Syarat dan fakta kongsi data Onexox

Posted by

Tak kiralah sama ada onexox black atau onexox prepaid, semua plan onexox tu boleh transfer kredit. Tapi ada syarat dan fakta kongsi data onexox ni.

Ok, bukan data je, minit panggilan dan sms pun boleh ditransfer ke user Onexox lain.

Hafal syarat simple ni.

Onexox Prepaid

Onexox Prepaid boleh transfer ke Onexox Prepaid dan Onexox Black.

Betul, kalau korang pengguna Onexox Prepaid, korang boleh transfer atau kongsi data, minit panggilan dan SMS ke Onexox Prepaid dan Black.

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Data Yang Boleh ditransfer

Data yang boleh ditransfer pulak, adalah data yang dalam simpanan Season Pass sahaja.

Data yang aktif (data yang diaktifkan dari seasonpass atau data yang ada tarikh expired) tidak boleh dikongsikan atau ditransfer ke user Onexox Prepaid atau Onexox Black yang lain.

Cara nak habiskan data aktif yang cepat in case kalau tarikh expired data dah hampir tiba adalah, bukak hotspot.

Belanja kawan-kawan dan keluarga guna internet Onexox yang laju gile tanpa capped (tanpa catuan kelajuan) tu.

Selain tu, minit panggilan dan sms yang dalam akaun Season Pass boleh dikongsi ke user Onexox Prepaid dan Black yang lain bila-bila masa.

Hehe. Takde beza pun dengan syarat untuk onexox Black.

Onexox Black

User Onexox Black ni special.

Disebabkan dalam akaun Black takde Season Pass, maka dia boleh sesuka hati transfer data, minit panggilan dan sms ke user Onexox lain.

Yes, Black boleh kongsi semua data, minit panggilan dan sms ke user Onexox prepaid ataupun Onexox Black.

Sekiranya Onexox Black transfer data, atau minit panggilan atau sms ke Onexox Prepaid, data, minit atau sms yang dikongsi tu akan masuk dan disimpan dalam Season Pass Onexox Prepaid tu.

Kalau Onexox Black transfer data, atau minit panggilan atau sms ke Onexox Black, maka semua tu akan disimpan dalam errr akaun Black tu la. Onexox Black mana ada store simpanan kan? Black tu sendiri adalah simpanan.

Paham ke paham?

Cara Kongsi Data Onexox

Jadi itulah realitinya data Onexox Black ni. Special.

Takde istilah data aktif atau data simpanan.

Semua data adalah aktif dan semua data boleh dikongsi. Inilah data Black!

Untungnya, Onexox Black boleh berkongsi dengan siapa pun yang dia nak.

Bila-bila masa.

Cara untuk share data atau minit panggilan atau sms, boleh rujuk artikel saya bertajuk cara share data onexox kepada user lain.

Dalam artikel tu saya terangkan cara paling efisyen dan jimat untuk share data, minit dan sms Onexox kepada user lain.

Dan yang paling best ada cara combo untuk share data, minit panggilan dan sms sekaligus.

Jimat!

Kalau nak tanya apa-apa kesulitan berkaitan Onexox, boleh Whatsapp saya O1O6OO9966.

Nak topup ke, nak tanya pasal Happy Hour ke, boleh. mari mari!

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *