Hampir seminggu lebih aku test drive Yoosee IP Camera ni sebelum aku bagitau kat orang camna nak guna camera ni untuk jadi CCTV. Yoosee IP Camera Review Rakam Tanpa Internet macam CCTV.
Biasanya untuk dapatkan 1 sistem lengkap CCTV kita perlu ada komputer untuk running cctv ni. Tapi dengan menggunakan kamera Yoosee IP Camera ni dah boleh la gunakan benda alah ni untuk jadikan cctv.
Jadi review aku akan berkisar tentang kualiti gambar, kualiti rakaman video, durasi rakaman, kawalan kamera dan lain-lain yang aku rasa perlu aku bagitau kat sini.
aku tengah ejas sesungut ip camera Yoosee |
Isi Kandungan
Kualiti Rakaman
Pertama sekali aku nak cerita kualiti rakaman. Yoosee IP Camera ni macam mainan je kalau sekilas pandang. Macam kamera cctv dummy pun ada kekadang aku tengok.
Siapa sangka kamera ni mampu merakam video dan gambar yang dikawal oleh smartphone korang. Kualiti agak memberangsangkan dan clear.
Nak cakap kualiti HD tu tak la sangat tapi untuk sesi pemantauan kat smartphone memang boleh view HD, untuk rakaman boleh aku katakan ianya taklah HD.
Rakaman video low light, bantuan cahaya dari komputer dan lampu dari luar tingkap. |
Kawal Guna Apps Yoosee di Smartphone
IP Camera ni lagaknya macam good2 je sebab ada 2 sesungut (antena wireless) so pada mulanya aku ingat IP Camera itu sendiri adalah wireless router tapi sebenarnya bukan.
Fungsi antena tu memang untuk wireless tapi selepas korang setting guna network cable dari IP Camera ke Wireless Router Modem, barulah fungsi wireless tu boleh digunakan untuk kawal IP Camera ni guna apps yang dinamakan Yoosee sediakan kat web dia dan jugak Play Store.
Kelemahannya sistem Wifi Router ke IP Camera untuk kawal kamera ni tak akan berfungsi bila takde internet dari Router Wifi.
Maksudnya dia tak boleh kawal guna router semata-mata, kena ada internet. Gedik je kan?
Walaubagaimanapun rakaman tetap akan berjalan cuma korang tak boleh nak kawal kamera ni sebab takde internet.
Sekiranya berlaku black out atau korang ter offkan IP Camera ni, rakaman akan terhenti tapi selepas IP Camera ni dapat punca kuasa balik, dia akan mula menjalankan tugas merakam macam biasa.
Yoosee IP Camera |
Tempoh Durasi Rakaman
Setelah aku membuat ujikaji rakaman menggunakan memori kad Micro SD berkapasiti 16 gigabyte, ternyata IP Camera ini berupaya membuat rakaman selama 5 hari atau lebih kurang 120 jam plus plus tanpa henti.
IP Camera ni kan cara dia merakam adalah selama setengah jam untuk setiap sesi. Sebagai contoh, korang on IP Camera ni jam 5.45 petang, IP Camera akan merakam video sampai tepat jam 6.00 petang lepas tu dia akan create file baru dan start merakam bermula dari jam 6 petang sampai 6.30 petang.
Selepas 6.30 petang IP Camera akan create lagi file baru dan memulakan rakaman selama setengah jam jugak dan camtulah seterusnya.
Rakaman adalah setengah jam setiap sesi. |
Andai katalah kapasiti Micro SD card tadi dah penuh, IP Camera ni akan overwrite file paling awal rakaman. Dia akan cycle balik memori.
Kalau nak cycle yang lebih lama cuba la guna memori yang berkapasiti 64Gb, mungkin boleh rakam sampai 20 hari non-stop.
Pantau Rakaman IP Camera di Smartphone
Macam yang pernah aku bagitau tadi, kamera ni kalau takde internet dari Router Modem Wifi yang pertama kali digunakan untuk setting IP Camera ni, memang tak boleh la korang nak gunakan apps Yoosee kat smartphone ni untuk tujuan pemantauan di skrin smartphone.
Tapi kalau IP Camera ni connected dengan modem wifi yang ada internet (LAN atau Wifi) korang boleh pantau aktiviti dan rakaman kamera ni guna smartphone korang kat mana-mana pun guna talian internet.
IP Camera Ini Boleh Berpusing
Kepala IP Camera ni boleh pusing 360 darjah melintang dan 180 darjah menegak. Cara nak kawal guna apps Yoosee tu lah.
Tapi kalau takde talian internet korang boleh pusing je guna tangan. Jangan kasar-kasar plak. Manalah tau nak bawak kamera ni ke tempat lain untuk rekod.
Nak pulak tempat tu takde internet. Cuma perlu cucuk kat plug pastu adjust kamera nak rakam kat arah mana. Itu sahaja.
Fungsi Suara
Tau tak apa yang best pasal kamera ni? Korang boleh berkomunikasi guna kamera ni. Kat paparan apps Yoosee ni ada butang mikrofon.
Tekan butang tu dan korang boleh bercakap dan suara korang tadi tu akan keluar kat Yoosee IP Camera ni.
Contohlah korang skodeng kawan korang yang tengah masak kat dapur, boleh la borak dengan member tu.
Member tu pulak boleh je balas suara tu sebab IP Camera ni memang dia rakam suara sekali. Makna kata suara akan kedengaran kat apps Yoose semasa pemantauan dilakukan.
tekan mic ni, maka akan kedengaran suara kat Camera tu.. seram wehhh |
Jenis Video Yang Dihasilkan.
File rakaman video yang terhasil dari IP Camera ni agak pelik extensionnya. dot av. Macam2 player aku guna untuk open file ni kat laptop aku tapi tak berjaya. Last2 guna Window Media Classic (WMC) je baru boleh bukak file dot av ni.
Download player (WMC) untuk play video kat sini. Rakaman video ni boleh transfer ke storan smartphone atau Korang kena import sendiri secara manual ke pc atau laptop.
Oh ye selain rakam video, IP Camera ni boleh snap gambar jugak.
Harga Pasaran IP Camera di Malaysia
Harganya agak berpatutan iaitu RM70 – RM80.
Boleh beli Ip Camera Yoosee kat Lazada, memang recommended.
Ada juga IP Camera lain yang aku tengok kat pasaran dengan harga yang lebih murah iaitu RM99 (selepas promosi) bezanya IP Camera tu tak boleh pusing 360 darjah macam Yoosee Camera ni dan ada 2 sesungut (antena) hahahaha!
Port untuk cable network tu la korang akan gunakan untuk setting antara kamera dengan modem router. |
bro ade cara tak setting ip cctv ni tanpa guna internet.. maksud sy bila cable internet kat wifi tu kia cabut, cctv ni stil kita boleh view dkt hp asalkan conet dengan wifi yg sama
Lepas dh tukar cara dia connect, dari LAN ke wifi, dah boleh cabut cable network tu. Cable tu hanya digunakan utk tujuan setting je.
Bro nak tanya kalau ip camera tu connect pakai wifi henpond boleh ke… Lepas tu nak tgk online utk henpond yg lain pulak mcm mana yeee..boleh tolong jelaskn …tq
Boleh. Kalau ip camera ni dia akan bg akaun. Buat la berapa akaun pun utk pantau kat smartphone.
Maaf..kurang paham..klu dkt rumah xde wifi…boleh pasang jugak ek?
Cuma pantau melalui data tepon leh ke?
Maaf..kurang paham..klu dkt rumah xde wifi…boleh pasang jugak ek?
Cuma pantau melalui data hp leh ke?
Boleh pasang dan kamera akan rekod. Tp takleh pantau sebab takde wifi.
salam encik..sy nak tanya..sy bole connect cctv guna hand phone mlalui wifi wireless di rumah.dgn syarat hand phone sy connect dgn wifi rumah.jika saya berada luar dari kwsn wifi rumah,saya dah xbole pantau secara live.ada cara tak utk sy connect?sgt memerlukan bantuan..bole email saya tak kalo encik tahu cara nya.0124490519
Kat bahagian network tu, tukar kepada wifi. Once dia dah connect kt wifi, kita boleh akses dari mana2 pun guna phone.
Bole guna mobile hotspot tak kalau tak ada wifi kat rumah?
Boleh. Tapi kena setting dlu guna cable network utk intergrate wifi hootspot dari mobile tu.
Bole guna mobile hostpot tak utk connect dgn ip camera?
Baik. Terima kasih.
Blh terangkan tak,kurang faham…terima ksih kerana membantu
Terangkan yg part mana? Kat atas ni kurang jelas ye?
Salam sy dah cuba guna hotspot hanphone tapi xdpt connect la…boleh en. Wassap sy 01151644155 afiq
salam…nak tanya, blhkah delete rakaman melalui transfer SD card ke laptop. blh direct delete fail tu dri laptop ke after transfer dri SD card?
Boleh
Salam tuan..kalau rumah kita x de wifi..boleh ke kita review guna hp bila berada kt luar rumah atau di pejabat.
wasalam. tak boleh sebab camera perlu capaian internet untuk disambungkan kepada phone kita.
Assalam boss..camera dah pasang..tp gambar blur..ada kena setting tpt lain ker bagi gambar clear.
Model sama ke?
Hi. Cmna nk record cctv ni tnpa ke memory ya. Sbb sy dh setting semua yg internet. Cuma nk try guna memory card tu pulak.
memang wajib rekod ke memori kad.
Macam mana nak record ye..sbb bila tekan butang keluar..da xblh record
manual record mode kena enable. tu je.
Apa yg menyebabkan cctv kita mmberitahu network error dan cctv itu buffering? Sedangkn internet wifi kita berada di tahap optimum dan kita boleh menggunakn gadget lain tanpa masalah hatta video call pun sgt jelas dan xde gangguan? Adakah cctv itu di hack?
Mungkin memori kad problem.
Aslmkm.. Saya nak tanya soalan.. komputer bila dah off..kalau sape sape duduk depan komputer komputer boleh rakam gambar tak.. ada camre tersembunyi x
klu dah off takde power dah… takde device boleh di on.
Boleh bg nombor utk dihubungi?saya ada masalah di bahagian rakaman..kadang2 auto rekod kadang2 tak rekod
As salam bro,, nk tanya adakah cctv ni ‘makan data’..maksud sya adakah kita perlu sediakan data wifi yang byk untuk mengoperasinya?
Cctv ni hanya makan data sekiranya kita nak stream online. Selebihnya, cctv ni tak perlukan internet connection pun untuk merakam. Internet tu hanya utk kita pantau guna phone sahaja.
Salam…
Boleh bagi no whatsup tak? Senang saya nak tanya ….
Tq bro…
Salam…nk tnye skt klu dkt rumah xde wifi…adakah cctv dapat rakam apa yg berlaku x sewaktu kite xde dkt rmh???
boleh.
Aslmkm,nk tanya..sy ade baru beli ip camera.nie kira camera kedua lh.jd,sy try utk connect melalui wlan utk tujuan setup.masa guna cable internet,camera terus connect..bile nk tukar ke wifi x bole.apa masalahnya?
tuan, sy ada 2 soalan
1. kalau guna modem.. Modem apa yg paling sesuai utk sy link dgn camera tu spy sy bole akses tgk di hdfon?
2. sebulan anggaran data internet utk pantau dan rekod di premis yg sy pasang perlu guna brapa gb yer?
1. apa2 modem pun sesuai.
2. sebenarnya tak perlukan data yang byk pun. data hanya digunakan apabila kita view video tu. untuk recording, tiada data diperlukan langsung.
salam bro nak tanya
mudah atau tidak org nak hack cctv ni.
ciri2 keslamatan dia tinggi dak sebab kebanyakan akan pasang dalam rumah takut tersebar…
belum pernah lagi dengar. tapi mcm tak mustahil bagi seorang hacker yang pakar hack network wifi. maybe.
Slm tuan..so semua sistem wireless cctv sama ke tuan,hanya boleh merakam shja jikalau tiada smbungan internet?sb sy just nk merakam shja..ribuan t.ksh jikalau tuan mnjwb soalan sya..
semua cctv mmg merakam. beza dengan ip camera ni, ip camera punya memori mmg dalam device ip camera tu. kalau cctv ada harddisk berasingan sebagai simpanan rakaman.
salam tuan..boleh ke wassap saya di 0147109528
saya prlukan input dr tuan utk install camera ip yoosee
terima kasih
Asslmmualaikum
Saya sdh sambung cctv ip camera ke wifi maxsis fibre. (Ok dpt view dan kawal cctv) guna wifi hp, tapi bila berada jauh dari rumah wifi cctv terputus, mohon tuan beritahu bagaimana nak setting cctv boleh view dan kawal jarak jauh. T. kasih
pastikan wifi ip camera tu tersambung pada wifi maxis fibre tu dan mempunyai talian internet yang stabil.
Salam tuan sy nk tnya sy onya camera xbole nk shared pda telephone lain cmna ye setting tuan..lagi stu sy pakai wifi kt rumah tp bila keluar xbole nk tgk camera sbb wifi hilang
kat rumah perlu ada wifi berpusat yang mempunyai talian internet. Dan diluar pula, handphone anda perlu ada talian internet sendiri untuk membina connection dengan ip camera dirumah. Jadi connection terjadi di internet, bukan directly wifi.
Salam tuan nk tmya camera sy xbole nk share pda telefon lain mcm mna caramya ye..stu lg camera connct dgn wifi rumah bila kelua nk pantau xbole..hrp tuan dpt memblsnya tq
Akaun klu dh logout mcm mana nak cari
guna email yang register dulu.