Baru-baru ni agak kecoh tentang pertembungan dua nama besar dalam industri fesyen tudung iaitu Naelofar Hijab dan Sugarscarf. Aku nak bercerita pasal paten ni bukan pandai sangat pun.
Just nak sharing tentang isu fesyen inner silang yang tengah hangat diperkatakan antara Naelofar dan Sugarscarf.
Kalau aku tengok kat media sosial dan blog rata-rata tak ambik port sangat pasal isu siapa dulu.
Aku akui memang Sugarscarf dah bertapak lebih lama berbanding Naelofar Hijab.
Pada aku mungkin Sugarscaft agak bimbang dengan persaingan yang diberikan oleh pihak Naelofar Hijab sampai tertimbulnya isu ini.
Neelofa pulak sampai sekarang mengambil langkah berdiam diri dalam isu ini.
Siapa Dulu, Naelofar Hijab Atau Sugarscarf?
Aku rasa isu fesyen memang tiada originaliti.
Umpamanya ilham itu seperti gelombang berterbangan dalam salurannya menanti lamaran dari gelombang manusia yang berada pada level yang sama frekuensinya untuk dizahirkan kepada realiti sama ada dalam bidang fesyen atau bidang-bidang lain.
Undang-undang dan peraturan manusia sahaja yang menjadikan ianya hakmilik seseorang.
Aku terperasan masa aku kemaskini blog ni dan terjumpa satu artikel bertajuk Doodle Menggunakan Autodesk yang menerangkan macamana aku buat doodle guna apps Autodesk Pro kat Samsung Galaxy Tab 7.7 aku dulu.
Kat situ la aku lukis design Haifa Hijab yang wife aku dah lancarkan kat web vivadea sebelum itu.Bukan nak claim vivadea lagi awal dari tu, cuma nak bagitau rupanya gelombang pemikiran setiap designer tudung tu agak sama patternnya.
Siapa yang hebat marketing dialah juara.
Dengar cerita AlHumaira dengan Radiusite pun ada design silang camni. Jangan pulak ada yang kata “ala tak kena kat ko boleh la cakap” malas aku nak layan.
Baca jugak : Design Tudung Yang Membuatkan Muka anda Kurus
Haifa Hijab – Design silang yang popular. I mean silang tu yang popular. |
Komen.