Free Basic Data Onexox atau Tempoh Sah Panjang?

Tak dinafikan, dalam ramai-ramai user yang gunakan Onexox, ada yang port out ke telco lain sebab Onexox takde free basic data.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Biasanya kalau user nak port out atau bagitahu dah tak guna telco Onexox, saya akan tanya kenapa?

Pertanyaan tu hanya sebagai survey sahaja, bukan untuk provok tau.

Onexox Takde Basic Data

Dan salah satu sebab yang dinyatakan bekas user Onexox tu adalah “Onexox takde basic data”

Lama-lama dengar alasan ni, saya pun jadi terkesan. Jauh dalam benak hati tertanya, kenapa lah Onexox tak nak tawarkan basic data macam telco lain?

Kata nak berdaya saing kan?

Nak Berdaya Saing

Tapi sebenarnya saya yang lupa satu point penting dan USP utama Onexox yang menjadikan satu-satunya telco yang bantu orang untuk kurangkan komitmen bulanan.

Tempoh Sah Panjang.

Ye tuan-tuan. Tempoh Sah Panjang 2 tahun 4 bulan bagi Onexox Prepaid satu-satunya features yang banyak membantu ramai pengguna telefon untuk berjimat.

Niat saya terus balik on track lepas CEO Onexox cakap;

“Boleh bagi basic data macam telco lain, tapi validity pun macam telco lain jugak lah, lepastu speed data pun capped jugak lah macam telco lain”

Lebih kurang camtulah kata-kata Ceo Onexox

Gulp!

Unique Selling Point Onexox Prepaid

Dah kalau USP yang satu ni (tempoh sah panjang 2 tahun 4 bulan) dihapuskan, dah tak berapa nampak la kelebihan Onexox (Prepaid).

Jadi pada yang suka sangat dengan Basic data tu, ingat boleh ke tak topup kredit bulan depan?

Setiap bulan kena (wajib) topup tau.

FREE PULASI

Mungkin ada yang cakap, “takpelah kena topup pun, yang penting basic data tu free je”

Mana datang FREE nye kalau dah wajib topup tu. Tu bukan Free, secara halusnya user dipaksa bayar setiap bulan untuk basic data 64kbps – 2mbps dan ianya dikatakan FREE!

Tahniah. Selamat menabung.

Kepada user telco lain yang nak menikmati tempoh sah 2 tahun 4 bulan boleh la bertukar ke Onexox Prepaid dari telco sedia ada anda sekarang.

Tak kisahlah anda guna telco Digi, Celcom, Maxis, Umobile, TuneTalk, Merchantrade, Frendi, semua boleh.

Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk bantuan berkaitan Onexox.

Selamat menabung kawan-kawan