Bayar Bil Onexox Black Guna XOX Fast

Sebelum ni saya ada buat post berkaitan nak bayar bil black paling senang guna PIN topup Onexox. Kalini saya nak tunjukkan cara bayar bil Onexox guna XOX Fast.

Ini lebih senang!

Nak topup / bayar bil dengan jumlah tepat

Memandangkan ramai yang nak topup atau bayar bil ngam ngam jumlah dalam bil statement, contohnya jumlah bil bulanan adalah RM16.70.

Jadi camna nak beli topup Onexox untuk bayar bil yang berjumlah RM16.70 tu ngam-ngam?

Sebenarnya boleh je beli topup Onexox RM10x2. Kira topup atau bayar bil lebih RM3.30 la.

Itu lebih bagus.

Bayar bil dan topup Onexox Black guna sistem XOX Fast

Cuma bagi mereka yang nak bayar bil ngam ngam ikut jumlah bil tu iaitu RM16.70, korang boleh guna sistem pembayaran XOX Fast.

Masuk je kat link XOX Fast tu, atau korang google la “XOX Fast” lepastu korang akan dibawak masuk ke paparan Pembayaran/Topup yang simple dan mudah difahami.

cara senang topup atau bayar bil guna XOX Fast
Paparan XOX Fast

Ikut je;

STEP 1: Masukkan nombor telefon Onexox yang nak ditopup atau bayar bil. Contoh O192O61966

STEP 2: Masukkan email. Contoh [email protected]

STEP 3: Pilih jumlah yang korang nak topup. Tengok kat situ ada beberapa pilihan. RM10, RM30, RM50 dan Other Amount. Haaaa pilih la yang other amount tu.

Lepas tu korang akan di bawak ke paparan untuk bayaran. Boleh bayar guna mana-mana Online Banking.

Simple. Setel.

Selain tu, anda boleh gunakan Apps Black untuk topup Prepaid dan bayar bil Black anda. Kalau belum install apps Black tu, boleh install sekarang dan dapatkan 512MB data percuma.

Tapi kalau anda nak saya (dealer Onexox) yang topupkan pun boleh. Whatsapp saya O1O6OO9966.