Scammer Guna Whatsapp Mangsa Untuk Menipu

Siapa sangka penipuan zaman sekarang ni boleh dibuat guna nombor orang lain guna Whatsapp?

Ni cerita betul yang terjadi pada saya. Kes penipuan ni betul-betul menyusahkan dan menganiaya orang lain yang tak bersalah. Modus operandinya jelas, orang yang tak alert pasal security Whatsapp akan mudah terkena dengan scammer ni.

Lebih kurang pukul 1514 hrs saya terima satu Whatsapp yang mengatakan simkad saya telah memenangi cek tunai 10,000.00 dari nombor 011140776XX.

Ye, memang la tahu benda ni scam.

Saya cuba melayan konon-konon saya percayalah.

Scammer cakap “kalau nak dapat hadiah tu, ada syarat. Syaratnya pergi beli topup Hotlink RM10 sebanyak 3 keping. Gores topup tu dan tunjukkan padanya”

Selepas beberapa helah saya buat untuk layankan scammer ni, akhirnya scammer ni tak reply.

Jam 1853 hrs saya Whatsapp balik nombor ni, konon-konon tanya mana hadiah?

Dia punya reply betul-betul buat saya rasa dia ni menipu. “Mana dapat nombor saya? Kenapa mesej saya? Saya tak tahu apa-apa?”

Saya pun screenshot la perbualan awal tadi. Saya tanya “Apa cerita?”

Maka bermulalah bab yang agak menyeramkan. (Seram ke?)

Seram sebab orang lain buat kerja jahat, tapi orang lain yang dapat nama busuk.

Saya yakin ramai rakyat Malaysia bijak dan takkan termakan dek penipuan ‘Simkad telah terpilih memenangi bla bla bla”

Apa yang saya risaukan adalah,

Nombor yang digunakan adalah milik orang lain yang tak bersalah. Bagaimana modus operandinya?

Macam-macam saya tanya adik ni, (Dia cakap umur dia 15 tahun) dia ni mangsa keadaan. Maisarah namanya.

Sungguh-sungguh adik ni terangkan yang dia tak bersalah. Saya tak puas hati mula-mula sebab anggap ni ‘exit plan’ scammer bila dah terkantoi atau nak melepaskan diri.

Modus Operandi

Adik ni cakap dia terima panggilan dari +6282188080818 dan mengatakan yang simkad adik ni telah memenangi duit sejumlah 10,000.00. Lebih kurang jam 1510 hrs selama 5 minit 32 saat.

Adik ni beritahu lagi, yang dia tak percaya dan scammer tu mintak nombor akaun bank adik ni untuk tujuan bank in duit. Adik Maisarah (bukan nama sebenar) terus end call.

Lepas tu dalam jam 1513 hrs, adik ni terima mesej verifikasi Whatsapp. Dia just ignore la kot, saya pun tak tanya lebih-lebih.

Selain tu, adik Maisarah terima sms TAC dari Hotlink App. Yang ni saya tak dapat nak relate. Yang saya dapat relate panggilan jam 1510 hrs dan mesej verifikasi Whatsapp. Sebab saya pengguna tegar Onexox!

Anda dapat relate?

  1. Maisarah dapat panggilan dari +6282188080818
  2. Dia jawab panggilan tu selama 5 minit 32 saat bermula 1510 hrs.
  3. Maisarah terima mesej Verifikasi Whatsapp pada 1513 hrs,

artikel lain : Cara Install 4 Whatsapp dalam 1 phone.

Biar saya jadi detektif. *Sinsing lengan.

Sebelum tu, biar saya buat penafian. Semua flow modus operandi ni adalah berdasarkan logik akal saya, jangan cakap saya pakar benda ni pulak. Benda simple je.

Semasa Maisarah jawab panggilan tu, scammer dalam masa yang sama telah meminta Maisarah untuk memberikan code verifikasi Whatsapp untuk nombor Maisarah iaitu 011140776XX.

Maisarah kan budak lagi, mungkin dia tak tahu apa itu keselamatan Whatsapp, jadi dia bagi je la code verifikasi tu pada scammer. Dan akhirnya Whatsapp Maisarah telah dihijack dari jauh, menggunakan phone lain.

Dengan ini, scammer dapat akses penuh Whatsapp Maisarah dan buat scam ke orang lain dengan menggunakan nombor Maisarah.

Jadi apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan nombor kita dihijack dan digunakan untuk tujuan tak baik ni?

JANGAN JAWAB CALL DARI NOMBOR PELIK.

Ya!

Jangan jawab dari nombor yang pelik sebab dalam tempoh masa tertentu scammer boleh cakap apa pun ayat pemanis untuk dapatkan kod verifikasi Whatsapp. Yang pasti scammer ini dari negara jiran berdasarkan suara dan dialeknya cakap bahasa Melayu. Kelakar kot.

Mujur scam ini cuma mintak topup Hotlink, kalau digunakan untuk benda lain macam ugutan? Surat layang? Tak ke naye pemilik sebenar nombor tu? Mintak dijauhkan.

Tapi lepas ni jangan pulak ada yang guna alasan Whatsapp dihijack sebagai alasan untuk buat benda tak elok. MO camni tak dapat dibuktikan dengan fakta.

Mungkin bagi adik Maisarah ni, saya percaya sebab kronologi yang dia berikan. Memang betul dia dapat panggilan dari +6282188080818 sebanyak 2 kali.

Waktu panggilan diterima dan waktu dia whatsapp saya menjadi alibi untuk dirinya.

Sebarkan info ni kepada kawan-kawan dan keluarga. Jangan jawab panggilan dari nombor pelik. Buat masa ni orang dari negara jiran je yang pandai taktik ni, Malaysia belum pernah lagi. So masih boleh je terima panggilan dari nombor Malaysia.

Untuk selamat, terima panggilan dari nombor yang anda kenali sahaja.

Pengajaran;

  1. Jangan jawab panggilan dari nombor pelik
  2. Jangan scam orang

Jangan risau guys, Security Whatsapp masih yang terbaik. Cuma jangan lah kita bagi kod verifikasi kat orang. Senyum la orang tu.

*Ok kembali jadi blogger, resign jadi detektif.

2 Comments

    • Adzril

Leave a Reply