Ada sesetengah orang anggap soalan “Perlu Passport ke nak bercuti ke Sabah / Sarawak” ni tak valid. Kononnya orang Semenanjung tak aware yang Sabah dan Sarawak tu adalah sebahagian dari Malaysia.
Pertama sekali saya nak terangkan untuk warga Semenanjung masuk ke Sabah, mereka tak perlu bawak passport. Tapi kalau nak bawak passport pun boleh. Jom saya terangkan secara borak kosong.
Isi Kandungan
Slip Perjalanan. Wajib diserahkan kembali ke Imigresen waktu pulang ke Semenanjung
Kalau tak bawak passport, anda sebagai warga Semenanjung Malaysia hanya perlu sertakan kad pengenalan masa lalu kat pemeriksaan Imigresen. Pihak Imigresen akan bagi satu slip (slip perjalanan) untuk anda simpan dan pulangkan kembali ke pihak Imigresen masa nak keluar dari Sabah atau Sarawak.
Simpan elok-elok slip perjalanan ni, kalau hilang perlu report polis dan perlu maklumkan ke pihak Imigresen barulah boleh balik ke Kuala Lumpur.
Slip ni valid untuk 90 hari sahaja, dalam nak stay kat Sabah / Sarawak lebih dari 90 hari, anda perlu maklumkan kepada pihak Imigresen. Tapi mana ada orang Semenanjung datang bercuti ke Sabah sampai 90 hari. Biasanya kalau yang lebih 90 hari tu mesti dia bekerja kat sini.
Dokumen Perjalanan Terhad
Bagi warga Semenanjung Malaysia yang bekerja di Sabah / Sarawak, mereka ada ‘passport’ mereka sendiri dipanggil Dokumen Perjalanan Terhad. Macam passport Malaysia jugak tapi warna biru. Sesiapa yang ada DPT ni boleh stay kat Sabah lebih dari 90 hari. Tapi DPT ni perlu diperbaharui setiap 5 tahun sekali. Biasanya HR majikan tempat bekerja yang akan uruskan.
Berbalik kat cerita passport tadi.
Kalau datang bercuti ke Sabah, tapi nak bawak passport boleh je. Nanti masa kat pemeriksaan Imigresen tu, bagilah passport. Nanti Imigresen tu akan cop la passport tu dan takde slip diberikan.
Kelebihan bawak passport berbanding kad Pengenalan.
Ada kelebihan bagi passport kat pemeriksaan Imigresen tu bebanding bagi IC.
- Passport lebih senang dijaga berbanding nak jaga slip perjalanan yang mudah hilang masa aktiviti bercuti kat Sabah / Sarawak
- Boleh tambah koleksi cop / stamp dalam passport
- Tak perlu keluarkan kad pengenalan dari dompet, leceh.
Kenapa perlu pakai passport masuk Sabah Sarawak?
Soalan “perlu pakai passport tak masuk ke Sabah atau Sarawak” tak menunjukkan yang bertanya tu tak tahu Sabah / Sarawak tu sebahagian dari Malaysia atau tak. Dia cuma tak tahu prosedur dan peraturan. Dan ia menunjukkan yang bertanya tu tahu Sabah dan Sarawak ada peraturan Imigresen sendiri berbanding peraturan di Semenanjung.
Orang Sabah sendiri pun perlu bawak passport atau simpan slip perjalanan untuk masuk ke Sarawak. Tapi warga Sabah tak perlu bawak passport sekiranya berkunjung ke Semenanjung Malaysia.
Berbeza dengan warga Sarawak, diaorang tak perlu bawak passport atau simpan slip perjalanan sekiranya ke Semenanjung dan ke Sabah. Power kan?
Uniknya Malaysia
Camtulah uniknya Malaysia ni. Sejarahnya Malaysia ni tertubuh dari gabungan 4 Negara. Malaya, Sabah, Sarawak, Singapura. (Singapura telah keluar dari Malaysia). Jadi peraturan yang ada disetiap Negara itu perlulah dihormati.
Saya ada banyak berkongsi tips percutian ke Sabah. Boleh la rujuk semua tips bercuti ke Sabah tu pada kategori Percutian Sabah.
Nak tnyer..boleh tak stay kat sabah and sarawak lebih dari 90 hari dgn passport merah
Boleh.
boleh, menetap situ pun boleh😂
Dari yang saya faham slip gantian perjalanan boleh didapati di kota kinabalu sabah.. Jika sekiranya saya ingin ke tawau bagaimana? Di tawau boleh dapatkan slip gantian perjalanan ini tak? Atau saya perlu transit di kk,sabah dahulu br ke tawau?
yang tu saya tak pasti. rasanya boleh dapat jugak selain di kk.
Assalamualaikum boleh saya tanya saya firstime ke Sabah kalau pasport abis tempoh boleh nk hidup kt KLIA
tak perlu passport kalau nak ke Sabah.
Kalo nak sty serawak lame macam mane?
kena buat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT). Buku warna biru tu. Mohon di Imigresen Sarawak.
saya dri sabah mau masuk sarawak sehari ja mesti ka guna passport? wajib ka guna passport? kalau tiada tu x boleh masuk sarawak lah ?