Cara Renew Insurans Kereta dan Motor Online dan Murah

Kali ni saya nak kongsi cara renew insurans online di MyEG untuk kereta dan motorsikal. Setiap tahun saya memang renew roadtax di MyEG sebab urusannya senang.

Tapi saya nak terangkan 2 cara.

  1. Satu guna Myeg
  2. Satu lagi guna Bjak (Ini paling senang gilaaa)

Guna MyeG

Kalau dulu sebelum saya kenal MyEG, setiap kali nak perbaharui roadtax mesti saya kalut nak cari Cover Note Insurans tahun sebelumnya.

Camtulah setiap kali kalau nak renew roadtax ni walaupun setiap tahun saya sendiri yang buat tapi setiap kali tu lah saya lupa mana simpan simpan cover note.

Nampak sangat la kan pengurusan fail yang tak tersusun. hehe!

Lepas dah tau ada MYEG, hiduo lebih senang. Nak renew insurans online je. Takyah pening nak pergi beratur kat JPJ atau pejabat pos.

perbaharui cukai jalan di MYEG
Renew roadtax lebih mudah di MYeG

Jadi nak dijadikan cerita, kawan saya Amin Jamil pernah bagitau saya untuk renew roadtax kat MyEG.

Senang katanya tak perlu nak cari cover note insurans lama.

Cuma perlu geran kereta / motor je.

Itupun kalau takde takpe asalkan ada nombor chassis  dan nombor enjin kereta.

Semua dibuat hanya kat depan komputer.

Serius senang beb!

Langkah-langkah Guna MyEG Online

1. Pertama sekali Login di www.myeg.com.my, kalau belum ada akaun daftarlah satu ye.
renew roadtax di JPJ
2. Klik pada logo / icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
pilih auto insurance renewal
3. Pilih menu “Auto Insurance Renewal”

baca juga : Cara dapatkan semua roadtax kalau dah hilang

Pilih insuran yang anda biasa guna.
4. Pilih insuran yang korang nak guna. Isi maklumat yang diperlukan oleh insuran ini seperti biasa dan buat pembayaran.

Selepas korang siap isi semua maklumat yang diperlukan, terus buat pembayaran secara online.

Siap je bayar online tu terus e-cover note akan dihantar pada email korang. Dah boleh terus ke pejabat pos untuk buat roadtax kereta pulak.

Print e-cover note tu dan bawak ke pejabat pos untuk dapatkan roadtax. Nak bawak salinan geran je pun boleh.

Untuk kes saya, saya just perlu bayar RM22 untuk roadtax kereta viva.

Guna Bjak.my

Kalau nak lagi senang, guna servis Bjak.my. Ye, saya tak salah eja. Bjak.my

Kalau guna MyEG, urusan jadi renyah sebab nak kena sediakan macam-macam maklumat macam nombor enjinlah, nombor chasis lah, cover note la dan lain lain. Yang mana kadang-kadang tak semua orang bersedia dengan semua maklumat tu.

Lagi-lagi cover note tu, ntah kat mana la diletaknya. Maklumlah, setahun sekali je.

Jadi dengan melayari Bjak.my tu, korang cuma perlu isi nombor plate kenderaan, bagitau jenis kenderaan (model), pastu lokasi kenderaan. Semua ni kena isi borang yang simple sangat. Zup Zap! Siap isi borang tekan submit.

Tak sampai 5 minit, korang akan dapat quotation dalam email. Ada beberapa quotation diberi. Dari RHB, Berjaya Sompo, Etiqa, Takaful, RHB, Zurich, Pacific Orient, semua ada. Siap dengan harga dan keterangan apa yang diinsuranskan.

Dah macam Trivago la kiranya. Korang hanya perlu pilih mana-mana penyedia insuran tu mengikut harga bajet korang. Lepas tu tekan butang bayar. Terus je korang akan dibawak ke payment gateway untuk membuat pembayaran.

Setel je pembayaran, korang akan dapat resit dan yang paling gempak akan dapat Whatsapp. Dalam Whatsapp tu dia akan update semua aktiviti yang berlaku. Cover note dah siap ke, roadtax dah hantar ke, nombor tracking penghantaran roadtax dan lain lain berkaitan.

Saya sangat teruja sebab tak sampai setengah jam, saya dah setelkan renew insuran dan beli roadtax sekaligus. Cuma guna platform Bjak.my

Siap hantar sampai rumah pulak tu.

Nak hantar ke pejabat pun boleh. Sebut je lah nak hantar ke mana.

Cakap pasal cek saman, korang tau tak korang boleh cek dan bayar saman polis  kat mesin ATM?