4 cara Topup simkad dalam GPS tracker

“Simkad Onexox saya dalam GPS, camna nak topup ye?” Ini situasi biasa. Simkad yang paling sesuai untuk penggunaan GPS adalah simkad Onexox. Sebab apa? Sebab ada tempoh sah panjang minimum 2 tahun 4 bulan.

Menjadi masalah untuk urusan topup simkad onexox yang ada dalam GPS yang biasanya dah di’tanam’ dalam kenderaan (kereta atau motor) secara kekal. Takkanlah nak korek balik GPS dan keluarkan simkad, kemudian masukkan simkad dalam telefon semata-mata nak topup kan?

Cara Topup simkad dalam GPS

Ada 4 cara nak topup simkad Onexox tanpa perlu keluarkan simkad dari GPS.

  1. Guna Apps Black
  2. Topup melalui dealer
  3. Guna XOX Fast
  4. Guna simkad Onexox lain

Guna Apps Black

Ini cara paling popular yang ramai pengguna GPS tak tahu. Ye lah, kebanyakan pengguna GPS ni bukanlah pengguna telco Onexox sebagai telco utama mereka. Hanya guna simkad Onexox untuk GPS sebab ciri tahan lama tanpa topup 2 tahun 4 bulan.

Tekan butang Reload dan isi jumlah yang nak ditopup.

Apps Black ni banyak kegunaannya untuk urusan simkad Onexox sama ada Black atau Prepaid.

Dealer Onexox tolong topupkan

Mintak dealer onexox yang anda percaya untuk topup atau bayar bil Onexox. Biasanya kalau user mintak saya tolong topupkan, saya akan mintak bank-in dulu jumlah yang dia nak topup dan nombor yang nak ditopup.

User yang percaya saya, takde masalah untuk guna cara yang agak konvesional ni. Kelebihan topup melalui dealer, anda boleh topup sebarang jumlah bermula dari 1 sen dan gandaannya.

Kalau nak topup melalui Dealer Onexox yang dipercayai, boleh save nombor saya dan Whatsapp O1O6OO9966 untuk urusan selanjutnya.

Topup guna XOX Fast

Cara topup guna XOX Fast lebih kurang sama dengan topup guna Apps Black. Tapi guna XOX Fast lebih pantas. Nama pun fast kan? Sebab apa lebih pantas?

Sebab tak perlu bukak apps Black untuk topup. Terus pergi ke browser dan masuk ke laman XOX Fast. Saya dan buat shorlink untuk XOX Fast ni. Boleh klik XOX Fast untuk topup pantas.

Topup Guna SIMKAD Onexox Lain

Ini adalah cara paling awal untuk topup Onexox. Ianya perlu key in Nombor PIN topup yang dibeli kat 7Eleven, Petronas, dan Maybank2u. Guna USSD Code. Cara ni biasanya old timer dalam Onexox yang guna. Saya salah sorang yang biasa guna teknik ni.

Caranya dail *132*1*NomborPin*NomborTelefonYangNakDitopup# (Prepaid) atau *132*2*NomborPIN*NomborTelefonYangNakDitopup# (Black) atau *150*2*NomborPIN*NomborTelefonYangNakDitopup#.

Saya ada celoteh panjang lebar berkenaan topup user Onexox lain guna PIN pada artikel sebelum ni.

JANGAN Topup guna Cara ini!

Pada saya, semua cara yang saya terangkan di atas adalah yang terbaik. Selain dari tu memang saya tak galakkan langsung.

Contohnya;

  • Topup melalui Online Banking macam Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain lain secara terus (login Maybank2u dan beli topup XOX) – No! Jangan buat camni.
  • Guna Apps Boost. Ini pun jangan.
  • Selfcare Onexox. Topup lambat, delay.

Sebabnya?

Bukan cara tu tak boleh, tapi saya tak nak user terkeliru. Kebanyakan yang topup cara yang saya larang tu, akan terkeliru dengan mengatakan “Saya dah topup, tapi tak masuk pun”

Kekeliruan ini berlaku sebab selepas selesai proses pembayaran, akan ada notification atau SMS yang mengatakan “nombor telah ditopup”. Lebih kurang camtulah ayatnya. Yang mana sebenarnya proses tambah nilai tu belum berlaku.

Apa yang berlaku?

Sistem sebenarnya tak topup direct nombor tu walaupun semasa proses pembayaran sistem mintak masukkan nombor untuk ditopup, tapi sebenarnya nombor tu tak ditopup. Nombor yang dimasukkan tu sebenarnya untuk tujuan menerima PIN Topup.

PIN topup tu yang perlu dimasukkan (key in) untuk topup berjaya. Baca artikel penuh (cara untuk topup onexox guna PIN number).

Ada kes, user dah delete SMS yang terkandung nombor PIN tu tau. Kesian. Dia ingat dah topup tapi rupanya belum. Malah didelete pulak SMS dari sistem yang mana dalam sms tu ada Nombor PIN.

Apa-apa pun kekeliruan tu berlaku dimana-mana selagi seseorang tu tak biasa dengan situasi atau perkara baru. Itu biasa. Jadi kat sinilah saya sebagai Dealer Onexox akan bantu. Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk pertanyaan berkaitan Onexox dan pendaftaran simkad Onexox.

ps: Cara terbaik sebenarnya adalah menggunakan Apps Black. Sebab dari Apps Black anda boleh beli validity.