Cara Bayar Saman Polis di Mesin ATM Maybank

Posted by

Banyak urusan boleh diselesaikan di Mesin ATM. Selain boleh mengeluarkan di di ATM, korang boleh jugak bayar bil-bil utiliti, transfer duit ke tabung haji dan bayar AKPK. Nak tau tak cara bayar saman polis di Mesin ATM?

Kalau sebelum ni aku berkongsi tentang Cara Daftar Akaun Tabung Haji di Maybank2u, sekarang aku nak kongsikan pulak Cara Bayar Saman Polis (PDRM) di Mesin ATM Maybank.

Cara Bayar Saman Polis di Mesin ATM

cara bayar saman polis di Mesin ATM
1. sejurus selepas memasukkan pin, korang pilih menu PAYBILLS

 

Cara bayar saman di ATM MAchine
2. Pilih menu PEMBAYARAN SAMAN PDRM

 

Cara bayar saman di Mesin ATM
3. Selepas baca pesanan ini, teruskan tekan di menu TERUSKAN.

 

cara bayar saman polis di Mesin ATM
4. Masukkan nombor kad pengenalan korang atau pihak lain yang disaman dan tekan YA.

 

cara bayar saman polis di Mesin ATM
5. Pilih saman polis yang hendak dibayar.

 

Masa aku snap gambar kat ATM mesin untuk tujuan nak buat tutorial ni, aku sendiri terkejut tengok skrin ATM. Ada saman rupanya kereta kat kampung. Siapa nak tolong bayar?

Baca jugak : Cara dapatkan atau cetak semula cukai Jalan sekiranya hilang atau tercicir.

Selesai pembayaran sila simpan resit untuk rujukan akan datang. Nak paling afdal lepas je bayar saman polis kat ATM Maybank tu, cuba terus call pihak Trafik (Polis Trafik) untuk bertanyakan status saman korang.

Biasanya kalau guna mesin ATM ni cepat urusannya. Rekod saman dekat polis pun akan terpadam sejurus pembayaran dibuat.

Sebenarnya, kita boleh cek saman secara online kat MYEG. Tapi aku belum buatlah cara nak cek saman guna MYEG ni. Sempat buat artikel pasal renew insran kereta guna MYEG je.

Kalau nak semak dan bayar saman AES, korang boleh gunakan apps MyeG. Tengok video kat bawah ni untuk cara-cara guna Apps MYEG.

62 comments

    1. Sistem atm tu memang dah sync dgn sistem polis. Maksudnya once kita bayar, maybank punya sistem akan hantar laporan ke sistem polis.

      Sila simpan resit pembayaran tu utk rujukan kemudian hari

    1. wasalam… tak pasti pulak sejak dikuatkuasakan perlu ke mahkamah ni camna prosedurnya. Tapi pada saya, sekiranya saman tu dah ada kat senarai saman, bayar je la.

  1. Aslkum encik thanks for sharing… Nak tanya boleh tak lau kita bayar melalui maybank online.

  2. Thank you so much for the helpful tutorial.
    Saya perlu membuat bayaran saman PDRM untuk kereta mak.
    Ingatkan kena bayar di kaunter Polis trafik.
    Thank you once again!

    1. Biasanya kalau tarikh dah lepas dah xde senarai saman dalam ATM. Tapi kalau ada boleh bayar.

      Kalau xde kena bayar kat kaunter trafik la.

  3. Kalau nak bayar tu nak kena pakai kad maybank jgk ke atau mesin yang bayar cash tu.. (maksudnya masukkn duit je terus tak payah guna kad dah?)

  4. Mesin atm maybank x de kompaun jadi sesapa yang ada kompaun tu bayar kt kaunter.. sbb atm dia akan tolak max terus x de kompaun..

  5. kalau kereta tu milik foreigner yang tak ada nombor i.c, ada nombor passport sahaja, boleh bayar kat atm maybank juga ke.

  6. Biasa sampai pukol berapa boleh bayar nie..? Kalo malam mcmne.. misalnya pukol 10 nk pegi bayar.. boleh ke??

  7. kalau macam saman tiada lesen sekarang kena ke makhamah kan . kalau bayar guna atm ni macam mana nak tau kita pergi bila ye ke makhamah ?

  8. kalau pembayaran saman ni menggunakan ic si ibu..tapi si ibu dah meninggal..so pembayaran boleh ke dibayar melalui ATM juga?..sebab si kawan saye ni kate dah tak boleh lagi..ade cara lain ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *