Saya Buat Akaun Simpanan Emas di Public Gold – Akaun GAP

Simpanan Emas di Malaysia yang paling popular tak lain dan tak bukan adalah melalui Public Gold. Cara simpanan paling minimum adalah RM100 untuk setiap kali menyimpan. Nama akaun simpanan emas Public Gold ini dinamakan GAP, Gold Accumulation Program.

Anda boleh mengeluarkan (redeem) emas fizikal setiap kali jumlah simpanan emas anda mencecah 1 gram. Saya bagi contoh 1 situasi.

Contoh Situasi aktiviti simpanan emas

Sebagai contoh, pada 10 November, harga emas segram adalah RM271. Anda nak simpan RM100 pada masa emas berharga RM271. Jadi simpanan emas anda pada 10 November adalah 0.3690 gram.

Kemudian pada 12 November, harga emas menjadi RM272. Anda nak simpan lagi dengan RM100 pada masa emas berhaga RM272. Pada waktu ini dengan RM100 anda akan dapat 0.3676 gram emas. Jadi jumlah simpanan emas anda bertambah dari 0.3690 gram ke 0.7366 gram.

Harga emas (999) pada 12 November 2020

0.3690 gram yang dibeli dengan harga RM100 pada 10 November 2020 ditambah dengan 0.3676 gram yang dibeli pada 12 November 2020 menjadi 0.7366 gram.

0.3690 gram
+ 0.3676 gram
0.7366 gram

Anda bebas nak simpan berapa-berapa pun dan anda bebas nak tambah simpanan pada bila-bila masa. Kiraan harga emas berubah setiap hari. Nak terus beli 1gram pun boleh, malah nak lebih dari tu pun boleh.

Dapatkan atau tebus emas fizikal di mana-mana outlet Public Gold

Sekiranya sudah cukup 1 gram emas dalam akaun GAP anda itu, anda boleh tebus atau redeem emas 1gram di mana-mana cawangan Public Gold di Malaysia.

Dalam waktu PKP, anda perlu buat temujanji di mana-mana cawangan Public Gold untuk urusan pengeluaran emas. Saya ada sediakan prosedur untuk buat temujanji dalam artikel Cara Membuat Pengeluaran Emas di blog saya.

Pihak Public Gold akan menolak jumlah sebenar emas dalam akaun GAP anda dengan jumlah emas yang telah anda keluarkan.

Pengeluaran simpanan emas Public Gold

Saya buat pengeluaran emas yang pertama adalah dengan mengeluarkan 1 dinar iaitu 4.25gram. Ikutkan nak keluarkan 1 gram masa mula-mula akaun simpanan emas (GAP) saya dah cecah 2 gram, tapi masa tu musim PKP jadi semua orang tak boleh keluar rumah.

Simpan punya simpan (duit moratorium), akaun GAP saya cecah sampai 7 gram. Jadi bila ada peluang ke Public Gold, saya terus keluarkan 1 dinar (4.25gram) dan 1 gram.

Emas 1 gram yang saya keluarkan dari akaun simpanan emas Public Gold (GAP)

Jadi jumlah pengeluaran saya pada waktu tu adalah 5.25 gram secara keseluruhan. 5.25 gram ini ditolak dari jumlah yang ada dalam akaun GAP saya iaitu 7 gram. Selebihnya saya biarkan dalam akaun GAP untuk pengeluaran akan datang.

Minimum pengeluaran emas fizikal adalah 1 gram

Untuk pengetahuan, anda perlu meninggalkan minimum 1 gram dalam akaun simpanan emas GAP anda itu untuk memastikan akaun GAP anda terus aktif.

Anda masih boleh mengeluarkan 1 gram yang ada dalam akaun simpanan emas GAP anda itu. Tetapi sekiranya anda mengeluarkan semua gram dalam GAP anda, akaun anda akan ditamatkan. Anda perlu bayar penalti sebanyak RM50 sekiranya ingin mengaktifkan semula akaun GAP anda itu.

Secara peribadi saya tak nampak kenapa perlu tutup akaun GAP ni. Mindset saya, emas perlu dibeli sama ada harganya mencanak, atau merudum. Pembelian atau simpanan emas perlu terus dilakukan untuk mengimbangi antara simpanan duit fizikal dan simpanan emas.

Kenapa buat simpanan emas – Objektif

Cerita bab mindset, orang yang buat simpanan emas ni ada beberapa tujuan dan objektif. Ada yang memang nak simpan emas (macam saya), tak kiralah harga emas naik atau turun, bila ada duit lebih memang saya akan masukkan ke simpanan emas GAP dan kemudian terus dapatkan emas fizikal bila mencapai 1 gram tanpa lengah.

Ada yang simpan emas untuk didagangkan (trade). Beli banyak-banyak waktu harga emas rendah, nanti harga dah tinggi, nak jual balik. Pada saya, ianya takkan berakhir. Harga emas akan terus naik. Tapi masing-masing ada pendapat sendiri.

Cara buat akaun simpanan emas GAP Public Gold

Sekiranya anda berminat untuk mulakan simpanan emas, anda perlu menyediakan minimum RM100 untuk membuka akaun simpanan emas GAP Public Gold.

Anda boleh hubungi saya di O1O6OO9966 untuk urusan pembukaan akaun simpanan emas anda. Selepas akaun anda diaktifkan, anda boleh tambah simpanan anda sendiri secara online.

Jom dapatkan 1 gram yang pertama!