Cara Bayar Online Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan

Posted by
Untuk cukai tanah bagi kawasan dan mukim di Negeri Sembilan, memang takde list dalam Maybank2u atau CIMB bank.
 
Untuk bank lain macam Hong Leong Bank (Hongleongconnect.my), BSN Online (MyBSN), memang aku tak tau samada ianya tersenarai atau tidak bagi bill pembayaran ke Pejabat Daerah dan Tanah bagi Negeri Sembilan ni.

cara bayaran online cukai tanah
Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

UPDATED!

Untuk membuat pembayaran online bagi cukai tanah Kerajaan Negeri Sembilan ni korang boleh terus ke laman web khas untuk pembayaran online. (https://ptgns.ns.gov.my/fpx/fpxv2_qrycukai.php).
 
Bila korang masuk laman tu, korang akan dipaparkan dengan paparan seperti di bawah.
 
Paparan laman online Bayaran Cukai Tanah Kerajaan Negeri Sembilan
 
Untuk panduan mengisi ruangan Daerah, Mukim, Jenis Hakmilik dan No. Hakmilik boleh didapati di Bil Cukai Tanah terkini anda. Isikan seperti gambar dibawah ini.
 
Cara isi borang bayar cukai tanah online Kerajaan Negeri Sembilan
 
Selepas memasukkan semua data yang diberikan, tekan butang Cari dan status pembayaran akan dipaparkan seperti gambar di bawah, Tekan butang bayar untuk membuat pembayaran menggunakan sistem FPX.
 
Sekiranya cukai tanah korang telah dibayar, paparannya adalah seperti berikut;
 
Cukai Tanah telah dibayar
Kalau ada sebarang masalah atau nak tukar alamat surat menyurat boleh terus call nombor telefon Pejabat Tanah Negeri Sembilan 066032200.
 
Sekarang jalankan tanggungjawab korang untuk membayar cukai. MMmmmuah!
 

20 comments

  1. chrome, ie, firefox, safari… semua pun tak boleh…
    masa klik "bayar" tunjuk mesej
    socket_connect() failed. Reason: () Connection refused
    Pls check if the plugin is up and running.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *