Cara Renew Insurans Online di MyEG untuk Kereta dan Motor

Posted by

Kali ni saya nak kongsi cara renew insurans online di MyEG untuk kereta dan motorsikal. Setiap tahun saya memang renew roadtax di MyEG sebab urusannya senang.

Tapi saya nak terangkan 2 cara.

  1. Satu guna Myeg
  2. Satu lagi guna agent (ini paling senang tapi ada kos sikit lah)

Guna MyeG

Kalau dulu sebelum saya kenal MyEG, setiap kali nak perbaharui roadtax mesti saya kalut nak cari Cover Note Insurans tahun sebelumnya.

Camtulah setiap kali kalau nak renew roadtax ni walaupun setiap tahun saya sendiri yang buat tapi setiap kali tu lah saya lupa mana simpan simpan cover note.

Nampak sangat la kan pengurusan fail yang tak tersusun. hehe!

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Lepas dah tau ada MYEG, hiduo lebih senang. Nak renew insurans online je. Takyah pening nak pergi beratur kat JPJ atau pejabat pos.

perbaharui cukai jalan di MYEG
Renew roadtax lebih mudah di MYeG

Jadi nak dijadikan cerita, kawan saya Amin Jamil pernah bagitau saya untuk renew roadtax kat MyEG.

Senang katanya tak perlu nak cari cover note insurans lama.

Cuma perlu geran kereta / motor je.

Itupun kalau takde takpe asalkan ada nombor chassis  dan nombor enjin kereta.

Semua dibuat hanya kat depan komputer.

Serius senang beb!

Langkah-langkah Guna MyEG Online

Cara Renew Insurans Online di MyEG untuk Kereta dan Motor 1
1. Pertama sekali Login di www.myeg.com.my, kalau belum ada akaun daftarlah satu ye.
renew roadtax di JPJ
2. Klik pada logo / icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
pilih auto insurance renewal
3. Pilih menu “Auto Insurance Renewal”

baca juga : Cara dapatkan semua roadtax kalau dah hilang

Pilih insuran yang anda biasa guna.
4. Pilih insuran yang korang nak guna. Isi maklumat yang diperlukan oleh insuran ini seperti biasa dan buat pembayaran.

Selepas korang siap isi semua maklumat yang diperlukan, terus buat pembayaran secara online.

Siap je bayar online tu terus e-cover note akan dihantar pada email korang. Dah boleh terus ke pejabat pos untuk buat roadtax kereta pulak.

Print e-cover note tu dan bawak ke pejabat pos untuk dapatkan roadtax. Nak bawak salinan geran je pun boleh.

Untuk kes saya, saya just perlu bayar RM22 untuk roadtax kereta viva.

Upah Orang lain buatkan roadtax (agent)

Kalau nak lagi senang, korang boleh upah kawan saya ni.

Dia buat perkhidmatan renew roadtax dan insurans untuk kereta dan motorsikal.

Dia akan buatkan dari A to Z roadtax insuran.

Siap hantar sampai rumah pulak tu.

Nak hantar ke pejabat pun boleh. Sebut je lah nak hantar ke mana.

Call atau Whatsapp Ayumart 0125414348 untuk urusan lanjut. Bagitau dapat nombor telefon dari blog Adzril.😎

Banyak kegunaan MyEG ni selain boleh perbaharui insuran kereta secara online, korang juga boleh cek saman kat menu Polis Diraja Malaysia tu.

Cakap pasal cek saman, korang tau tak korang boleh cek dan bayar saman polis  kat mesin ATM?

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

21 comments

  1. Assalamualaikum, cuma ade 3 soalan nk confirm process nye..
    1) bile kite dh bayar on9 myEg kite terus amek road tax tu dkt pejabat POS la ye.. ? Maksud dalam 1hari boleh settle?
    2) Dah try buat cuma xfaham yg bahagian “Jenis Enjin” tu.. lain semua follow geran je..
    3) Insurans sy Berjaya Sompo kalau kite renew tp kite tukar ke Etika boleh ke? Atau Ade apa² nasihat Insurans terbaik?

    1. 1. betul.
      2. Tk pasti plak sebab kalau guna Zurich dia takde mintak jenis enjin. Mungkin CC enjin?
      3. Boleh, dia akan mintak nombor cover note.

    2. sebenarnya boleh je nk buat roadtax sekli kt myeg ni.. nnti dorang akn pos ke alamat yg diberi.. cuma kna tambah cas pos RM8 je.. sy mmg selalu buat roadtax insuran guna myeg dari dulu lagi.. mudah dan jimat masa.. selalu kt buat pg.. roadtax tu ptg / mlm dia akn hantar ke rumah.. cuma cover note insuran je amik masa skit 2 3 hari cmtu..

  2. Saya berhutang lagi..ad copy roadtax je..boleh ke tunjuk kat pjbat pos..lg 1 lpas dh buat payment boleh trus ke ambik ke kt pjabat pos

  3. Macam saya kan…dah buat…tapi e cover note takde pun keluar after payment di buat…cmne tu ek?..dah buat..tapi dekat pejabat pos takde pun rekod insuran..

    1. Kena hubungi pihak myeg balik. Cakap dah buat. Nanti dia trace balik pembayaran tu. Saya pernah kena camtu gak.

  4. Oleh kerana sudah malas nak berulang kali ke kedai tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk renew road tax dan insurans kereta isteri secara online sahaja melalui MyEG .

  5. kenapa saya tak dapat roadtax saya lagi bile check dekat check delivery xde pun data duit semua dh bayar😢

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *