Ada seorang user yang Whatsapp saya dan tanya sama ada saya dealer Onexox atau bukan?
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Saya pasti dia dapat nombor saya dari Blog ini dan saya sangat pasti soalan dia betul “Encik ni Dealer XOX kan?”
Lepas saya sahkan yang saya Dealer Onexox, dia pun tanya soalan.
“Camna saya nak keluar dari telco Onexox ni ye?”
Saya agak pelik, tapi saya pun tanya la dia balik “Nak tukar Onexox ke telco mana tu ye cik?”
Dia jawab Umobile.
Saya terangkan kat dia “Kalau cik nak tukar dari Onexox ke Umobile, Cik kena jumpa Dealer Umobile cik, bukan tanya saya. Saya sebagai dealer Onexox hanya buat proses port in dari telco lain ke telco Onexox”
“Tapi Onexox yang bermasalah, sebab tu saya tak dapat tukar ke Umobile” lebih kurang camnilah dia jawab.
Saya tanya dia balik “Masalah apa tu? Boleh bagi error code? Kalau ada masalah mesti dealer Umobile tu akan inform apa masalahnya, akan ada error code dari Onexox untuk permasalahan tu dan ada cara selesaikannya, Dealer Umobile tu tak bagitau?”
“Takpelah encik, terima kasih” – terus blok saya.
Lepas tu dia unblocked balik untuk “Deleted for Everyone” semua mesejnya.
Sebenarnya perkara camni bukan sekali berlaku.
Pernah sekali agent unifi sendiri menuduh Onexox problem. Tapi bila saya tanya apa error code yang keluar? Ejen unifi tu pusing cerita perkara basic untuk MNP nombor dari telco lain ke telco lain. Macam la saya tak tahu perkara asas tu.
Kiranya dia tak jawab soalan saya, lepas tu cuba divert persoalan tadi dengan prosedur port out telco.
Bila saya desak, dia cakap tak tahu.
Then saya tanya lagi, kalau tak tau kenapa cakap Onexox yang problem? Dia jawab dengan nada sinis, “takpe encik, kita hormat keputusan customer nak pilih Unifi”
Masih cuba divert dan tak jawab soalan, malah provoke.
Saya tak kisah pun dan saya hormat je user nak keluar dari Onexox ke telco lain. Itu pilihan mereka dan mereka bayar guna duit mereka sendiri.
Saya hanya sampaikan value.
Saya ucapkan selamat maju jaya dengan user yang bertukar ke Unifi dan Umobile tu. Nanti kalau nak bertukar balik ke Onexox, boleh tanya saya balik. Saya takde masalah pun.
Jadi kesimpulannya, untuk keluar dari Onexox ke telco lain, sila berhubung dengan dealer telco tu sendiri.
Sebagai dealer, dia tak boleh simply salahkan telco lain tanpa bagi alasan dan fakta kukuh. Lebih teruk tak tahu error code yang diberikan oleh telco asal terhadap permasalahan (port-out) tu.
Kalau user tadi call careline Onexox pun (12273), tetap jugak careline akan tanya error code apa yang diterima untuk mereka bagi penyelesaian.
Nak tukar atau keluar dari Onexox ke telco lain bukan call/Whatsapp saya. Tapi kalau nak port out dari telco lain ke Onexox, boleh Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk berurusan. 🙂
Sebagai seorang pengguna telco yg berbeza² sy setuju dgn apa yg Encik sampaikan, dan ucapkan terima kasih kerana sampaikan matlumat ini kpd umum.
Kalau ada masalah, kita kena cari jln selesaikan masalah, bukan mencari salah org itu ini.
thanks.
Assalamualaikum tuan,nk tnya knp dealer xbleh terima data/minitpanggilan/sms dr user lain ye..
Sebab dealer ni special. Nombornya khas untuk buat bisnes.