain. hehehe!

ktm rc best ke
KTM RC 200, seksi weh!

Ok chop! Sebenarnya harga bukan isu. Kalau dah minat tu, duit memang akan dicari dengan macam-macam usaha. Tapi terus terang aku cakap, perkara pertama yang membuatkan aku nak memiliki KTM RC ni sebab designnya, bukan sebab harganya.

Harganya yang murah berbanding motor yang sekelas dengannya bagi aku adalah bonus. Dengan lampu belakang LED tu, pastu darjah ketonggekan yang mengancam, dan body type yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecik ngam ngam untuk saiz ketinggian macam aku 167cm.

pendapat motor ktm rc 200
Relax jap bawah jambatan, hujan beb. Tak bawak baju hujan.

Dan aku jugak percaya, kebanyakan orang yang suka atau minat KTM RC ni, bukanlah sebab diaorang dengar pasal kelajuannya tapi rekabentuknya.

Dari rekabentuk tu lah mereka akan buat research pasal maintenance KTM RC, kelajuan dan kualitinya. Dan rata-rata yang mementingkan kelajuan akan kecewa dengan KTM RC ni sebab ianya takdelah laju macam hayabusa. Lagi-lagi variant KTM ni popular dengan enjin cutoff nya yang jahat. hahahaha!

Biasanya kita ni nak yang cantik, yang laju, yang jimat minyak dan last sekali yang murah.

Tapi bagi yang betul-betul genuine minat kat design KTM RC, diaorang memang tak kisah pasal kelajuan. Yang penting enjoy riding. Bukan hari-hari nak laju pun kan?

Iklan

Tapi kalau aku lah kan, hari-hari memang nak laju sebab aku ni biasa kalau keluar rumah nak pergi kerja memang lambat. Bila dah lambat memang selalu la cecah enjin cutoff tu.

Kadang-kadang tu rasa segan jugak bila Yamaha Lagenda overtake relax je. Yamaha Y15 atau 125Z jangan citer la, selalu sangat aku bagi peluang (sebab memang laju motor diaorang ni).

Apapun bergantung pada minat dan tujuan memasing la.

Seriusly aku sangat puashati dengan KTM RC 200 setelah 5 bulan memilikinya.

Mula-mula tu rasa macam sakit badan la kalau jalan jauh, tapi lama-lama ko akan biasa dan rasa sakit tu sebenarnya sebab kita tak biasa lagi dengan position KTM RC yang rare ni.

Next target aku sebenarnya Ducati Hypermotard. Korang aminkanlah doa aku ni.