Plan Onexox B59DB Sangat Berbaloi. Tapi.. (Wajib baca)

Selepas Onexox lancarkan plan Data Buffet B89DB sekarang muncul plan data buffet yang baru. Iaitu Onexox B59DB. Plan Onexox B59DB ni berani saya katakan ianya berbaloi dan boleh tapau semua plan Onexox Black yang lain. Tapi sekiranya anda bukanlah pengguna tegar data internet, lupakan.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Sejarah Plan B59

Dalam keluarga Onexox Black, plan B59 antara plan yang popular bagi kalangan user Onexox Black. Dan plan B59 ni dah beberapa kali berevolusi. Semestinya menjadi lebih baik dari pesaing-pesaing yang ada.

Dari nama B59, kemudian tukar nama ke B39Plus20, kemudian ada B59e (eSIM), dan terbaru muncul B59DB.

keluarga B59

Kalau dulu plan B59, dapat 12gb Data, 100 minit panggilan dan 100 sms yang akan dibawa kedepan (carry forward) setiap bulan, plan ini berevolusi (tukar nama) menjadi plan B39plus20 yang mendapat data 12gb, Unlimited Call dan 100 sms. (Panggilan 100 minit setiap bulan ditukar menjadi unlimited)

Munculnya plan B59DB

Kemudian, muncul pulak plan B59DB. Cirinya lebih kurang sama dengan B59 (B39Plus20) dan diupgrade, ditambah dengan ciri data buffet sama macam B89DB.

Data Buffet adalah sistem kemasukan data mengikut blok.

Plan B59DB dengan 44GB Data, Unlimited Call dan 100 sms

plan onexox black b59DB pecahan data
Plan Onexox Black B59DB

B59DB akan dapat data sebanyak 44GB secara total setiap bulan, unlimited call dan 100 sms. Data 44GB akan diberi secara buffet iaitu 12GB + 8GB + 8GB + 8GB + 8GB. Dengan maksud lain, ianya diberi secara berperingkat. Anda akan diberikan 12GB yang pertama dan selepas 12GB itu habis, anda akan diberikan 8GB, dan selepas 8GB tu habis (berbaki 1GB), anda akan diberikan lagi 8GB sehingga cukup 44GB dalam satu bulan.

Minit dan SMS tidak berubah. Sama dengan plan siri B59 yang lain iaitu panggilan tanpa had dan 100 sms.

Data B59DB boleh Carry Forward?

Konsep carry forward B59DB berbeza dengan plan Onexox Black yang lain. Untuk plan B59DB ini, baki data pada blok terakhir yang digunakan sahaja yang akan dibawa ke bulan hadapan.

Sebagai contoh, anda telah menggunakan 12GB, kemudian anda akan terima 8GB untuk blok seterusnya. 8GB ni pula anda baru gunakan 3GB, kemudian cycle (1 bulan) berakhir, maka 5GB yang berbaki ini sahaja yang akan dicarry forward.

Macamana dengan data 8GB dari blok-blok lain yang belum digunakan? Ianya tak akan di carry forward. Sebab apa? Inilah dia konsep data buffet. Anda hanya guna apa yang anda sempat gunakan.

Hanya baki data pada blok terakhir yang akan dibawa ke bulan hadapan

Minit panggilan juga tidak akan dicarry forward memandangkan plan B59DB ini adalah unlimited call. Manakala SMS pula akan dicarry forward 100%.

Boleh transfer Data B59DB ke User Onexox lain?

Data 44GB dari plan B59DB ni tak boleh ditransfer ke pengguna Onexox lain. Tetapi anda boleh hotspot/tether data B59DB ke mana-mana device tanpa limit. Nak hotspot sampai habis 44GB tu pun takde masalah.

boleh tether atau hotspot 100%

Begitu juga dengan minit panggilan dan SMS.

Perlu ke anda langgan B59DB?

Sekiranya anda seorang yang banyak menggunakan data (purata 40-44GB sebulan), sama ada hotspot kepada device user lain atau guna sendiri, eloklah bertukar ke B59DB.

Sekiranya anda memang pengguna plan B59 (B39Plus20), tapi anda jenis tak guna data sangat, anda boleh bertukar ke plan B59DB atau kekal pada plan B59 sedia ada. Kenapa saya katakan camtu?

Kekal atau Tukar?

Sebagai contoh, saya merupakan pengguna plan black yang selalu transfer atau pindahkan data ke user Onexox lain. Biasanya saya akan transfer data ke Ibu atau Bapa saya sekiranya data internet mereka berkurangan. (Saya pantau akaun mereka guna Apps Black). Saya bukan pengguna data yang tegar, jadi data berlebihan saya akan transfer ke ibu bapa saya.

Sekiranya saya bertukar ke plan B59DB, saya dah tak boleh nak sharing data saya kepada user Onexox lain. Saya tak dapat nak transfer data ke ibu bapa saya lagi. Sebab plan B59DB tak membenarkan fungsi transfer data ini. Data banyak 44GB, tapi tak boleh nak sharing / transfer pulak.

Jadi saya akan kekal pada plan B59 (B39Plus20) buat masa ini. Sekiranya saya tinggal dengan ibu bapa saya, barulah saya akan tukar ke plan B59DB ni, malah mungkin saya bertukar ke B89DB terus dan hotspot semua data kepada semua seisi keluarga.

Lebih berbaloi dari Happy Hour Onexox

Happy Hour Onexox biasanya akan dijual dengan harga RM50 untuk 12-13GB. Sekiranya saya beli 2 kali happy hour bernilai RM50 ini, paling banyak saya akan dapat adalah 26GB.

RM100 (RM50+RM50) untuk dapat 26GB adalah sangat tidak berbaloi. Dengan RM100 tu saya sepatutnya boleh dapat 100GB data dengan plan B89DB (Rm94.34).

Tapi saya bukanlah pengguna tegar sampai 100GB untuk saya upgrade plan Onexox Black saya menjadi B89DB. B59DB adalah yang paling sesuai dengan bayaran RM59 sebulan. RM62.54 termasuk SST.

B59DB vs B89DB

Battle B59DB dan B89DB ni macam battle plan GX30 vs GX50 Umobile la lebih kurang.

Bezanya plan Onexox tiada capped speed untuk semua plan Black, termasuk prepaid. Semuanya dapat hi speed full capacity mengikut kekuatan rangkaian tempat masing-masing.

Mungkin ada yang berpendapat alang-alang ambik plan data buffet, baik terus langgan B89DB je. Dapat 100GB dan unlimited call setiap bulan berbanding B59DB yang hanya dapat 44GB dan unlimited call.

Jawapannya YA dan TIDAK.

Ya, B89DB dapat 100GB, tapi adakah anda betul-betul perlukan 100GB setiap bulan? Yang mana B89DB dan B59DB berbeza harga sebanyak RM31.80.

Tidak, sekiranya penggunaan data bulanan anda purata 30-44GB sahaja sebulan.

Ini beza harga bayaran atau komitmen untuk plan B59DB dan B89DB.

B89DB RM94.34 – B59DB RM62.34. Perbezaan RM31.80

Anda perlu lebih komitmen setiap bulan sebanyak RM31.80 untuk sesuatu yang anda tak gunakan sekiranya anda menggunakan plan B89DB.

Tapi sekiranya penggunaan data bulanan anda purata 100GB sebulan, ianya sangat berbaloi berbanding plan telco lain di Malaysia.

Onexox Black Tiada Kontrak

Berita baiknya, sekiranya saya nak upgrade plan Onexox Black saya ke B59DB untuk musim cuti ni (banyak guna data), saya boleh kembali ke plan asal saya pada bulan hadapannya. Semua plan Onexox Black tiada kontrak.

Sebagai pengguna plan black sedia ada, saya hanya perlu bayar RM59 sebagai yuran plan yang baru (B59DB) dan bayaran plan asal sebagai cagaran. Bayaran cagaran tu akan dimasukkan dalam bil sebagai lebihan bayaran. Lebihan bayaran ini akan ditolak untuk bil bulan hadapannya.

Bayaran Untuk Plan Onexox Black B59DB

Lain plan, lain pengiraannya. Tapi secara kasarnya;

Yuran Plan B59DB + Bayaran Plan terkini + Baki tertunggak (sekiranya ada)

Sekiranya anda nak bertukar ke plan Onexox B59DB, boleh hubungi saya di Whatsapp O1113346188. Saya akan tolong kirakan berapa bayaran yang perlu dibayar untuk bertukar ke plan Onexox B59DB, atau mana-mana plan Black yang lain.