Line Internet XOX Slow, Camna Nak Bagi Laju?

Biasalah semua telco ada waktu-waktu dia internet slow. Onexox pun tak terkecuali. Cumanya kalau Onexox, boleh dikatakan amat jarang downtime dia berbanding telco lain. Maaf, saya cakap berdasarkan pengamatan je, bukan berdasarkan data statistik sebenar. Ianya mungkin berbeza.

Apa perlu dilakukan sekiranya Internet Slow?

Ada beberapa langkah yang biasanya saya ambil untuk mengatasi masalah ini sebelum langkah terakhir iaitu menghubungi careline Onexox 12273.

  1. Tukar Network Mode dari 4G ke 3G (atau sebaliknya)
  2. Tukar APN dari APN XOX ke APN Celcom3g
  3. Restart Phone
  4. Hubungi Careline Onexox di 12273 dan mintak reset data.

Langkah Awal

Sebelum membuat langkah-langkah yang saya sarankan di atas ni, adalah perlu anda untuk cek baki data, atau baki kredit terlebih dahulu.

Sekiranya anda sudah buat cara pertama sampailah cara yang ketiga, dan data internet masih slow macam siput, barulah boleh hubungi careline Onexox 12273 (Cara keempat) untuk memaklumkan masalah ini.

Boleh je nak terus call 12273, tapi secara peribadi, saya suka selesaikan dulu dengan cara sendiri tanpa melibatkan careline.

Hubungi Dealer Onexox

Boleh la jugak nak hubungi saya untuk tanya kalau-kalau ada permasalahan lain. Tapi biasanya saya akan sarankan 4 step kat atas ni. Kalau nak jugak tanya saya, boleh simpan nombor saya ni dan Whatsapp O1O6OO9966 untuk pertanyaan berkaitan urusan Onexox.

Nak tanya pasal topup ke, nak tukar telco dari Celcom, Digi, Tunetalk, Redone, Umobile, Maxis, Ookyo, Tone Wow, Tone Excel, Tone Plus ke telco super hebat, boleh je takde masalah.