B89DB dan B59DB Tapau Semua Plan Data Internet di Malaysia

Sudah sudahlah setia dengan data unlimited tapi speed macam siput. Tak rasa membazir ke setiap bulan bayar untuk data unlimited, tapi guna data bawah 100GB. Sedih tau. Tukar je ke Onexox Black. Sekarang ada plan baru. Memperkenalkan Onexox Black B89DB dan B59DB tapau semua plan data internet di Malaysia.

Saya tak nafikan setiap telco memang ada kelebihan dan kekurangan. Tapi kalau dah setiap hari nak mengadap data yang slow ni siapa boleh tahan? Lagi-lagi musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), lagilah stress.

Data unlimited, tapi loading memanjang… tukar je lah ke Plan Onexox Black

Data untuk Berhibur dan Bekerja

Apa lagi aktiviti yang anda buat musim camni? Makan dan surf internet je lah kan? Dah kalau internet yang ada pun perlahan macam siput, makin pishang la anda di rumah. Belum lagi yang kerja dari rumah WFH (Work From Home) yang pasti perlukan data yang banyak dan berkepantasan tinggi.

Internet slow, apa pun tak boleh buat.

Memang Onexox lah pilihannya untuk selesaikan masalah ni.

Ada 2 plan yang pada pendapat saya memang tapau semua plan data internet yang ada kat Malaysia ni. Bukan je plan internet telco lain je, plan Onexox yang lain pun ditapau oleh 2 plan baru Onexox ni. Kira plan baru ni macam ayam tambatan untuk Onexox lah.

Plan Data Onexox 100GB dan 44GB Dengan Unlimited Call

PLANB59DBB89DB
DATA44GB100GB
PANGGILANTANPA HAD (UNLIMITED)TANPA HAD (UNLIMITED)
SMS100 (100% carry forward)200 (100% carry forward)
HARGARM59 (Tidak termasuk 6% SST)RM89 (Tidak termasuk 6% SST)
Plan Data dan panggilan Onexox Black B89DB dan B59Db

Kesemua 44GB dan 100GB data yang diberikan adalah berkelajuan tinggi dan tanpa sebarang sekatan kelajuan (tanpa capped speed). Dan disebabkan data yang laju inilah ada yang komplen mengatakan “data onexox cepat habis”

Sudah semestinya cepat habis sebab laju. Kalau data perlahan, loading selalu, memang lah lambat habis.

Data internet 44GB dan 100GB Onexox Black ini tidak terhad kepada mana-mana aplikasi atau waktu penggunaan. Anda boleh gunakan data internet ini untuk sebarang aplikasi pada bila-bila masa. Dan yang menariknya anda boleh kongsikan (hotspot/tethering) data anda kepada pengguna smartphone atau peranti lain 100%. Tiada halangan.

Lebih Berbaloi dari Plan Onexox Yang Lain

Waktu plan B59DB dan B89DB ni mula-mula diperkenalkan, saya masih skeptikal dan yakin bahawa plan Onexox yang lain masih relevan pada saya dan kebanyakan pengguna Onexox yang lain. Memang saya tak nafikan, pendapat itu masih betul pada sesetengah situasi.

Tapi musim COVID19 yang meminta kita untuk duduk dirumah membuatkan saya setuju bahawa plan B59DB dan B89DB ini lebih berbaloi berbanding plan Onexox yang lain SEKIRANYA mereka pengguna data yang tegar. Zaman sekarang siapa je yang tak guna internet kan?

Saya berpendapat begini selepas saya membeli tawaran Happy Hour berharga RM50 sebanyak 2 kali dalam tempoh 1 bulan. Happy Hour RM50 tu dapat data 13GB dan 100 minit yang boleh disimpan dan tak expired. Tapi musim PKP, tak sempat nak simpan data, memang habis.

Saya pun buat kira-kira. Saya dah membelanjakan RM100 untuk dapat 26GB data (13GB+13GB), dengan RM100 tu saya sepatutnya dah boleh langgan plan B59DB (RM62.54) dan dapat 44GB data atau plan B89DB (RM94.34) dan dapat 100GB data. Dannnn unlimited call.

Betul kan?

Kelajuan Internet Onexox Jarang Mengecewakan

Kelajuan data Onexox tak pernah mengecewakan. Kalau agak-agak waktu puncak, saya masih boleh tukar APN yang lain yang pastinya membuatkan kelajuan internet bertambah stabil dan pantas. Ada la beberapa trik yang saya buat untuk lajukan balik data sekiranya data Onexox perlahan.

Tiada Kontrak

Seperti plan-plan lain Onexox, B89DB dan B59DB ni tiada kontrak. Anda boleh bertukar ke plan Black yang lain, atau bertukar ke Onexox Prepaid pada bila-bila masa. Selain tu, anda juga boleh bertukar ke telco lain pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati dengan plan yang ditawarkan Onexox Black ini.

tiada kontrak

Walau bagaimanapun, kontrak 30 hari seperti yang ditetapkan oleh SKMM perlulah dipatuhi. 30 hari merupakan tempoh minima yang diperlukan oleh seorang pengguna mana-mana telco di Malaysia. Kiranya macam cooling period untuk user sebelum bertukar ke plan atau telco lain.

Daftar Onexox B89DB dan B59DB secara Online

Dari atas sampai bawah, tak sudah-sudah saya puji kelebihan Onexox. Ada yang beranggapan, ni mesti dealer Onexox nak jual simkad. Sudah semestinya saya Dealer Onexox. Dan sudah semestinya saya menceritakan yang baik berkenaan produk dan plan Onexox untuk manfaat pengguna lain. Takkanlah saya nak promote telco lain kan?

Bagi anda yang berminat untuk daftar plan Onexox Black B59DB atau B89DB boleh terus daftar dan beli disini. Semua pendaftaran adalah online. Selepas klik pada link yang saya berikan, pilih Onexox Black, dan kemudian boleh pilih Onexox Black

pilih Onexox Black

Selepas itu skrol terus ke bawah dan klik SIGN UP NOW untuk membeli nombor baru atau klik SWITCH NOW untuk kekalkan nombor sedia ada ke Onexox Black. Bayaran hanya untuk plan yang dipilih. Kos pos dikecualikan.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus Whatsapp saya (O1O6OO9966). Sebarang pertanyaan berkaitan Onexox akan dilayan.