Yoosee IP Camera Review Rakam Tanpa Internet Macam CCTV

Hampir seminggu lebih aku test drive Yoosee IP Camera ni sebelum aku bagitau kat orang camna nak guna camera ni untuk jadi CCTV. Biasanya untuk dapatkan 1 sistem lengkap CCTV kita perlu ada komputer untuk running cctv ni. Tapi dengan menggunakan kamera Yoosee IP Camera ni dah boleh la gunakan benda alah ni untuk jadikan cctv. Jadi review aku akan berkisar tentang kualiti gambar, kualiti rakaman video, durasi rakaman, kawalan kamera dan lain-lain yang aku rasa perlu aku bagitau kat sini. Yoosee IP Camera Review Rakam Tanpa Internet macam CCTV.
aku tengah ejas sesungut ip camera Yoosee

Kualiti Rakaman

Pertama sekali aku nak cerita kualiti rakaman. Yoosee IP Camera ni macam mainan je kalau sekilas pandang. Macam kamera cctv dummy pun ada kekadang aku tengok. Siapa sangka kamera ni mampu merakam video dan gambar yang dikawal oleh smartphone korang. Kualiti agak memberangsangkan dan clear. Nak cakap kualiti HD tu tak la sangat tapi untuk sesi pemantauan kat smartphone memang boleh view HD, untuk rakaman boleh aku katakan ianya taklah HD.
low light ip camera
Rakaman video low light, bantuan cahaya dari komputer dan lampu dari luar tingkap.

Kawal Guna Apps Yoosee di Smartphone

IP Camera ni lagaknya macam good2 je sebab ada 2 sesungut (antena wireless) so pada mulanya aku ingat IP Camera itu sendiri adalah wireless router tapi sebenarnya bukan. Fungsi antena tu memang untuk wireless tapi selepas korang setting guna network cable dari IP Camera ke Wireless Router Modem, barulah fungsi wireless tu boleh digunakan untuk kawal IP Camera ni guna apps yang dinamakan Yoosee sediakan kat web dia dan jugak Play Store. Kelemahannya sistem Wifi Router ke IP Camera untuk kawal kamera ni tak akan berfungsi bila takde internet dari Router Wifi. Maksudnya dia tak boleh kawal guna router semata-mata, kena ada internet. Gedik je kan? Walaubagaimanapun rakaman tetap akan berjalan cuma korang tak boleh nak kawal kamera ni sebab takde internet.
Sekiranya berlaku black out atau korang ter offkan IP Camera ni, rakaman akan terhenti tapi selepas IP Camera ni dapat punca kuasa balik, dia akan mula menjalankan tugas merakam macam biasa.
Yoosee IP Camera

Tempoh Durasi Rakaman

Setelah aku membuat ujikaji rakaman menggunakan memori kad Micro SD berkapasiti 16 gigabyte, ternyata IP Camera ini berupaya membuat rakaman selama 5 hari atau lebih kurang 120 jam plus plus tanpa henti. IP Camera ni kan cara dia merakam adalah selama setengah jam untuk setiap sesi. Sebagai contoh, korang on IP Camera ni jam 5.45 petang, IP Camera akan merakam video sampai tepat jam 6.00 petang lepas tu dia akan create file baru dan start merakam bermula dari jam 6 petang sampai 6.30 petang. Selepas 6.30 petang IP Camera akan create lagi file baru dan memulakan rakaman selama setengah jam jugak dan camtulah seterusnya.
kamera ip yoosee bagus ke
Rakaman adalah setengah jam setiap sesi.
Andai katalah kapasiti Micro SD card tadi dah penuh, IP Camera ni akan overwrite file paling awal rakaman. Dia akan cycle balik memori. Kalau nak cycle yang lebih lama cuba la guna memori yang berkapasiti 64Gb, mungkin boleh rakam sampai 20 hari non-stop.

Pantau Rakaman IP Camera di Smartphone

Macam yang pernah aku bagitau tadi, kamera ni kalau takde internet dari Router Modem Wifi yang pertama kali digunakan untuk setting IP Camera ni, memang tak boleh la korang nak gunakan apps Yoosee kat smartphone ni untuk tujuan pemantauan di skrin smartphone. Tapi kalau IP Camera ni connected dengan modem wifi yang ada internet (LAN atau Wifi) korang boleh pantau aktiviti dan rakaman kamera ni guna smartphone korang kat mana-mana pun guna talian internet.

IP Camera Ini Boleh Berpusing

Kepala IP Camera ni boleh pusing 360 darjah melintang dan 180 darjah menegak. Cara nak kawal guna apps Yoosee tu lah. Tapi kalau takde talian internet korang boleh pusing je guna tangan. Jangan kasar-kasar plak. Manalah tau nak bawak kamera ni ke tempat lain untuk rekod. Nak pulak tempat tu takde internet. Cuma perlu cucuk kat plug pastu adjust kamera nak rakam kat arah mana. Itu sahaja.

Fungsi Suara

Tau tak apa yang best pasal kamera ni? Korang boleh berkomunikasi guna kamera ni. Kat paparan apps Yoosee ni ada butang mikrofon. Tekan butang tu dan korang boleh bercakap dan suara korang tadi tu akan keluar kat Yoosee IP Camera ni. Contohlah korang skodeng kawan korang yang tengah masak kat dapur, boleh la borak dengan member tu. Member tu pulak boleh je balas suara tu sebab IP Camera ni memang dia rakam suara sekali. Makna kata suara akan kedengaran kat apps Yoose semasa pemantauan dilakukan.
tekan mic ni, maka akan kedengaran suara kat Camera tu.. seram wehhh

Jenis Video Yang Dihasilkan.

File rakaman video yang terhasil dari IP Camera ni agak pelik extensionnya. dot av. Macam2 player aku guna untuk open file ni kat laptop aku tapi tak berjaya. Last2 guna Window Media Classic (WMC) je baru boleh bukak file dot av ni. Download player (WMC)  untuk play video kat sini. Rakaman video ni memang tak boleh transfer ke storan smartphone. Korang kena import sendiri secara manual ke pc atau laptop. Oh ye selain rakam video, IP Camera ni boleh snap gambar jugak.

Harga Pasaran IP Camera di Malaysia

Harganya agak berpatutan iaitu RM185. Ada juga IP Camera lain yang aku tengok kat pasaran dengan harga yang lebih murah iaitu RM99 (selepas promosi) bezanya IP Camera tu tak boleh pusing 360 darjah macam Yoosee Camera ni dan ada 2 sesungut (antena) hahahaha! Aku ada lebih 2 bijik kalau korang nak beli. Boleh helo2 aku lah ye kat O192O61966.
wifi connection ip camera
Port untuk cable network tu la korang akan gunakan untuk setting antara kamera dengan modem router.

Leave a Reply