Untungnya kat Malaysia ni ada beberapa pilihan untuk beli tiket kapal terbang. Selalunya memang AirAsia la bagi harga murah. Jadi berapa sebenarnya ni harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah yang ideal dan murah?
Memandangkan saya biasa guna penerbangan AirAsia, jadi saya tunjuk contoh AirAsia la ye.
Sebelum ni saya ada jugak buat artikel berkenaan tiket flight ni. Tapi topik lebih kepada harga tiket flight AirAsia untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun.
Isi Kandungan
Harga Tiket Penerbangan Ke Sabah
Ok harini (tarikh artikel ni ditulis) adalah 18 Jun 2019.
Saya cuba tengok tiket pada tarikh terdekat (seminggu kedepan) iaitu 25 Jun 2019 dari KLIA2 ke KKIA1.
Untuk tempoh seminggu sebelum, harga tiket ke Kota Kinabalu Sabah dari KLIA2 ke KKIA1 dengan harga RM114.30 boleh dikira murah.
Tapi nanti dulu.
Saya belum kira harga tiket balik dari KKIA1 ke KLIA2.
Harga paling mahal ditawarkan oleh AirAsia adalah RM276.12 pada jam 10.35 pagi.
OK pertama sekali, harga tu agak mahal bagi penerbangan sehala.
Kedua, penerbangan jam 10.35 pagi boleh dikira terlalu awal untuk balik ke Kuala Lumpur.
Kalau datang untuk tujuan bercuti di Sabah ni, memang rugi balik jam 10 pagi. Rugi satu hal, rushing lagi nak ke airport satu hal lagi.
Jadi jam berapa yang nice untuk balik ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu Airport?
Idealnya jam 5 petang ke 7 petang. Kalau Malam boleh, cuma nanti akan terlalu penat.
Jadi AirAsia pun dah susun cantik harga tiket penerbangan untuk range jam 5 petang ke 7 petang.
Harga tiket pernerbangan balik ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu Sabah cuma RM124.30.
Bagi saya ini cukup sempurna.
Waktu yang ideal, harga yang berpatutan.
Murah atau Mahal? Berbaloi tak?
Jadi jumlah keseluruhan kos tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur ke Sabah dan kembali ke Kuala Lumpur lebih kurang;
RM114.30
+RM124.30
RM238.60 (lebih kurang)
Dengan harga bawah RM300 untuk tiket penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah, pada pandangan saya masih lagi kategori murah.
Lagi-lagi untuk tempoh tempahan awal seminggu.
Baik grab cepat.
Itu untuk percutian sendiri tanpa guna pakej lah. Kena beli tiket sendiri, kena plan perjalanan kat tempat-tempat menarik Sabah ni sendiri, dan kena sewa kereta sendiri.
Pakej Percutian ke Sabah dengan Tiket Penerbangan
Kalau anda jenis yang malas nak fikir semua tu, tau-tau nak selesai je semua urusan, gunakanlah pakej percutian ke Sabah (klik untuk baca) yang disediakan travel agensi. Semua urusan akan diuruskan;
- Tempahan tiket
- Lokasi penginapan
- Makan, minum
- Jadual dan itinerary perjalanan sepanjang percutian
- Kenderaan
- Dan lain lain.
Mahal?
Siapa cakap? Pakej percutian ke Sabah yang anda pilih nanti boleh dicustom mengikut bajet anda sendiri.
Saya sendiri dah kira bajet antara bercuti ke Sabah tanpa agen dan harga bercuti ke Sabah dengan pakej percutian (agen).
Boleh baca artikel saya Kos dan Bajet bercuti ke Sabah untuk menilai yang mana lebih berbaloi untuk poket anda.