Sim percuma Onexox B10, Ambil Benda Yang Tak Perlu

Posted by

Saya pasti ramai pernah kena dengan taktik team sales kat pasaraya atau kat mana-mana event besar. Alaaa yang suka hulur pamplet tu, once kita ambik dia tarik terus tangan kita tenyeh krim sengkuang la, krim pemutih la.

Apa pelajaran yang kita boleh ambik dari kejadian camni?

Jangan ambil benda yang tak perlu.

Ye, saya tahu, ada kebanyakan dari kita just ambil untuk jaga hati orang tu. Tapi last-last kita yang kena balik.

Saya nak relate dengan sikap sesetengah orang yang terima simkad PERCUMA Onexox B10 baru-baru ni.

Saya tak salahkan company Onexox untuk promosi percuma simkad B10 Onexox. Cuma ada sesetengah dealer yang tak faham objektif promosi ni dilancarkan.

Ada dealer Onexox yang bagi percuma sim Onexox B10 ni macam memang benda tu 100% percuma takyah topup sampai bila-bila.

Cerita ni bukan saya reka suka-suka ye. Ramai yang Whatsapp saya tak puas hati bila bil B10 sampai kat diaorang.

Masing-masing cakap, “Saya tak guna pun, kenapa kena bayar? Haritu dealer tu cakap simkad ni Free!”

Nampak tak salah faham yang berlaku kat situ.

1st of all, Promosi sim free tu bermaksud, pendaftaran untuk B10 percuma tanpa perlu bayar upfront payment RM10. Just daftar sim dan tunggu next cycle untuk bayar bil.

Tapi ramai yang faham, ambil sim free tu dan tak perlu bayar.

Ada jugak yang anggap, tak guna langsung sim tu, so tak perlu bayar.

Pendaftaran pulak dibuat atas nama dan kad pengenalan sendiri. Sebab dealer cakap free, so main ambik je sim tu.

Saya suka tanya kat orang yang ambil sim free ni. “Kenapa ambik sim ni kalau tak perlukan atau tak guna sim ni?”

Dia jawab, “dah benda free, ambik je la.”

Dua-dua salah. Dealer salah sebab tak faham maksud promosi atau tak terangkan dengan jelas plan B10 Onexox.

Yang ambik sim pulak, kenapa perlu ambil kalau betul tak nak sim tu? Atau memang tak gunakan sim tu?

Ni mentality salah ni.

Saya?

Dua kali promosi “SIM PERCUMA” Onexox B10 dilancarkan, saya langsung tak bagitau orang sim ni free.

Apa yang saya buat, saya ceritakan kelebihan kan kekuatan Onexox B10 dari segi fleksibilitinya.

Bila orang berminat, saya terangkan yang sepatutnya perlu bayar upfront RM10 untuk B10 tapi sekarang ada promosi, so just tunggu next bill sahaja.

User pun faham dan tak meroyan kata Onexox penipu.

Jadi dealer Onexox ni memang perlu ada strategi untuk ramaikan user. Tapi motivasi saya tetap nak bantu orang ramai berjimat dan jadi pengguna bijak. Itu nombor satu.

Kadang-kadang tergelicir jugak pikir pasal duit.

Tapi tak sampai la menipu user cakap sim Onexox B10 ni free sampai bila.

Tu menganiaya user sekaligus menganiaya syarikat Telco Onexox tu sendiri bila user tu tak nak bayar bil yang diaorang dapat.

Fikir-fikirkanlah.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *