Cara Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u

Sebelum kita nak gunakan fungsi transfer duit Maybank2u ke akaun Tabung Haji secara online, kita perlulah daftar akaun tabung haji di Maybank2u. Cara nak daftar bukanlah di Maybank2u.com.my tetapi korang perlu pergi ke mesin ATM Maybank untuk mendaftarkan akaun Tabung Haji korang itu sebelum dapat menggunakannya.

Sebenarnya akaun TH boleh dilinkkan ke bank Bank Islam, Bank Rakyat, dan CIMB jugak. Bukan Maybank je.

Dan caranya memang sangat mudah. Boleh rujuk kat laman web TH untuk cara aktifkan Kad ATM bank anda ke akaun TH.

pindahkan duit dari tabung haji ke maybank
Cara daftar akaun Tabung Haji ke Maybank2u

Cara daftar akaun tabung haji

Jadi aku terus la ke topik utama kita iaitu cara daftar akaun Tabung Haji ke Dalam Maybank2u demi menjimatkan masa korang. Pastikan korang bawak buku Tabung Haji untuk pendaftaran ini.

1. Pertama sekali masukkan kad ATM Maybank ke dalam Mesin ATM Maybank dan masukkan nombor pin Kad ATM Maybank korang tu.

Baca juga : Cara semak baki tabung haji secara online.

2. Pergi ke menu TABUNG HAJI
prosedur daftar akaun tabung haji di Maybank
2. Pergi ke menu TABUNG HAJI (TH)
cara daftar tabung haji secara online ke maybank
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan, disusuli dengan nombor siri Buku Tabung Haji.

5. Masukkan nombor kad pengenalan.

Apa yang menariknya, lepas je korang daftar akaun Tabung Haji di mesin ATM Maybank korang boleh terus akses akaun Tabung Haji korang di Maybank2u.

Baca artikel tentang penggunaan fungsi pindah wang dari Maybank2u ke Tabung Haji untuk mengetahui lebih lanjut.

Boleh Transfer dari Akaun Maybank2u ke akaun Tabung Haji Lain

Selesai je kita daftar akaun Tabung Haji kita ke Akaun Maybank2u kita sendiri, kita sudah boleh transfer duit ke akaun Tabung Haji orang lain.

Masa nak transfer tu pilih menu Maybank to 3rd Party TH Account Transfer untuk transfer dari akaun Maybank kita ke akaun Tabung haji selain dari akaun kita. Menu ni boleh didapati di Transfer > Tabung Haji > Maybank to 3rd Party TH Account Transfer.

Baca artikel saya bertajuk Transfer wang dari Maybank2u ke Tabung Haji untuk keterangan lanjut.