Saya nak kongsikan kenapa dan bagaimana saya tutup syarikat PLT yang saya daftar dalam tahun 2017. Tahun tu saya buka (daftar) syarikat PLT dengan 2 orang kawan saya. Saya bertanggungjawab jadi pegawai pematuhan untuk syarikat PLT tu memandangkan saya yang menguruskan pendaftaran syarikat PLT . Sebenarnya, tahun 2017 tu je saya daftar 2 syarikat PLT, yang lagi satu syarikat saya daftar atas nama saya dan isteri.
Isi Kandungan
Syarikat PLT tidak diuruskan dengan betul dan diabaikan
Memandangkan untuk run syarikat ni bukanlah perkara yang mudah, jadi saya terabaikan syarikat yang saya daftar bersama kawan saya tu. Cukup setahun, saya dapat email dari SSM mengatakan perlu hantar laporan kewangan. Sekiranya laporan kewangan tidak dihantar, denda sebanyak RM20,000 akan dikenakan. Lebih kurang camtulah isinya.
Dapatkan panduan Tutup PLT sekarang.
Saya yang pada waktu tu tak tahu apa-apa berkenaan dengan laporan kewangan, malah syarikat PLT yang didaftarkan pun tidak beroperasi, saya jadi panik. Terus teringat Walter Barbers (kalau tak silap) pernah kongsi cerita macamana beliau tutup beberapa syarikat PLT/LLP miliknya kerana tidak mahu didenda RM20,000.
Bayangkan, beliau ada beberapa buah syarikat PLT yang perlu ditutup, bahasa omputehnya Voluntary Winding up.
Seingat saya, dalam perkongsian tu beliau mengatakan jangan sewenang-wenang bukak syarikat kalau takde plan dan objektif yang jelas. Ini bukan daftar enterprise (lesen berniaga), PLT atau LLP ni bukak syarikat ye. Ianya melibatkan komitmen. Bukanlah perkara yang kita boleh pandang ringan.
Terpaksa Tutup Syarikat PLT
Saya adalah antara yang terjebak dengan isu plan perniagaan yang tidak lengkap ini. Tau-tau nak terus ada syarikat, hebat kononnya. Akhirnya syarikat tu tak diteruskan. Jadi nak tak nak, saya terpaksa tutup syarikat PLT yang saya daftarkan atas nama saya dan rakan saya tu secepat mungkin sebelum kena denda RM20,000.
Nasib baik syarikat PLT lagi satu yang saya usahakan dengan isteri masih diteruskan. Isteri sayalah yang uruskan pasal laporan kewangan dan pembayaran cukai bagi syarikat PLT yang lagi satu tu.
Dan semestinya, sayalah individu yang bertanggungjawab menggalas tugas untuk membuat winding up (Penutupan syaikat LLP) ini dari A to Z. Alhamdulillah, walapun ianya dinamakan kegagalan, namun dari sudut lain saya bersyukur atas pengalaman ini.
Dokumen yang diperlukan untuk Proses Penutupan Syarikat PLT
Syukurnya semua proses winding up ini boleh dilakukan secara online dalam sistem myLLP itu sendiri. Cumanya saya perlu uruskan beberapa dokumen sebelum saya boleh buat permohonan penutupan online seperti;
- Surat Penyelesaian Cukai Penggulungan Secara Sukarela Ahli LLP
- Deklarasi Penutupan Syarikat Oleh Pegawai Pematuhan Syarikat PLT
- Statutory Declaration For The Application Of Voluntary Winding Up
- Surat Penyelesaian Cukai yang perlu dihantar ke LHDN
- Tempahan kolum iklan di 2 akhbar rasmi tempatan, English dan Bahasa Malaysia (Bukan tabloid)
Walaupun semua dokumen ini nampak macam mudah diuruskan, tapi hakikatnya perlukan komitmen dan masa untuk diselesaikan.
Kos untuk tutup Syarikat PLT oleh ejen
Saya agak terkejut bila mana ada agensi yang mengambil upah membuat semua urusan ini dengan harga RM5,000 untuk penutupan bagi satu syarikat PLT/LLP.
Dengan kosRM5000, saya percaya ramai yang sanggup bayar sebab tak nak kena denda RM20,000 oleh SSM. Apalah sangat RM5k berbanding denda RM20k. Dan rasanya RM5k itu berbaloi sebab bukan perkara yang mudah untuk menyelesaikan semua perkara diatas.
Buat sendiri proses tutup syarikat PLT untuk lebih jimat
Sekiranya anda ingin membuat penutupan syarikat PLT/LLP, anda boleh upah agensi yang menyediakan perkhidmatan itu. Cara ini lebih mudah dan pantas tanpa perlu pening kepala. Bayar pada agensi, dan mereka uruskan proses voluntary winding up untuk syarikat PLT anda. Cara ini sesuai sekiranya anda ada beberapa syarikat PLT yang hendak ditutup dan ada modal yang besar.
Atau anda boleh buat sendiri step by step.
Saya ada bukukan contoh-contoh surat yang diperlukan untuk memudahkan anda buat sendiri langkah-langkah penutupan syarikat PLT/LLP anda. Dengan ini anda dapat jimatkan masa dan kos untuk menutup syarikat PLT anda. Boleh dapatkan Panduan Tutup PLT untuk memudahkan anda menutup Syarikat LLP atau PLT anda itu.
Anda juga boleh rujuk pada Guideline penutupan syarikat PLT/LLP yang disediakan oleh pihak SSM di laman web rasmi mereka.
[…] adalah perenggan yang telah dikemaskini (updated) selepas beberapa tahun. Saya telah menutup salah satu syarikat PLT yang saya daftarkan atas sebab yang saya terangkan dalam artikel terbaru […]
[…] juga cara tutup Syarikat PLT sekiranya syarikat itu tidak beroperasi untuk mengelakkan didenda […]
Salam.
Utk income tax bgimana?
Saya dah ada income tax sendiri (masihbekerja)
Adakah no income tax utk llp berbeza? & Ditaksir mengikut llp ?
ye. berbeza. tapi saya sendiri dah berulang kali ke LHDN untuk urusan cukai ni, ternyata pihak lhdn sendiri pun masih tak dapat nak pastikan sesuatu yang firm berkaitan cukai LLP ni.
Salam, nak tanya dekat post atas cakap tuan ada bukukan contoh-contoh surat yang diperlukan, boleh tuan email dekat saya?
Email dekat [email protected]
Assalamualaikum Tuan berapa kos iklan di kedua2 newspaper ye
RM500 ++
Assalamualaikum, saya dalam proses penutupan. Kalau boleh share tips2 berkaitan , akan mudahkan hidup saya xD.
Iklan dekat surat khabar mana? ada no contact org tersebut ke?
KALAU BELOM DFTAR INCOME TAX MACAM MANA YA?
nak ttup tapi belom dftar income tax..boleh ke nak ttup terus?
kena jugak buat surat ke LHDN unduk declaration.
Salam. Kalau dah nak tutup dan tidak beroperasi xpayah buat annual decralation/laporan kewangankan? kes saya sama dengan Adzril.. takut kena denda 20k
iyer.. sebab tu kena buat surat ke LHDN untuk mengesahkan tiada tunggakan cukai.
Boleh saya dapatkan surat-surat untuk tutup PLT seperti dalam artikel?
Harap dapat bantu sangat2..terima kasih tuan tanah
Assalamualaikum.
Terima kasih atas artikel yang dikongsi oleh tuan.
Boleh saya dapatkan surat-surat untuk tutup PLT seperti dalam artikel?
Harap dapat bantu sangat2..terima kasih
insyaAllah nanti saya buat.
Salam tuan, boleh ke saya dapatkan contoh-contoh surat yang diperlukan untuk tutup PLT tu? mohon emelkan di [email protected]. Nnt tuan beritahu la berapa nak cas ya. Terima kasih.
sy sedangkan kumpulkan dan susun. nanti saya maklumkan pada 25 Mac 2021.
Harus iklan di newspaper manual atau boleh iklan di newpaper online website? Berapa size iklan yg dikehendaki, separuh muka surat atau bagaimana?
ye wajib.
Hi nak tanya
LLP baru approve 15/3 belum aktive lagi tapi dah kena tutup
boleh bagi tips atau ape ape yang kena sediakan ?
1st time buat company dan sekarang dah masuk longkang
anda boleh dapatkan semua panduan dan template surat di ebook panduan tutup PLT. https://magicalips.onpay.my/order/form/tplt
Salam Tuan,
Boleh ke Tuan kongsikan langkah-langkah & contoh dokumen yang diperlukan untuk proses penutupan PLT tu pada saya??
Mohon Tuan emailkan kepada saya [email protected].
Berapa bayaran mohon Tn beritahu saya ya??
anda boleh dapatkan semua panduan dan template surat di ebook panduan tutup PLT. https://magicalips.onpay.my/order/form/tplt
Salam, boleh kongsikan contoh surat untuk declare LHDN. Adakah seperti tulis surat biasa jer? Sebab saya nak tutup PLT.
saya ada kongsikan dalam panduan tutup PLT
Salam Tuan Adzril,
saya dah membeli panduan Tuan. Cuma saya nak tanya, kita tak perlu declare cukai ye? cuma terus ke cawangan LHDN dekat surat tersebut untuk mendapatkan jawapan?
Betul terus ke LHDN. Sbnrnya untuk tujuan declaration jugak tu.
Assalamualaikum tuan. Boleh bagi link pembelian ebook?
boleh klik link https://adzril.com/tutupPLT
Asalamualikum Tuan panduan tutup plt masih ada lagi ke
masih ada tuan. boleh klik link TUTUP PLT yang disediakan.