Amboi, Onexox ada ke basic data? Kalau ada basic data Onexox tu laju ke? Onexox dah melancarkan data asas Onexox iaitu XTRA plans. Boleh baca cara menggunakan dan melanggan data basic Onexox di artikel Basic Data Plan Onexox Prepaid – XTRA Plans.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Ramai pulak user smartphone berminat dengan data basic. Maka mereka mencadangkan data basic diwujudkan dalam plan data Onexox.
InsyaAllah satu hari nanti, akan ada basic data dalam plan internet Onexox. Tapi sebelum tu…
Isi Kandungan
Data Basic adalah data perlahan
Kenapa nak basic data?
Bukan ke speed dia sangat slow untuk smartphone yang serba canggih sekarang ni?
Teknologi dah masuk ke 5G, eh tapi masih ada yang nak berundur kebelakang. Nak guna data kelajuan GPRS.
Saya faham, ada sesetengah orang nakkan basic data ni untuk run Whatsapp, Telegram atau GPS signal.
Alasan Perlukan Basic Data
Saya yakin alasannya adalah untuk berjimat.
Dan alasan paling kuat adalah, kalau ada basic data, internet masih boleh digunakan walaupun data berkelajuan tinggi dah habis. Macam telco-telco lain tu lah.
Kononnya..
Jadi apa pandangan anda berkaitan isu ni? Tuliskan pendapat anda kat ruangan komen kat bawah artikel ni.
Pilih telco ikut kesesuaian penggunaan
Tak salah pun nak berjimat dan tak salah pilIh plan telco mana yang sesuai untuk penggunaan diri sendiri. Saya sendiri sebagai dealer Onexox, takdelah terlalu taksub nak paksa orang guna Onexox yang takde basic data (buat masa ni).
Saya cuma bagitahu kelebihan dan value yang ada pada telco Onexox (Black atau Prepaid). Selebihnya pengguna sendiri yang akan pilih berdasarkan kelebihan yang ada dan keperluan penggunaan masing-masing.
Semua Data Onexox laju dan Premium
Kat Onexox ni (setakat ni) memang takde data basic. Semua data Onexox laju. Dan takde free data basic macam telco lain tu.
Update : Onexox dah ada data basic
Ada sesetengah telco menghadkan bandwith basic data pada 500mb sahaja sebulan. Tapi ramai anggap data basic tu unlimited. Padahal dah tulis badic data tu 500mb sahaja. Belum sempat 500mb tu dihabiskan, kebanyakan user dah topup untuk beli atau terima data baru yang hi-speed.
Pastu kata data basic tu unlimited.
Tu bukan unlimited bang. Tu ilusi je kata unlimited basic data. Baca balik terma dan syarat sebelum beli simkad tu.
Tukar Cara Berfikir
Tukar mindset untuk guna Hi speed data sahaja.
Tapi saya faham, penggunaan data setiap orang berbeza. Dan saya akui, data Onexox cepat habis.
Sebab apa? Sebab tak control speed data internet tu.
Onexox punya data internet takde sekatan kelajuan (tiada capped speed), selagi sistem boleh tarik sampai 100mbps sekalipun, dia tetap akan load data dengan kelajuan 100mbps.
Jadi kalau dah laju camtu, memang la cepat habis. Ini yang berlaku;
- Stream Youtube tanpa buffering (ping server pantas)
- Background update tanpa disedari.
- Heavy user.
Jadi Pengguna Smartphone Kena Bijak
Jadi user smartphone, kita pun kena smart.
Data counter dalam phone takkan menipu. Install lah data counter dan pantau apps mana dalam phone tu yang suka tarik data.
Kalau data yang digunakan 10gb, maka 10gb lah yang tertera pada counter data usage. Takkanlah kiraan kat kaunter tu menipu kan?
Data Onexox Cepat habis kuota?
Bila masa pulak Onexox tipu data ni?
Ok cara untuk pastikan penggunaan data tu terkawal, anda boleh je convert speed dari 4G ke 3G. Ini cara yang saya buatlah.
Kalau nak betul2 guna basic data, convert network dari 4/3G ke 2G.
Tadaa…..
Dapatlah data basic berbayar anda.
Agak-agak nak guna data laju, anda hanya perlu tukar setting Mobile Networks tadi ke 4G balik.
Dah dapat jimat. Tapi kena buat kerja sikit. Tukar kat setting dari 4G ke 2G.
Untuk anda yang masih berkira-kira untuk bertukar ke Onexox, boleh Whatsapp saya 0106009966. Saya akan pastikan plan telefon (data&panggilan) anda adalah Plan Onexox yang sesuai untuk anda.
Pm 013-7465847
PM apa tu ye?