Camni Cara Si Dia Stalk Whatsapp Anda, Jaga-jaga ye

Ingat lagi tak artikel saya sebelum ni pasal Whatsapp Anda Mungkin Dibaca Orang Lain? Kali ini saya nak sambung isu yang sama tapi taktik yang berbeza. Camna cara si dia stalk Whatsapp anda?

Kalau kat artikel yang sebelum ini saya terangkan orang lain boleh baca Whatsapp korang disebabkan korang sendiri lupa untuk log out dari Whatsapp web, tapi untuk artikel kali ni saya nak cerita camna si dia boleh stalk whatsapp korang tanpa korang sedar.

si dia stalk whatsapp orang
Sumber gambar dari https://www.puretalkusa.com

Camni Cara Si Dia Stalk Whatsapp Anda, Jaga-jaga ye

Taktik ni aku dapat dari seorang pembaca blog ini yang bertanyakan sesuatu tentang setting Whatsapp, yang tak pasal-pasal aku dapat idea dari dia.

Modus operandi dia sama je macam artikel sebelum ni iaitu guna Whatsapp Web, bukan pada laptop atau PC tapi guna handphone!Hah! Dah saspen kan? Relax, mungkin ramai yang panik ni hahaha! Camni cara ianya dilakukan:

  1. Open apps Browser kat smartphone tu (Chrome/Firefox/Dll).
  2. Masuk ke web.whatsapp.com (kena request Desktop mode)
  3. Ambil handphone si dia,
  4. Bukak Whatsapp kat handphone si dia
  5. Scan QR Code yang terpapar pada handphone korang guna whatsapp di handphone si dia.
  6. Taraaa, handphone korang terus ada akses untuk baca segala conversation si dia (dalam browser).

Sistem Keselamatan Whatsapp

Whatsapp dah perkenalkan sistem keselamatan untuk verify code untuk conversation. Fungsi ni adalah untuk menghapuskan chat beberapa saat (mengikut masa yang kita set) penerima membaca mesej kita di Whatsapp. Fungsi ini sebenarnya dah dipelopori oleh Telegram lebih awal.

Scan verfication code Whatsapp
Ciri keselamatan Whatsapp dipertingkat dari sehari ke sehari

Baca juga : Cara install 4 Whatsapp (lebih dari 1 Whatsapp) dalam 1 phone.

Sebab tu lah aku sarankan untuk semua pengguna Whatsapp untuk selalu log out from all computers untuk memastikan hubungan antara Whatsapp kita dengan device lain terputus.

log out whatsapp di pejabat
Pastikan anda selalu log out sesi whatsapp web anda

Install Lebih dari 1 Whatsapp

Tapi teknik ni tak sama dengan install 2 Whatsapp dalam 1 phone. Sebab kala install 2 Whatsapp ni ianya betul2 apps kedua yang mana korang memang kena verify nombor telefon guna pin macam biasa.

Siapa yang berminat boleh terus  baca artikel aku yang bertajuk Install 4 Whatsapp dalam 1 telefon. Aku bagi percuma je.  Bila dah ada 2 nombor ni letih jugak la kan nak topup dua2 nombor setiap bulan, jadi bertukarlah ke onexox sebab tempoh aktif percuma yang diberi adalah 2 tahun 4 bulan.

Aku ada terangkan camna korang boleh ada banyak nombor tanpa perlu topup nombor-nombor yang lain. Makna kata hanya perlu topup satu nombor sahaja.

Cara Lain Pasangan Anda Stalk Whatsapp Anda.

Selain dari cara yang agak teknikal yang aku terangkan kat atas ni, ada cara lain si dia stalk Whatsapp anda. Iaitu bila anda leka dan tak pasang password kat phone anda. Dia akan senyap-senyap bukak Whatsapp anda dan baca keseluruhan isi dalam tu. heheh! itu je.

Iklan