Cara Transfer Data Onexox ke Nombor Onexox Lain (share)

Percaya tak data internet onexox boleh dikongsi kepada user onexox yang lain? Ini dia cara transfer data onexox kepada nombor lain.

Saya akan bagi 3 cara. satu guna SMS, guna menu USSD dan satu lagi guna Apps Black (paling senang).

Cara Transfer Data Onexox Ke Nombor Lain.

Cara SMS

Cara guna SMS ni nampak macam konvesional tapi ianya berkesan.

Caranya sms SHARE 0123456789 D1 1234 ke 22111.

0123456789 = nombor user yang korang nak kongsi.

D1 = 1GB. Kalau nak 2Gb, D2. Maximum boleh transfer 10GB sekali transfer.

1234 = Nombor pin user. Nombor ni memang default 1234 untuk semua user onexox.

Data yang ditransfer ni akan diambil dari data season pass user (plan prepaid) dan dimasukkan ke season pass penerima (plan prepaid).

Kalau user black, takde season pass. Tapi still boleh kongsi dan terima data dari user onexox lain sama ada Black atau Prepaid.

Guna menu USSD

Untuk pengguna onexox Prepaid, nak transfer atau kongsi data boleh guna menu USSD *150#

  1. Dail *150#
  2. Pilih menu season pass. Nombor 6.
  3. Pilih menu Share Data. Nombor 6.
  4. Masukkan nombor Onexox.
  5. Masukkan jumlah data yang nak dikongsi. Contoh 10gb, masukkan 10 sahaja.
  6. Masukkan 88 untuk submit.

Penerima akan menerima data on the spot ke dalam season pass.

Faham?

Kalau tak faham boleh tinggalkan komen kat ruangan komen.

Atau untuk respon pantas boleh Whatsapp saya O1O60O9966. Saya akan terangkan mana-mana yang tak faham.

Caj Transfer yang dikenakan.

Setiap kali kita share data, atau minit panggilan atau sms kepada user Onexox yang lain, caj sebanyak 50sen dikenakan kepada tukang hantar tu.

Contoh Si Abu nak share data dan minit panggilan ke Minah,

Share data dulu:

SHARE NOMBORMINAH D5 1234 dan send ke 22111 atau 23388 – Ini dikenakan caj 50sen.
Contoh : SHARE 0123656565 D5 1234

Kemudian Abu kongsi minit panggilan pulak:

SHARE NOMBORMINAH V100 1234 dan send ke 22111 atau 23388 – Ini dikenakan caj 50sen lagi.
Contoh : SHARE 0123656565 V100 1234

So total jadi RM1.00 untuk caj penghantaran.

Saya nak tunjuk cara lebih jimat.

Sepatutnya Abu buat camni

SHARE NOMBORMINAH D5 V100 1234 dan send ke 22111 – Ini dikenakan caj 50sen sahaja.
Contoh : SHARE 0123656565 D5 V100 1234

Buat sekali penghantaran secara kombo. Yang mana data (D) dan minit panggilan (V) dihantar sekaligus dalam 1 command.

Syarat Kongsi Data, Minit Panggilan dan SMS Onexox

Ada beberapa syarat jugak untuk sharing ni.

  • Hanya boleh share kepada user Onexox sahaja. Jangan memandai share ke nombor Celcom, Digi, Maxis, Umobile pulak ye. hehe
  • Onexox Black boleh share Minit Panggilan, Data, SMS kepada user Onexox Black dan Onexox Prepaid
  • User Onexox Prepaid hanya boleh share Minit Panggilan, Data, dan SMS yang ada dalam Seasonpass sahaja kepada sesama user Onexox Prepaid atau Onexox Black.

Itulah dia cara transfer atau kongsi data, minit panggilan dan sms guna menu USSD dan SMS. Dan sekarang, memperkenalkan cara yang paling mudah…..

Guna Aplikasi Black

Pening tak guna 2 cara sebelum ni (SMS dan USSD Menu)?

Kalau pening, saya nak perkenalkan satu apps ni. Aplikasi Black. Aplikasi ni adalah apps rasmi dari Onexox. Ianya boleh digunakan oleh pengguna Onexox Black dan Onexox Prepaid.

Dengan apps ni, pengguna boleh bayar bil, topup, untuk diri sendiri dan orang lain (pengguna Onexox lain. Dan yang paling best boleh transfer data, minit dan sms sekaligus dengan 1 caj 50sen.

gunakan aplikasi black untuk kongsi minit panggilan, data dan sms.
Minit, SMS, dan DATA boleh dishare sekaligus untuk 1 transaksi.

Antara kelebihan share Data, Minit dan SMS guna aplikasi Black ni adalah, saya boleh transfer semua tu sekaligus kepada penerima. Jadi jimatlah sebab caj 50sen tu cuma sekali je.

Baca keterangan lanjut berkenaan aplikasi black dan kalau nak download terus apps ni pun boleh. Pastikan anda baca dulu artikel yang saya tulis tu untuk tahu camna nak dapat 512MB percuma pada pemasangan baru apps Black ni.

Okay selamat menjual data, sms dan minit panggilan kepada yang memerlukan. 🙂

Artikel terkini berkenaan dengan share data saya ada buat di artikel bertajuk Syarat dan fakta kongsi data Onexox.

Kalau ada sebarang pertanyaan berkenaan Onexox Prepaid atau Onexox Black, boleh Whatsapp saya O1113346188 ye.