Studio DIY dalam Rumah

Semasa aku menulis entri ni, dah hampir 2 minggu selesai sesi Photoshoot design terbaru bagi produk eksklusif vivadea. Model si cantik manis Yasmin dipilih kali ini untuk photoshoot yang julung kali dibuat kat rumah menggunakan Studio buatan sendiri. Biasanya photoshoot dibuat guna dinding putih atau dibuat outdoor. Tapi memandangkan adalah lebih senang shoot kat rumah dan lebih privacy jadi terciptalah studio DIY ni.  Jadi aku terangkan apa yang aku buat untuk hasilkan studio DIY yang tak seberapa ni.

buat sendiri studio murah
yang ni shoot guna P780 aku ye.

1. LAMPU
Proses nak buat studio DIY kat rumah ni bukanlah aku buat sesuka hati. Aku study hampir seminggu untuk merealisasikan projek ni. Hasil dari study aku tu, maka dapat disimpulkan nak shoot studio ni paling basic kena ada paling kurang 3 lampu. Lampu pertama dan kedua perlu dihalakan 45 darjah ke arah model/subjek dari arah depan di sebelah kiri dan kanan. Lampu ketiga pulak perlu dihalakan ke arah backdrop untuk menerangi backdrop. Untuk kes lampu ketiga ni, sebenarnya aku tak ada pun lampu ketiga. Jadi aku gunakan speedlite YongNuo dengan Setting Slave untuk terima arahan dari Speedlite Nissin sebagai master yang dicantum pada kamera Nikon D90.


1. Light Stand Kit With Soft Box 50cm X70cm (Set Kit) – RM350
2. Speedlite Nissin – RM600
3. Speedlite YongNuo – RM300

Light Stand Kit dan Speedlite YongNuo
Cara aku letakkan speedlite YongNuo untuk menerangi Backdrop

Secara teknikalnya, untuk speedlite dan Light Stand ni aku dah beli lama dan aku beli satu persatu ye bukan sekaligus. So tak terasa la untuk kos yang aku sebut kat atas tu. hehehe!

2. BACKDROP STAND
Segan plak nak bagitau cara aku gantung backdrop ni. Rata2 aku tengok kat kedai Fotografi ngan online Store harga paling murah untuk set Backdrop Stand dengan White Muslin ni adalah RM180. Itupun cuma dapat kain Muslin (putih) 3 meter je. Aku risau tak cukup diva la untuk si Model berposing. Untuk kain Muslin tu nanti aku citer. Serang ni aku nak citer pasal backdrop stand. Aku gunakan paip PVC yang aku gantungkan pada railing langsir kat rumah. Paip PVC tu aku letakkan atas Waterfall Cloth Hanger. Kombinasi kedua-dua ni boleh menampung kain backdrop yang aku beli kat Jakel.

4. Paip PVC (6 kaki) – RM4
5. Waterfall hanger – NA (Pinjam kat bini hehehe)

Paip PVC dan Waterfall Cloth Hanger yang digunakan.

3. KAIN BACKDROP
Kain untuk backdrop ni terus terang aku cakap, aku beli kat bahagian langsir kat Jakel. Aku pilih kain yang dipanggil ‘blackout’ ni sebab ketebalannya dan promoter kata kain ni tak tembus cahaya. Semeter RM12 je, jadi aku beli 6 meter (sepatutnya 5 meter dah cukup untuk model berposing dengan gaya diva). Kain ni tak mempunyai bidang yang aku inginkan iaitu at least 2 meter. Bidang kain ni cuma 1.5 meter je. Setelah aku perhati lama kain ni, dengan harga yang ok, hati aku kata kain ni ok untuk dijadikan backdrop. Hujung kain dijahit untuk memberi ruang penggantungan kat paip PVC tadi.
1. Kain Putih Plain 6 meter – RM72

Secara keseluruhan kos yang aku keluarkan untuk menjayakan projek ni cuma untuk paip PVC (RM4) dan kain Langsir (RM72) yang keseluruhannya RM76. Tak la perfect pun Studio DIY ni, tapi sekurang2nya senang la kerja-kerja ‘post processing’ untuk gambar2 ni kan.

Keadaan semasa sesi photoshoot Yasmin untuk Vivadea.

HASIL
Hasil yang  yang bakal aku tunjukkan ni agak eksklusif sebab belum keluar secara rasmi kat mana-mana laman web yang berkaitan vivadea dan Lazada. So kita cerita sini habis sini je la. Taraaa!

Sebelum dan selepas Editing. Satu klik mouse dah siap crop.