Senang Rupanya Cara Guna Kad Inden Smartpay Isi Minyak

Dapat kad inden (betul ke ejaan aku ni?) tapi tak pandai nak guna untuk isi minyak kat Petrol Pump tak guna jugak kan?

Aku pun dulu keliru cara nak guna kad SmartPay Petronas ni. Nak masuk kad kenderaan dulu ke atau nak masukkan kad driver dulu?

Atau nak masukkan dulu kad Mesra?

Mesin untuk cucuk kad inden, bukan cucuk untuk keluar duit ye hahaha!

Okay post kali ni simple je.

Cara nak guna smartpay Petronas (Kad Inden) kat Petrol Pump Petronas bagi mereka yang keliru cara nak guna kad ini.

Ye la ada 2 kad nak dimasukkan kat mesin tu. Aku make it simple.

Cara Guna Kad Inden Smartpay Isi Minyak

  1. Masukkan Kad Kenderaan/Kad Pemandu (mana2 pun okey). Bila arahan suruh keluarkan kad, ikut langkah 2 pulak.
  2. Masukkan Kad Pemandu (sekiranya tadi dah masukkan kad Kenderaan dulu) dan tunggu arahan untuk keluarkan kad.
  3. Masukkan nombor PIN (Pin kad tu la)
  4. Masukkan bacaan odometer (kena standby awal2 untuk memudahkan kerja). Odometer ye bukan kiraan meter yang mileage A dan B tu.
  5. Pilih isian penuh atau berapa liter korang nak.
  6. Masukkan kad mesra atau,
  7. Tunggu arahan dan angkat nozzle untuk mulakan isian.
  8. Letak nozzle dan tunggu resit keluar.
Tunggu resit keluar baru la beredar. Jangan kalut sangat.

Senang je kan? Lagi sekali aku bagitau, ramai orang keliru nak masukkan kad yang mana satu dulu.

So takyah pikir yang tu.

Just masukkan je mana2 kad (pemandu/kenderaan) pandailah mesin tu baca. hehe.

Untuk memohon SmartPay Petronas boleh terus ke laman web rasminya.

Nak dapat Petrol Percuma? Baca kat artikel Guna Apps SETEL di Petronas sekarang.