Baru saya tahu kelebihan bercuti ke Sabah guna pakej percutian. Selama ni bercuti sendiri je, letih jangan cerita la. First time ni saya guna perkhidmatan pakej percutian ke Sabah. Percayalah, bercuti ke Sabah ni eloknya ambil pakej sahaja. Kalau nak cadang bercuti sendiri, memang letih sangat sebab perjalanan antara 1 lokasi ke lokasi yang lain agak jauh dan mencabar.
Percutian saya ke Sabah kalini agak lama, 4 hari 3 malam. Memang lain sikit feel dia kalini sebab biasanya saya bercuti kat Sabah ni drive sendiri je.
Tapi kalini ada pemandu pelancong yang akan drive dan bawak ke tempat-tempat menarik kat Sabah ni. Saya boleh relaks, tidur dalam perjalanan dan menikmati percutian ni.
Harga pakej Sabah 4 hari 3 malam termasuk tiket kapal terbang
Pelawat | Harga (Termasuk tiket kapal terbang) – Per Pax |
Dewasa | RM1,484 |
Kanak-kanak (dengan tempat duduk) | RM1,284 |
Kanak-kanak (Tanpa tempat duduk) | RM884 |
Bagi harga kat atas ni, ia dah termasuk:
- Tiket kapal terbang pergi dan balik (KUL – BKI), (BKI -KUL).
- Baggage sebanyak 20kg untuk setiap orang pergi dan balik (boleh bawak balik amplang banyak-banyak)
- Penginapan sepanjang di Sabah dan makan (Sarapan pagi)
- Tiket masuk ke tempat-tempat yang dilawat di Sabah (mengikut pakej).
- Island Hoping (perjalanan dan perbelanjaan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi).
Pendek kata, saya cuma perlu bawak baju je datang bercuti ke Sabah kali ini.
Harga pakej termasuk tiket flight ni akan lebih murah kalau datang berkumpulan.
Sebelum saya kongsikan nombor telefon untuk dihubungi, saya nak cerita dan belanja gambar percutian saya kat Sabah kalini. Layan…
Kiranya saya cuma duduk relaks semua dah diuruskan.
- Penginapan
- Plan dan siap tiket untuk masuk tempat-tempat menarik
- Makan
- Aktiviti-aktiviti percutian lain
Memang lain dari yang lain.
Baca sampai habis ye, sebab nanti saya bagitau contact perlu dihubungi untuk pakej percutian Sabah yang menarik dan memorable ni siap dengan tiket flight.
Itinerary 4 hari 3 malam Pakej Percutian ke Sabah
Tiket kapal terbang saya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hari Jumaat petang, dan balik semula ke Kuala Lumpur hari Isnin petang.
Tiket kapal terbang ni saya sendiri yang tentukan nak datang hari apa, nak balik hari apa dan pukul berapa. Ini termasuk sekali dalam pakej yang saya sebut kat atas tadi.
Jumlah lebih kurang 4 hari 3 malam saya bercuti kat Sabah yang merangkumi kawasan sekitar Kundasang, Ranau, dan Kota Kinabalu.
Kalau anda rasa bercuti ke Sabah guna pakej tak murah, fikir sekali lagi dan baca kiraan bajet saya antara bercuti sendiri dengan bercuti guna pakej.
Secara ringkasnya inilah aktiviti dan itinerary sepanjang saya bercuti ni; (Pakej dan tempat lawatan yang saya kongsikan mungkin berbeza dengan pakej percutian orang lain)
Hari Pertama
- Dijemput di KKIA (hari pertama)
- Makan malam di Haji Manja (Todak)
- Check in AFS Homestay
Hari Kedua
- Sarapan pagi di Restoran Tok Mi, nyum sedap. (hari kedua)
- Strawberry Farm, Kundasang.
- Makan tenghari kat BW Bus.
- Arnab Village, Cat Mania, Hamster World.
- Check in Sulap Homestay.
- Dinner makan sayap kat Kundasang
Hari Ketiga
- Sarapan di sekitar Ranau (Hari ketiga)
- Fish Spa, Marakau Bombon. (apa? Luanti? bukan bukan..)
- Aktiviti ATV Adventure, best sangat!
- Paragliding, jadi drone kejap. haha!
Hari Keempat
- Sarapan di The Warung, nasi kuning dia SubhanAllah, sedap ya amat (Hari keempat)
- Mari-Mari Culture Village. Wajib ambik yang ni!
- Dihantar ke Airport.
Itinerary Hari pertama di Kota Kinabalu
Ok teruja?
Saya sendiri teruja nak kongsi pengalaman ni. Hahaha!
Macam pertama kali pulak saya jejak ke Sabah ni. Padahal dah banyak kali hehe. Seriusly memang saya stay kat Kota Kinabalu selama hampir 5 tahun. Sebab tu saya selalu rindu nak datang ke Sabah.
Tapi macam yang saya bagitau awal-awal tadi, pengalaman bercuti Sabah kalini memang berbeza, sebab guna pakej.
Biasanya saya drive sendiri je. Tanpa sebarang panduan percutian yang solid. Main redah ikut done je.
Masa turun dari flight, saya off flight mode terus ada sms masuk, katanya saya akan dijemput untuk terus ke kedai makan Haji Manja.
Makan seafood la malam tu.
Bayangkan, saya sampai je dah pukul 12.30 malam (flight delay) terus diajaknya makan.
Serius letih, dan lapar.
Nasib baik kedai seafood kat kawasan Todak Kota Kinabalu ni masih bukak walaupun dah pukul 12.30 malam. Errr pagi.
teruskan bacaan, nombor telefon untuk tanya pakej saya sediakan kat hujung artikel.
Mulanya saya cakap nak makan Mcd je, tapi pemandu pelancong yang bawak saya tu cakap nak tengok dulu kalau2 kedai makan Haji Manja tu bukak lagi ke tak.
Rupanya…. masih bukak…. fuh makan seafood la malam tu.
Malam tu balik dari makan malam, terus check in ke Homestay.
Kalau ikutkan letih, memang nak terus tidur je. Pasang aircond terus tidur. Tapi disebabkan badan berlengas, mandi la dulu. Takkan nak jadi rambo pulak kan?
Itu je untuk hari pertama.
Hahaaha! Ye la kan, sampai kat airport KKIA pun dah pukul 12.30 malam. Memang takde aktiviti lain selain makan dan check in Homestay dan terus tidur.
Dekat jam 2 pagi jugaklah saya sampai kat Homestay.
Aktiviti Hari Kedua pakej percutian Sabah
Dah deal malam semalamnya, jam 8 pagi tourist guide kami akan jemput dari homestay untuk sarapan pagi dulu.
Serius best bila semua pergerakan dah dirancang. Saya follow je. Itupun masih lagi pemandu pelancong tu tanya, “Nak kami datang jam berapa?”
Saya cakap jam 8 pagi tayar golek lah. Pukul 7.45 pagi diaorang dah sampai. Pukul 8 dah golek tayar ke tempat sarapan sekitar Sadong kat Bandar KK.
Tempat makan kami pagi tu kat restoran Tok Mi. Serius lah, saya tak pernah tau ada restoran Tok Mi kat area Sadong ni.
Isteri sarapan berat sikit, dia ambik nasi dagang dengan lauk ayam semua bagai. Hehe jangan tak tau kat Sabah pun ada nasi dagang tau.
Saya steady je makan roti canai, sebab pagi-pagi tak boleh nak hadam makanan berat sangat. Makanan kat sini memang sedap. Serius!
*Lupa nak bergambar kat restoran Tok Mi ni.
Siap sarapan, lebih kurang jam 9 pagi kami terus gerak ke Kundasang, tempat pertama adalah makan tenghari kat Restoran BW Bus!
Aik, baru sarapan, terus lunch?
Sabar jap.
Dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang tu bukan dekat ye. Lebih kurang 2-3 jam. Lagipun tadi saya cuma sempat jamah roti canai je. hehe. Jadi sebelum kitaorang ke Arnab Village, kitaorang lunch la dulu.
Lepas lunch kat Restoran BW Bus tu, kitaorang terus dibawak ke Arnab Village.
Ramai tak tahu tempat ni sebenarnya, itulah untungnya ambik pakej. Tau-tau dah sampai kat sini.
Saya perhatikan kebanyakan yang datang Arnab Village ni lokal Sabahan je. Mungkin tempat ni belum berapa diketahui oleh orang luar. Apa lagi guys, serang la Arnab Village ni cepat.
Serius penat kat Arnab Village tu sebab ada 4 tempat kat situ yang boleh dimasuki dengan 1 tiket je. (Tiket ni termasuk dalam pakej percutian Sabah ni sekali)
- Arnab Village
- Hamster World
- Cat Mania
- Ladang Anggur
Setel je kat Arnab Village tu, kami terus dibawak ke Strawberry Farm Kundasang sebelum check-in Sulap Homestay. Dekat je jarak dua tempat ni.
Itinerary hari ketiga di Kundasang (Aktiviti Ekstrem)
Ikutkan pagi tu nak breakfast kat Lohan Rock Cafe, tapi kedai tu tutup pulak.
Jadi kitaorang breakfast kat Pekan Ranau.
Dari Sulap Homestay ke Pekan Ranau ambik masa dalam 40 minit. Sepatutnya kitaorang sarapan kat Puteri Nabalu je.
Tapi takpelah.
Okay, siap je sarapan kat Pekan Ranau, kitaorang terus ke Kg Marakau.
Kat Marakau ni kami nak cuba sukan ekstrem ATV. Tapi jangan tak tahu, kat sini ada Fish Spa yang macam kat Kampung Luanti Sungai Moroli tu ha.. Ikan kat sini lebih besar. Dan.. kat sini ada Mini Zoo. Walaupun ianya mini, tapi sangat best.
Dan tak perlu nak tunggu giliran untuk dipanggil masuk ke kasawan Fish Spa tu.
Bayar tiket terus masuk. Berapa lama pun ok. Takde limit masa.
Setel je fish spa dan ATV kat Marakau tu, kami terus ke Kompleks Sukan Ranau untuk sukan ekstreme yang lain.
Paragliding di Ranau
Yes, kat situ kompleks sukan ni ada 3 syarikat yang buat servis naik paragliding.
Tapi cuma 1 je yang terima untuk tempahan persendirian. Yang lain biasanya ikut pakej.
Selesai je paragliding ni, kami terus balik ke KK.
Tapi macam biasa lah, on the way balik ke KK tu mesti singgah Salut Kelapa Jely. Layan kelapa Jelly kat sini. Tempat ni kira dah macam tempat favourite Dhia.
Lepas tu terus ke homestay. Rehat.
Makan Malam di Kota Kinabalu
Malam tu sepatutnya kami dinner kat Restoran Terapung, tapi disebabkan letih dan saya nak hang out dengan kawan-kawan kat KK, jadi saya tolak untuk aktiviti dinner malam tu.
Saya dan wife dan anak berjalan-jalan kat Imago Shopping Mall. Ni pun memang tempat favorite wife. Cuci mata katanya.
Itinerary Hari ke 4 Kota Kinabalu (Mari Mari Culture Village)
Hari last kami kat KK.
Pagi tu sarapan Nasi Kuning. MasyaAllah sedapnya nasi kuning Ikan ni. Lebih sedap dari nasi kuning yang kat Karamunsing. Yang ni kat kedai makan The Warung, Kepayan. Dekat dengan IPK Sabah.
Sampai sekarang masih teringat-ingat rasa dia.
Lepas sarapan kami terus bergegas ke Mari-mari Culture. Seriusly untuk ke tempat ni, saya perlu kenyang. Sebab next aktiviti kat Mari-Mari Culture Village ni bestt sangat.
Dalam sehari, Mari-Mari Culture Village ni ada 2 sesi.
- Sesi Pagi bermula jam 10 pagi,
- Sesi Petang bermula jam 2 petang.
Kena sampai kat tempat tu sebelum pukul 10 pagi untuk sesi pertama. Kalau terlepas, hmmm kena ambik sesi yang kedua iaitu jam 2 petang. Mana boleh, flight kami balik KL pun jam 5. Kalau ikut kira-kira, memang tak sempat nak ambik sesi petang tu.
Kat sini saya nak tekankan.
Dalam banyak-banyak tempat best kat Sabah ni, yang ramai orang pergi, jarang sangat orang sebut Mari-Mari Culture Village ni.
Ye, kebanyakan orang akan pergi (yang popular) ke Desa Dairy Farm, Luanti Fish Spa, War Memorial, Sabah Tea, dan banyak lagi lah. Tapi jarang orang pergi dan cerita pasal Mari-Mari Culture Village ni.
Pendapat peribadi saya, INI ADALAH TEMPAT YANG WAJIB untuk pelancong yang datang ke Sabah.
Lagi-lagi kalau korang dari Semenanjung.
Ini adalah nadi dan jantung dari segala lawatan ke Sabah ni. Kat sini yang akan bagi memori tentang Sabah.
Nak tanya harga dan Pakej bercuti di Sabah
Untuk korang yang nak tanya harga dan pakej-pakej percutian yang disediakan ni, korang boleh terus call atau Whatsapp nombor ni.
Sama ada dari NH Travel 0108158484 (Ira) atau 0108108484 (Helvie). WhatsApp WhatsApp
ataudari AFS Car Rental, 01110560026 (Firdhaus) atau 01110560064 (Aisyah). WhatsApp WhatsApp
Yang nak buat family trip memang sesuai sangat kalau korang bercuti ke Sabah dengan pakej yang ada. Dijamin best lahhh!
Kenapa perlu ambik pakej percutian kalau nak bercuti kat Sabah ni? Salah satu sebabnya senang tak perlu nak fikir nak cari tempat makan yang sedap sekitar Kota Kinabalu Sabah atau mana tempat yang best untuk dikunjungi.
Harga boleh runding dengan AFS atau NH Travel sendiri ye. Mention je dapat info dari blog Adzril.com.
Tapi kalau nak bajet sendiri dan nak tau berapa kos yang diperlukan kalau nak bercuti kat Sabah ni, boleh baca artikel saya yang bertajuk bajet dan kos bercuti di Sabah.
Macam biasa, komen sekali ye kalau ada pendapat dan idea.
Pakej 4h3m
Kk kundasang ranau dan pulau
2dewasa
2kanak
1baby
22mac-25mac 2019
Boleh hubungi nombor yang saya sediakan dalam artikel ni. thanks.
Dah lama tak ke Sabah. Dlm pakej xada ke trip ke Ranau? Taman buaya?
Pakej tu sebenarnya boleh di custom. Mintak je kt diaorg. Tp kalau byk masa terluang oun boleh mintak pemandu pelancong untuk pegi ke situ kalau sempat.
Saya belom jejak ke Sabah lagi..gayat wooo..naik pesawat..tapi tengok cam yakin best syok..tuh…paling jauh pegi Sarawak…hihihi.
Betul tuh kalau guna pakej tak yah fening fikir nak gi mana…anywhere tennkiu share…ohsem bro…
thanks menjengah 🙂
Baik dan terhibur. Saya pernah ke Kundasang dan Ranau pada tahun 2012. Kundasang terhibur dengan makanan dan pemandangan berhampiran stadium daerah Kundasang. Saya akan ke Sabah lagu untuk bertemu Sabahan yang saya kenali. In Shaa Allah.
Wau sngat best dan bgus pakej nya
Untuk bulan 7 ada tak pakej tersebut ?
Bulan 7 tahun ni 2019
Pakej akan sentiasa ada. Boleh custom jugak. Hubungi nombor yang tertera tu ye puan.
Tambah ayat perbelanjaan atau kos setiap lokasi. Yang anda pergi.
Lagi mudah bagi org seperti saya utk kumpul duit belanja tambahan ++
untuk kos tu saya dah buat kat artikel ni https://adzril.com/bajet-dan-kos-bercuti-ke-sabah/
apa2 pun thanks sebab bagi idea.
Baru baca.. Dah rasa sgt enjoy…. Hope ade pluang pergi….😀😀😀
thanks singgah dan komen. yeap memang wajib pergi ni.
Dah buat pakej melancong pulak ker.. Tak sempat baca abis.. Bos dah panggil.. Nanti ada masa sy sambung baca.. Nampak menarik ler..
hahah soalan tu memang menunjukkan tak baca habis lagi. hehe nanti baca balik ye.
Belum terjah lg ni..sabah…cantik jalan citer…tertarik dan menarik..blh la follow nanti
thanks.
bez nya xtiviti pakej percutian ni, atleast takda lah buang masa satu hari dalam homestay duk fikir nak kemana, nak kemana😂
betul… letihnya ya amatt..
Panjang serita ini bussku .. Bestkan dtg sabah,next time buli la bawa team xox pulak,pakaj pon lumayan dgn aktiviti tersedia.nah’ mana mo cri.. Wlcme to sabah..
saya onexox lone ranger sedjaa…
i follow…🙋
Ok done. 4 hari 3 mlm pakage berbaloi. Memang kalau pakage sendiri jahanam poket. Tpi kat sini boleh tambah aktiviti mlm last di KK, bole ke pasar Filipin utk beli² cenderamata yg pelbagai aneka jenis dan makan² masakan sabah Filipino sini. Hakak.. Hakak memang favourite nih… 🤭
owh ye ke? tak pernah rasa masakan filipino ni.
Ok Done… 4 hari 3 mlm memang berbaloi. Kalau pakage sendiri memang jahanam poket. Kat sini boleh tambah aktiviti mlm last di kk, ke pasar Filipin, hakak… hakak memang favourite ni…🤭 Kat sini boleh beli apa² brg utk dijadikan cenderahati, buahtangan dan boleh juga makan² masakan Filipino, sabahan. Seafood nya mantap². Berbaloi kat pasar ni. 👍
Wah bestnya..teruja bila baca…harap 1 day sy akan ke sabah..nk jugak tgk rumah panjang depan mata..
eh? bukan dah pernah kerja kat Sabah?
👍 👍 👍.. Teringin ke sane.. Tp mase xde lg.. Bz ckit..
insyaAllah ada rezeki nanti boleh la jejakkan kaki ke Sabah.
Menarik cerita ni, Akan lebih menarik Jika awk boleh sertakan pic d tempat2 berkenaan Dan jumlah peruntukkan utk setiap kunjungan, dapat juga lah kami yg tak pernah sampai atau tak tahu utk budget2 merasa nak ke sana. Nampak awk Dan family best je dapat pakej mcmni. Thanks for sharing Adzril..
thanks tuan. Memang best.. cakap betul ni.
info yg menarik..
thanks share..
mmg ad plan nk ke sabah bulan 8 ni..
untuk 3 dewasa
2 kanakkanak
1 baby
Jgn lupa bawak baju sejuk untuk baby sekali tau.
Assalammualaikum…perkongsian yg menarik..penerangan yang agak baik. Cadangan: 1. Sertakan anggaran bajet keseluruhan yg telah dikeluarkan. 2. Tambahkan pic2 tempat2 yg dikunjungi lebih bnyk supaya lebih teruja..
Travel agent kena la bersaing. Kita pengguna ada hak untuk menentukan dan memilih perkhidmatan yg terbaik…so takde salah pun share harga. Sbb ini merupakan salah 1 saluran promosi En Adzril buat untuk travel agent ni…
Sy cuma pernah sampai ke tawau je…tu pun pergi ke majlis perkahwinan abg…Sabah ni murah makanan lautnya!!
heheh thanks kak… nanti sy edjust mana2 yang patut.
Perkongsian yg menarik, walaupun su dr sabah, ada juga tempat yg sy xpernah datang lg, mcm rumah panjang tu 🤭.
Terima kasih atas perkongsiannya
Hihi memang best
Best pulak baca ni.. dulu2 selalu gi tawau.. kk penah jejak sekali jer.. gi guna pakej rupanya lagi berbaloi sbb tak terfikir nak amik agen travel ni utk cuti2 dlm malaysia.. biasa sy guna travel agent ni utk luar malaysia.. ermm… terima atas perkongsian…
Thanks fadze baem.. betul kat Sabah ni elok guna pakej kalau nak bercuti.
Pendapat peribadi dr saya
Overall story menarik..kalau dpt tambah lagi gambar2 didalam setiap aktiviti blh tambah lagi menarik.. gambar tiket ke..gambar mknn disetiap tmpt mkn.. gambar aktiviti setiap tmpt yg dilawati..
Selain tu masa yg direkodkan..start gerak.. jam berapa sampai.. keadaan jalan disitu.. gambar suasana jalan.. perkara yg ditempuhi.. sedikit sebanyak dpt menambahkan lagi seri story ni.. keep it up..teruskan utk next percutian or aktiviti.. moga2 tuan terus sukses dan berjaya bersama keluarga tercinta..
Wow! Good idea. Thanks… Nanti saya tambah jam perjalanan.
You has done very good job on the “Traveling in Kota Kinabalu using cheap package” journey article post (Precise, detailed, comprehensive & clear). Can perceive the well layout article was the result of your own very good & dedicated hard work.
Thanks Maria.
If the article post can have beautiful Sabah gunung & laut (Sea) scenery (Wonders in the world) photos it will be even more attractive & captivating (Personal opinion) to the readers/audiences
Ok x pakej dgn agen nie
Sepanjang percutian saya guna pakej agen ni memang awesome. Kira takde komplen langsung lah…
mari mari tu kena bayar tak?
a ah… rm95-RM100 lebih kurang…. tapi sangat2 berbaloi!
Pakej ni sekali makan pg, lunch, dinner ke?
Betul. Yang pakej saya ni premium. Semua termasuk.
[…] Baca kat Percutian 4 Hari 3 Malam Di Sabah […]
Berapa harga tu pakej premium..
Berapa harga tu pakej premium.. Guna agensi afs ke?
pakej melawat 3 tempat je ke?
KK, Ranau ,& Kundasang..
rumah terbalik tu tak de dalam list ke?
Utk pakej biasa mmg ada rumah terbalik tamparuli tu.
Terima kasih share pengalaman saudara.
Quite surprise juga bila tahu tentang Mari Mari Cultural Village tu.
Harap ia serupa dengan di Sarawak.
Wajib pergi ni tuan. Memang awesome.
Nasi kuning ikan tu dekat kedai mana?
And berapa harga utk mari2 cultural village tue ye?
Itu la lupa… Nanti saya update balik.
[…] Jalan dia memang berliku-liku. Saranan Dya, kalau korang nak ke Kundasang, pakai jelah pakej pelancongan Sabah […]
4 hari 3 mlm
4 dewasa 1 kanak2
trip sabah – kundasang
5dewasa 1 kanak2 1bayi 10bulan
sya teringin jugak kesana mkn kari mata ikan tuna..huhuhuhu ..
Boleh bang.
Plan nk ke sabah…2020
Insyaa Allah
terbaik.. memang sangat best sabah ni.. kalau nak cerita memang terlalu byk tempat best kat Sabah untuk ditulis.
Kalau honeymoon pkai pakej pon bleh kn bos ? Sbb mlas nk pneng pneng kpla. Busy xsmpt plk nk search stu stu. Haha lg stu klu pkej ni dia akan cmpor ng trip org lain skli k
Boleh sgt. Rekemended.
terima kongsi info…teruja nak ke sana
Sama2
[…] Saya kongsikan percutian ke Sabah guna pakej percutian tu kat artikel saya bertajuk bercuti ke Sabah guna pakej percutian. […]
[…] pun TV tu. Sebab biasanya saya sampai je homestay ni terus mandi dan tidur. Boleh rujuk artikel pakej Percutian Sabah saya sebelum ni. Dalam artikel tu saya ceritakan yang saya sampai je dari airport terus masuk […]
[…] ke kalau bercuti guna pakej percutian lebih mahal, atau sebenarnya bercuti sendiri lebih mahal […]
[…] Kalau nak senang, tak nak pening-pening kepala bercuti ke Sabah, boleh baca artikel saya bertajuk pakej percutian ke Sabah. […]
[…] Baca pengalaman saya bercuti guna Pakej Bercuti Sabah selama 4 hari 3 malam. […]
[…] nak pengalaman yang best, ambik je Pakej Percutian Sabah yang ditawarkan oleh beberapa syarikat ni. Jimat masa dan semua […]
Salam sy nk g tour Sabah Trip….
4d3n
Pd 03/02/2020 atau 10/02/2020
Dewasa 3 org
Harga pakej ???
Air Ticket cmner…
Pls feedback
Tq
Suhaimi Osman
012 3030645
Boleh whatsapp atau call nombor yang diberi tuan.
Bleh bg rate x 4 hari 3 mlm 2 dewasa 1 org kanak2 6 thn……
Terima kasih tuan. Tuan boleh hubungi nombor yang tertera di dalam artikel ini untuk mendapatkan rate percutian ke Sabah.
pekej adventure melawat sabah.. tnpa hiking kinabalu.. ada tak.. utk 4h5m
kalau blh mau camping , xmahu tidur hotel. Itk 13 pax mcm tu
boleh hubungi nombor yang disediakan.
Terbaik Encik Adzril perkongsian itinerari. Lepas Covid 19 reda boleh kontek saya kalau nak melancong ke Semporna atau pantai timur Sabah. 😀
2 dewasa,
5 kanak2 (3-9 tahun)
Flight p balik drp penang ke kk..aggaran berapa..25dec
Pakage 4hati 3 mlm..family pakage
boleh hubungi nombor yang disediakan dalam artikel untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pakej percutian sabah ni.
assalamualaimum
mohon share hp semang berkomunikasi senang
nombor hp telah disediakan dalam artikel. sekiranya tidak dipaparkan mohon offkan ads blocker pada browser puan. tq.
ada p naikor singgah kaki gunung kinabalu tak
kami dr ipoh… nak cuba buat group
nak p dec ni… so if u dont mind mohon jwb ASAP ya….
kami mencari travel agent yg reliable
Alhamdulillah, best ni. Puan boleh hubungi pihak yang saya sebutkan dalam artikel ni. terima kasih.
Hi Puan Hanizah..
Saya Nurul dari NH Travel/Travellia
Hubungi saya di 011-1644 8484..
InsyaAllah saya akan bantu.
Saya nak buat family trip 4h3m ke KK-Kundasang. Dewasa 8 Kanak2 6
Tiket flight sudah beli. Cuma nak groud transport full board sekali tour guide, tiket, makan & penginapan
Kalau naik air asia still kena buat test covid ke sbb kerajaan dah umumkan stat 1 Dec tak perlu tapi dekat air asia punya website still tulis kena buat test as at 1 Nov kenyataan air asia
Tak perlu
santai je baca. penulisan yg baik. insy bulan Julai ni cadangnya ke sana buat kali pertama utk 4h3m. terima kasih atas panduan dan perkongsian terbaik ini .
alhamdulilah.. terima kasih.
Assalamualaikum ..
Nama saya Ira NH Travel / Travellia,
Berkenaan dengan Pakej percutian & tempahan sewa kereta boleh hubungi saya di
010-8158484
Boleh beritahu harga pakej percutian 5h4m diSabah bulan Mar ‘23 untuk 2 orang couple.
Boleh hubungi nombor yang saya letakkan dalam artikel.
Salam maaf saya bertanya boleh saya tau berapa bajet awak standby bawa ke sana ye kalau pegi bertiga macam tu…maklum lah hati nk teringin nak pegi takut bajet lari..susan pulk .so kalau da tau berapa anggaran bole la saya mula myimpan untuk kesana
boleh whatsapp saya ye.
[…] Pakej Percutian Ke Sabah […]