Perlu ke Pergi ke AKPK?

Perlu ke AKPK? Pada saya, untuk zaman sekarang ni TAK PERLU, sebab masih ada jalan untuk selamatkan diri. Tapi untuk yang dah buntu, boleh teruskan bacaan. Kebanyakan orang yang sudah terjerat dalam kancah hutang ni masih ragu-ragu untuk ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perlu ke Pergi ke AKPK?

Aku pun kurang pasti kenapa mereka ni masih lagi takut atau semacam fobia dengan AKPK. Ironinya diaorang lebih takut dengan AKPK berbanding hutang yang menghantui mereka setiap masa, seawal terjaga dari lena silap-silap masa tidur pun termimpi-mimpi hutang. Betul? Itu yang memnyebabkan timbulnya persoalan dalam diri Perlu ke aku ke AKPK?

Macam yang aku pernah kongsi kat artikel sebelum ni, sebenarnya kita semua masih ada harapan lagi sebelum kita pergi ke AKPK. Mungkin panduan yang saya senaraikan ni boleh bantu korang untuk keluar dari masalah hutang ni tanpa perlu ke AKPK.

  • Langsai Hutang oleh Zaidi Ismail, (Saya memang cukup kagum cara beliau handle kes hutang yang hampir mustahil pun dia boleh setelkan)
  • Lunas Hutang oleh Abang Abu, (Beliau tunjukkan cara setel hutang berjumlah RM285,000)
  • Bebas Hutang oleh HM tuan.
  • Buku-buku nasihat kewangan yang banyak kat kedai-kedai buku.
Alasan untuk ke AKPK
Kenapa anda perlu ke AKPK jika sudah keberhutangan tinggi dan teruk

6 Sebab Ramai Orang Tak Nak Pergi Ke AKPK

1. Takut tak boleh buat loan

Yang ni paling popular dan paling kelakar. Ok camni, tujuan sebenar AKPK adalah untuk meringankan beban dan melangsaikan hutang. Kalau mindset kita masih nak buat hutang, maka memang tak layak sebenarnya kita ke AKPK.Mindset orang yang nak ke AKPK adalah semata-mata nak dapat jalan untuk setel semua bebanan hutang dan komitmen yang tinggi setiap bulan yang mencengkam diri.

Takde lagi istilah dah tak boleh buat hutang atau buat loan kalau ke AKPK.

Tapi memang betul pun kalau korang pergi ke AKPK, nama korang akan dibekukan dari diapprove sebarang loan dari institusi-instusi koperasi dan perbankan kat Malaysia ni.Tapi kalau Ah-Long, aku tak pasti dan memang la cari nahas kalau berhutang dengan ahlong. Dah la komitment tinggi, pastu berhutang lagi dengan Ahlong. #omaigod

Selepas nama kita dah clear dari hutang, boleh je buat loan lagi. Jangan panik. Sememangnya kalau kita dalam keadaan berhutang, pergi ke AKPK atau tak pergi ke AKPK tetap sama. TAK BOLEH LULUS HUTANG SEBAB KOMITMEN BULANAN YANG DAH SEDIA TINGGI. Jadi? Sama je kan?

2. Tak tau camna Proses untuk Daftar ke AKPK

Memang tak dinafikan tak semua orang yang terjerat dalam hutang ni tau tentang kewujudan AKPK. Kalau tau pun sama ada masih lagi takut atas sebab perkara yang aku sebut kat atas ni (Takut tak boleh buat loan), atau masih rasa dirinya boleh lagi menghadapi situasi ni dengan harapan ada magik berlaku.

Korang boleh rujuk balik komen-komen kat artikel aku sebelum ni (Pengalaman aku serah diri ke AKPK). Banyak pengalaman positif diaorang selepas join program di AKPK. (Dah macam review produk pulak)

Untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan AKPK, boleh terus hubungi nombor ni 03-26167766. Tanya la apa-apa pun (berkaitan AKPK). Dari proses mendaftar atau khidmat nasihat kaunseling.

3. Takut kena dikenakan Caj bayaran oleh AKPK.

Jeng jeng jeng! Untuk pengetahuan semua, AKPK langsung tak kenakan bayaran sesen pun untuk perkhidmatan ni.

AKPK hanya bantu korang untuk kawtim dengan bank (Dengan Ahlong pun dia boleh kawtim!) untuk setel hutang-hutang yang kita tak mampu nak bayar sebab komitmen yang terlalu tinggi.

Kalau ada pihak yang mengaku ejen AKPK kata nak tolong uruskan semua permohonan untuk masuk program AKPK pastu nak caj 10% atau berapa-berapa percent pun lah, elok terus laporkan kepada AKPK kat nombor atas tu atau laporkan ke SPRM. AKPK adalah PERCUMA.

4. Malu

Simple je kan? Malu. Oh! kemon. Masa enjoy, tak beringat nak malu. Masa sain borang personal loan rasa best gile kot harap loan lulus time tu gak.Ini bukan masanya untuk malu.

Kalau menurut perbualan aku bersama sorang pegawai AKPK ni, setiap tahun jumlah orang yang ke AKPK meningkat 30-50%. Dan kebanyakannya adalah anak muda yang baru lagi masuk alam pekerjaan.

Takde la apa nak dimalukan, bukan ada cop kat dahi pun tulis ko dah pernah ke AKPK. Pokok pangkalnya adalah ko mengakui yang ko dah silap sebab tak manage kewangan betul-betul. Dan sekarang masanya untuk mengubah masa depan.Masa lampau tak boleh ubah dah kecuali ko boleh manipulate dimensi masa yang sememangnya boleh kedepan dan kebelakang (paradox effect) hahaha!

5. Sibuk Dengan Urusan Harian.

Ada jugak yang sibuk dengan urusan harian dijadikan alasan tak ke AKPK. Ye, aku tau sudah semestinya masalah hutang tu tak sebesar urusan harian tu. Jadi good luck.

6. Percaya Cakap Debt Collector

Untuk pengetahuan korang, debt collector seboleh-bolehnya akan cakap tak perlu ke AKPK atau hutang korang tak boleh disetelkan oleh AKPK. Kalau korang cakap nak pergi jugak ke AKPK peratusan besar untuk korang dimaki oleh debt collector adalah sangat tinggi.

So tak perlu layan dect collector terus fokus ke AKPK.

Ada sesetengah orang diugut oleh debt collector kata nak hantar surat saman la, nak datang ke tempat kerja hantar surah mahkamah la. Nasihat aku, Iyer kan sahaja.

Contoh perbualan Debt Collector dengan Penghutang yang bikin gempak.

  • Debt collector : Saya nak hantar surat saman/Mahkamah ke tempat kerja awak/ rumah bapak awak.
  • Anda : Baiklah.

Thats it. Jangan ko tambah plak dengan “Datang la kalau berani” ahahaha memang cari nahas. Takyah layan lebih-lebih ok. Sebab apa diaorang seboleh-boleh nak tekan korang yang dah sedia tertekan dan terbeban?

Sebabnya kalau korang ke AKPK nanti diaorang takde percent la. Sebab tu kebanyakannya marah.

Nasihat

Sebenarnya, apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan dari pengalaman orang lain.

Dan semua alasan-alasan kat atas ni memang apa yang aku rasakan sebelum aku serah diri ke AKPK.Sebenarnya statistik yang pergi daftar diri ke AKPK makin meningkat setiap tahun.

Korang boleh cek kat laman web rasmi AKPK.

Perkara pertama yang menjadi titik tolak untuk kita selesaikan masalah hutang ni adalah mengakui kesilapan diri. Jangan marah diri sendiri.Just mengaku yang selama ni memang diri sendiri tak manage duit betul-betul (atau apa-apalah bersesuaian dengan situasi korang).

Perkara kedua, tetapkan pada mindset bahawa kat dunia ni terlalu banyak peluang untuk kita tambahkan pendapatan.

Dua mindset yang digabungkan boleh menjadi powerfull iaitu, cut cost apa yang tak perlu dan tambah pendapatan diri. Kembangkan potensi diri.

Potong beberapa komitmen bulanan untuk melegakan fikiran.

Sekian.