Panjangkan Tempoh Sah Aktif Prepaid Onexox

Onexox adalah satu-satunya telco yang bagi airtime atau tempoh sah aktif atau validity paling lama berbanding telco lain yang ada kat Malaysia.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Saya nak tunjukkan cara panjangkan tempoh sah aktif prepaid Onexox bagi mereka yang malas topup.

Tempoh Sah Aktif Prepaid Paling Panjang

Sebenarnya setiap user Onexox prepaid akan diberikan tempoh sah aktif sim masing-masing selama 2 tahun 4 bulan.

ini minimum ye.

Syarat Untuk Dapat 28 Bulan Validity

Starter Pack Prepaid (Nombor baru)

Untuk user yang beli nombor baru (starter pack), user perlu (wajib) beli SP FAT yang berharga RM30 atau RM50.

SP FAT ni macam welcome deal la kiranya, tapi dijadikan syarat untuk dapat tempoh sah panjang 2 tahun 4 bulan tu.

User baru perlu pilih sama ada nak;

  1. 5gb Data + 100 minit panggilan (RM30) / SMS SP FAT5M ke 22111 atau 23388
  2. atau 333 minit panggilan (RM30) / SMS SP FATVOICE ke 22111 atau 23388
  3. atau 10gb+10gb (Percuma) (RM50) / SMS SP FAT10 ke 22111 atau 23388
  4. atau 10gb+333 minit panggilan RM50 / SMS SP FAT10M ke 22111 atau 23388

beli je salah satu pilihan kat atas ni dalam tempoh masa 10 hari bekerja, layak dapat validity 2 tahun 4 bulan.

Baiklah, itu kalau user beli nombor baru Onexox prepaid.

Untuk User dari Telco Lain Tukar ke Onexox (kekalkan nombor)

Camna pulak kalau user dari telco lain macam Celcom, Digi, Maxis, Umobile, Tunetalk, Tone Excel, Tone Plus, Tone Wow, Tronexous, RedOne nak bertukar ke Onexox?

Adakah mereka perlu beli welcome deal yang kat atas tu?

Ya. Untuk mereka yang kekalkan nombor (Port in) ke Onexox dari telco lain, pun WAJIB beli Welcome deal ini sebagai syarat dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan.

Welcome Deal ini perlu dibeli dalam masa 10 hari selepas nombor Onexox Prepaid (Starter Pack dan MNP) diaktifkan.

Jadi tak Perlu Topup ke?

Tempoh sah aktif tu adalah kelebihan yang diberikan kepada pengguna Onexox Prepaid. Jangan gunakan kelebihan ini dengan menjadikan simkad Onexox Prepaid ni sebagai nombor kedua yang langsung tak diutilize/tak digunakan.

Kalau tak digunakan, anda hanya bazirkan peluang yang diberi.

Ok.

Tempoh Bertambah setiap kali tambah nilai dilakukan

Penggunaan aktif simkad Onexox Prepaid ini akan menjadikan tempoh sah simkad ini bertambang panjang. Tempoh sah akan dilanjutkan dengan kiraan RM1 sama dengan 1 hari.

Tempoh sah aktif 28 bulan tu bukan statik ye.

Bila user topup kredit, tempoh tu akan bertambah.

Makin panjang.

Contoh;

Tempoh sah aktif yang Onexox bagi adalah 2 tahun 4 bulan, then user topup RM30. Tempoh baru untuk validity user bertambah menjadi 2 tahun 5 bulan.

Ya!

Validity bertambah 30 hari. Dikira RM1 sehari.

Sebab tu tak perlu hairan kalau rata-rata tempoh validity user Onexox prepaid ada yang cecah sehingga tahun 2030. Malah ada yang saya pernah tengok sampai tahun 2089.

Nombor Onexox Prepaid Kena Barred.

Tak dinafikan,

Ada user Onexox Prepaid yang jenis langsung tak topup sim sepanjang 2 tahun 4 bulan. Apa jadi kalau tak topup langsung dalam tempoh tu?

Sim kena barred.

Dah tak topup kenapa? So kena barred la. hehe.

Takpe-takpe. Masih boleh diselamatkan.

Cara Panjangkan Tempoh Sah Aktif Prepaid Onexox

Caranya topup balik sim onexox tu untuk tukar status dari Barred kepada Active balik.

Lepas tu?

Tadi dah topup RM30 kan? Sekarang beli validity untuk 12 bulan.

Ya!

Onexox boleh beli validity!

Boleh beli Validity untuk;

  • 6 Bulan – Harga RM18
  • 12 Bulan – Harga RM25

Cara Beli Validity Onexox

  • 6 bulan – SMS Valid 6 ke 22111
  • 12 Bulan – SMS Valid 12 ke 22111

Kadang-kadang, kalau tak berjaya guna teknik SMS ni, boleh guna apps Black. Kat apps ni, pengguna Onexox Prepaid boleh beli validity hanya dengan tekan butang beli 12 bulan atau 6 bulan.

Boleh baca cara beli validity guna Aplikasi Black pada artikel saya yang terbaru.

Setel.

Beli 1 Topup untuk 4 Nombor Onexox lain sekaligus

Tapi pelik la, camnalah dalam tempoh 2 tahun 4 bulan tu langsung tak topup. Saya ni pakai 4 nombor Onexox Prepaid. Setiap bulan beli 1 topup je, tapi boleh ‘digunakan’ untuk kesemua sim.

Eh, ni bukan manipulate sistem tau.

Sebab dalam Onexox, user boleh transfer kredit, dan sim yang terima kredit dari nombor onexox lain juga akan terima validity.

Dapat?

Kalau masih tak faham boleh Whatsapp saya O1113346188.

Berminat nak beli sim Onexox Prepaid atau Onexox Black? Juga boleh hubungi saya.