Tampal Sticker Pada Kereta dan Kenderaan Lain

Baru-baru ni aku berpeluang untuk design sticker untuk ditampal pada kenderaan pacuan 4 roda (Land Cruiser / Ninja King)dan van Hiace. Walaupun aku cuma perlu design sticker tapi aku kena pastikan kedudukan sticker pada van dan Ninja King ini tak tersasar logo dan tulisan yang akan dicetak nanti. Maklumat dan logo mestilah tepat dan tak terlindung.

Sticker yang dah siap ditampal pada van Hiace

Berkat ilmu yang aku pelajari dari dua sifu grafik tersohor Malaysia Encik Dee dan Izuan Bakar dari World Designer, aku berjaya siapkan design sticker untuk program kembara bermotosikal bersama Sabah BigBikers Association (SBBA) anjuran SPRM Sabah.

Tampal Sticker Pada Kereta dan Kenderaan Lain

Untuk memastikan hasil yang cetakan yang baik, resolusi gambar diset pada 100ppi (pixel per inch).

Saiz ukuran sticker untuk van adalah 16 kaki panjang x 7 kaki lebar lebih kurang dan sticker untuk Ninja King lebih simple hanya 6 kaki panjang x 3 kaki lebar.

Ukuran sticker untuk Van Hiace dan Ninja King ni aku ikut ukuran sebenar saiz kenderaan tersebut masing2.

sticker on hiace
Sebelah kanan Hiace

 

tampal sticker pada van hiace
Sebelah kiri Hiace
sticker marketing on car
Kanan Ninja King

 

sticker paste on car
Kiri Ninja King
Sticker yang dah siap ditampal kat Ninja King

Lepas ni harap dapat design untuk kapal terbang pulak. Cuba tengok camna sticker yang ditampal kat kenderaan memainkan peranannya kat sini. Yang penting bukan aku yang tampal sebab nak tampal sticker ni memang renyah kerja dia.

Maklumlah kereta perlu dijaga dengan baik kalau tersalah tampal mau calar kereta tu karang.