Cara backup dan Restore chat Whatsapp Lama


Ramai yang install GB Whatsapp masih nakkan chat dari Whatsapp official. Jadi camna cara backup dan restore chat Whatsapp lama ke GB Whatsapp?

Tapi,

Teknik ni untuk yang nak guna GB Whatsapp sahaja sebagai satu-satunya Whatsapp dalam phone korang.

Kalau korang ada nombor lain (nombor ke 2) better guna nombor tu je untuk didaftarkan ke GB Whatsapp.

Cara Backup dan Restore Chat Whatsapp.

Whatsapp lama / official

  1. Menu
  2. Setting
  3. Chat
  4. Chat backup
  5. Tekan butang BACK UP (pastikan bahagian email backup telah ditentukan emailnya)

Cara Restore Chat Whatsapp di Gb Whatsapp

Gb Whatsapp atau Whatsapp di phone lain

  1. Masukkan nombor telefon yang nak didaftar ke GB Whatsapp.
  2. Tekan next dan tunggu SMS code dari Whatsapp untuk verify (sahkan).
  3. Bila SMS dah sampai, masukkan code tu untuk verify.
  4. Selesai je verify, tekan butang Restore.
  5. Pilih email dimana korang backup chat tadi.
  6. Tunggu dan selesai.

Selesai. Pastikan ikut step by step.

Guna 1 nombor untuk 2 Whatsapp

Pemahaman asas tentang Whatsapp masih kurang meluas.

Itu situasi yang saya nampak.

Orang ramai sepatutnya jelas beza Whatsapp dan facebook, instagram dan lain media sosial.

Whatsapp – aplikasi chat.

Facebook – media sosial.

Ada yang tanya soalan

“Boleh ke saya gunakan nombor yang sama kat GB Whatsapp?”

Guys, 1 nombor adalah unik dan hanya untuk 1 Whatsapp.

Kalau 1 nombor boleh digunakan untuk 2 atau lebih Whatsapp dalam satu-satu masa, alamatnya semua orang tak nak la pakai Whatsapp. Takde privasi!

Kenapa?

Ok let say saya guna nombor Whatsapp korang untuk daftar Whatsapp dalam phone saya.

Bila ada girfriend atau boyfriend korang chat dengan korang, saya pun boleh baca. Malah boleh reply. Masuk akal ke camtu?

Dah tentu tak kan?

Nak ke?

Dah tentu la tak nak.

Whatsapp is Whatsapp. Benda ni adalah aplikasi chat. Bukan aplikasi media sosial yang boleh login kat 2-3 phone sekaligus.

Whatsapp unik sebab berfungsi dengan nombor telefon.

Nombor telefon umpama enjin untuk sesebuah kereta.

Kalau enjin tu dipindahkan ke kereta lain, kereta lama takde enjin lah kan?

Jangan pulak tanya kenapa kereta lama tak boleh hidup bila enjinnya sudah dipindahkan.

Kelebihan GB Whatsapp membolehkan ada 2 Whatsapp dalam 1 phone. Bila dah ada 2 Whatsapp, maka 2 nombor la diperlukan.

Soalan “Boleh tak guna nombor lama untuk GB Whatsapp” tak seharusnya muncul. Soalan ni menunjukkan yang korang tak faham konsep Whatsapp.

Mana mungkin 2 kereta berkongsi 1 enjin?

Paham?

Kalau tak paham, ulang bacaan.

Jadilah rakyat yang rajin membaca. 🤓

*Lumrah la bagi yang tak paham untuk bertanya. Tapi pastikan selepas dah baca semua.