Wow! Maaf tajuk agak panjang Cara Sebenar Dapat semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir. Ceritanya sebab aku tercicir roadtax motor aku dari wallet.
Habis panik aku mencari segenap bilik dan rumah aku. Tapi tak jumpa jugak. Mula-mula je panik tapi lepas tu pasrah dah. Relax. Dalam fikiran aku, mesti ada cara yang membolehkan aku dapat balik roadtax motor ni.
Isi Kandungan
Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang
Cara Sebenar Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang TercicirKalau difikir dari segi logik mestilah boleh print balik roadtax yang hilang tu kan? Mesti pihak JPJ ada simpan database nama untuk setiap cukai jalan kenderaan sama ada motorsikal atau motokar (kereta) dalam sistem mereka.
Jadi disebabkan kelogikan ini aku terus call member yang pernah bertugas sebagai pegawai JPJ untuk mendapatkan kepastian.
Prosedur Dapat Balik Roadtax Hilang. Isi Borang di Kaunter JPJ.
Selepas dah call, maka benarlah memang boleh cetak balik roadtax kereta atau motor yang hilang.
Caranya just pergi ke kaunter JPJ dan isi borang K7, beratur / tunggu giliran pastu bayar RM20 untuk cukai jalan Motorsikal atau RM50 untuk cukai jalan kereta. Setel.
Persediaan dan Dokumen yang diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan (Fotostat siap-siap sebelum pergi ke JPJ)
- Kad Pengenalan
Itu je. Tak perlu bawak geran motor atau kereta. Lepas isi borang K7, serahkan dokumen tu ke kaunter dan buat bayaran RM20. Kemudian tunggu dipanggil selepas roadtax baru siap dicetak.
Tapi memandangkan aku ni agak sibuk dengan urusan harian lain, maka aku cakap ‘Ah! Nantilah aku pegi kaunter JPJ bila ada masa lapang.’ Nak dijadikan cerita, aku terpikir cara altenatif untuk dapatkan balik roadtax motor aku yang hilang.
Baca jugak : Cara bayar saman Polis Trafik di ATM Mesin Maybank
Cara Alternatif, Track Balik Kejadian Harian
Aku sarankan korang yang kehilangan roadtax boleh cuba cara aku ni. Senang je, caranya korang cuba pergi semula ke semua tempat atau premis yang korang biasanya pergi secara daily basis. Haahahah! Gurau je. Ini cara aku sebab malas nak pergi ke JPJ.
Tanya kat kaunter ada tak jumpa barang / roadtax tercicir? Kebiasaannya pihak kedai / premis ni diaorang akan simpan barang pelanggan yang tercicir.
Sebenarnya camtulah aku dapat balik roadtax aku setelah aku tanya beberapa petrol pump yang biasa aku singgah. Dan akhirnya aku jumpa roadtax aku kat kedai makan yang biasa aku pergi. Alhamdulillah.
20 hinggit..
puii mahal tuu
roadtax motor 3 hinggit yo..
boleh byr roadtax untuk 10 tahun tuuu.
cokik daghah tul..tunggu aje laa setahun… baru renew roadtax semula.. kalau kena tahan polis.. ckap aje roadtax terrrrtinggal..
tgk budi bicara Pak Polisi laaa.
anyway. thanks for the hampeh info.. penat den baco..
Tq sobab ponek2 yo ekau komen. Hahaha..
sikit punye marah dier tu… ingat suruh bayar ke baca blog encik ni,,,, mcm2 perangai…
Hihihi.. its okay..
Bro. Kene owner asl atau wakil saja dh boleh?.. geran fotostat boleh x?
owner asal.
[…] baca juga : Cara dapatkan semua roadtax kalau dah hilang […]
roadtax saya cicir time bawak motor, bekas letak roadtax tu terbukak, so mcm mana ehh nak renew balik?
Mcm yang sy kongsikan kt artikel encik. Harap membaca.
Xpyh bwk dokument2 motor kew
Geran and ic.
kalau gran yg asal xde? masih motor kedai?
fotostat bole ke?
Boleh
Point nye kalau hilang pergi jelah dekat kaunter jpj.. ok thanx for the info..
haha ok.
kalau still lagi hutang kedai macam mana yew
Bgtau kedai
Best info. Jpj takde charge denda untuk kecuaian ke atas kehilangan roadtax tu ke?
Rm20 tu kot.
kiranya org kalau nk buat roadtax bru sbb tercicir ats jalan ats nama org tu la kena g kalau wakil x blh kr and kalau gran xde. blh kr nk buat bru sbb gran hilang sekali
Roadtax motor sy hilg klau nak renew kna bwa ap ya… sy pkai motor ayah sy
Jap jap.. artikel saya tak lengkap ke tu?
aku tlg renewkan road tax dan insuran motor ayah aku. dah 3 taun aku tlg renewkan. maklumla orang tua dah berumur. caranya pergi jpj bawa road tax motor dan geran motor. geran photostat pun boleh. bulan 3 haritu aku pakai geran yg snap dlm whtasapp je. jpj pun ada budi bicara. diorang tau org tua kita dh tua. mana larat dh. 1 lagi insuran xkkan kita nk arapkan org tua kita bayo. kitalah yg wajib bayo kan =)
Nice sharing bro.
Kalau geran copy boleh tak buat roadtax baru?
boleh
kalo lesen pun sama la kan? so pi jpj la gtau lesen tercicir masa bawak motor
Hi saya baru je jadi benda ni and saya kira wakil kenderaan tu saja nak share info. kalau wakil yg pg kne ada
-fotostat IC owner kenderaan,
-fotostat IC diri sendiri
-surat beranak kita,
-Geran ATAU copy geran kenderaan.
lpstu pg kat kauter isi borang and byr jelah rm 20/ rm50 tu..
sekian, aslm. 🙂
Thanks atas perkongsian.
Kalau pi pejabat pos x boleh ke? JpJ jauh huhu
Nk tny r rotex hlg kta kna bt repot polis gak kew or kta p jew kaunter jpj
pergi je jpj terus.
klu p utc bleh buat x… road tax hilang
Boleh
Kalu roadtax kereta syarikat yg hilang mcmane ya
salam 28/4/19 sy baru tercicir roadtax.. pgi cari pun tak jmpa, buntu sy termnung kjap.. tiba2 sy trfikir ape nknbuat kalau hilang so sy bkak google jmpa link ni and click, lepas baca sy dh boleh tarik nafas lega.. alhamdulilah.. terima kasih cik..
Boss kalau roadtax hilang tericicr …pastu tk g jpj buat baru dah lebih 2 thun dah …nnti nk pegi jpj baharukan ….cmne ye kene bayar lebih ke denda …hmm tlg terangkan yang tk g jpj dh lebih 2 thun dah
Takde apa2. Sebab dah lebih setahun mestilah kena buat roadtax baru. Cuma kena pegi cek puspakom je kenderaan tu.
[…] Baca jugak : Cara dapatkan atau cetak semula cukai Jalan sekiranya hilang atau tercicir. […]
Aku baru je fly ..tak sedor smpai roadtex tercicir nk pergi kaunter jpj punya lah ak malas…kena beratur cek suhu tggu giliran..penat wey org bukan sikit ramai doh musim pkp ni.