Langgan Data Internet ONEXOX Season Pass [Lengkap]

Posted by

Data Onexox yang dalam SeasonPass perlu diaktifkan untuk boleh digunakan. Kalau tak diaktifkan maka data tu akan tersimpan je dalam SeasonPass tanpa expired.

Dalam artikel ni saya nak tunjukkan cara langgan data internet Onexox Seasonpass.

langgan data seasonpass onexox

Sekarang ni pelanggan Onexox dah tak perlu langgan data yang pakej biasa tu sebab Onexox dah perkenal Season Pass (Data dan panggilan).

Jadi saya nak tunjukkan cara langgan Data Internet Onexox Season Pass. Khas untuk pengguna Onexox Prepaid.

(Tonton video ini untuk panduan yang ringkas dan lengkap).

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Langgan Data Onexox Season Pass

Cara Langgan dan Aktifkan Data Onexox Prepaid

Sebelum nak langgan data, kena pastikan dalam akaun Seasonpass tu ada data.

Kalau takde, kenalah beli.

Beli kat mana? Tunggu Happy Hour adalah yang terbaik.

Sebab data dijual murah.

(Bukan data je, minit panggilan dan SMS dicombokan sekali.

Ok, saya andaikan dalam akaun Season Pass Onexox Prepaid anda ada 10GB stock data.

Contoh la saya nak aktifkan 1GB untuk 30 hari dari SeasonPass, saya perlu;

  1. dail *150#
  2. Pilih Menu 3 (Internet)
  3. Pilih Menu 2 (Langgan dari Season Pass/ Subscribe from Season Pass)
  4. Pilih data 1GB Untuk 30 hari

Sebanyak 1Gb akan ditolak dari data yang ada dalam akaun Season Pass saya yang 10GB tadi.

Kini 1GB telah aktif untuk 30 hari.

1GB ni saya perlu habiskan dalam tempoh 30 hari.

Kalau habis awal saya ulang langkah pertama tadi.

Kalau tak habis dalam 30 hari, bakinya akan burn.

Jadi saya perlu bijak pilih jumlah data mengikut kegunaan saya.

Kredit DA dan MA Onexox

Jika sebelum ini pengguna telco onexox agak pening dengan pembahagian kredit di Akaun DA (Dedicated Account) dan Akaun MA (Main Account).

Sekarang penggunaan terma DA dan MA seolah-olah telah dilupakan selepas Onexox memperkenalkan Season Pass (SP).

Walaupun sebenarnya kredit DA dan MA masih lagi wujud dalam Onexox, yang bestnya pengguna dah tak perlu nak pening kepala memikirkan fungsi dan penggunaannya.

Sebelum ni kalau akaun MA tak cukup nak beli data, kita perlu memindahkan kredit dari akaun DA ke akaun MA yang mana agak renyah kalau nak buat, lagi-lagi untuk user baru.

Teruskan membaca.

Menu Nombor untuk Langgan Data Onexox

Sekarang, dah tak perlu pening kepala.

Nak beli data? Terus je dail menu ussd Onexox iaitu *150# dan pilih menu internet untuk pilihan data yang kita nak.

Cek baki Internet, kredit dan Baki Season Pass : Dail *150*1#

Cek baki kredit dan Season Pass : Dail *132#

Season Pass Onexox

Malah sekarang ni untuk langganan data Onexox, pengguna dah tak perlu beli data dari pakej biasa tu.

Sebab sekarang Onexox dah ada Season Pass.

Data dan minit panggilan boleh dibeli secara pukal dan disimpan untuk kegunaan bila diperlukan.

Contohnya camni.

Sekiranya anda membeli Data Season Pass Onexox sebanyak 13gb (dengan harga RM50), data sebanyak 13gb itu sebenarnya telah disimpan di dalam Season Pass anda. Dan ianya tak aktif.

Selagi tak diaktifkan, selagi tu la tak expired.

Atau kalau saya gelarkan Data disimpan dalam stor.

Data itu boleh ‘dipanggil’ atau diaktifkan sedikit demi sedikit mengikut keperluan kita.

Saya bagi lagi contoh untuk penggunaan Data Season Pass ni.

Sekiranya saya memerlukan hanya 500mb sebulan, maka saya hanya perlu ‘tarik’ atau ‘panggil’ atau aktfikan (atau lebih tepat langgan) dari data 13gb Season Pass tadi untuk digunakan.

500mb yang saya telah aktifkan dan langgan tu perlu saya habiskan dalam masa 30 hari.

Selebihnya 9.5gb dalam Season pass tadi boleh disimpan sampai bila-bila selagi simkad saya aktif.

Kalau 500mb tadi habis sebelum 30 hari, saya hanya perlu langgan lagi data dari Season Pass yang berbaki 9.5gb tadi.

Saya boleh pilih nak langgan 500mb untuk 30 hari, 2gb untuk seminggu, 1gb untuk 30 hari, 2gb untuk 30 hari dan beberapa pilihan yang Onexox telah tetapkan.

Untuk Mereka Yang Suka Berjimat

Apa yang anda belajar dari sistem Season Pass yang diperkenalkan Onexox ni?

Penjimatan!

Ya! Penjimatan sebab kita boleh kawal penggunaan data yang kita perlukan.

Kalau rasa-rasa bulan ni pakai kurang data sebab di pejabat dan di rumah ada wifi, langgan je lah 500mb untuk sebulan.

Sekiranya kita diluar kawasan untuk jangka masa beberapa lama, langgan terus 1gb atau 2gb dari Season Pass untuk masa sebulan.

Boleh je langgan 500mb sebulan, kalau habis langgan lagi.

Tak pun tambah sahaja data (Data Add On) untuk diaktifkan sekiranya tempoh aktif data yang telah diaktifkan masih panjang.

Tak rugi apa pun sebab tetap juga data dari Season Pass yang ‘ditarik’ bukannya perlu beli guna kredit telefon.

Minit Panggilan Season Pass

Selain data, minit panggilan juga ada dalam Season Pass.

Sekiranya saya membeli 333 minit panggilan dari Season Pass, saya tak perlu risau bila minit panggilan itu perlu dihabiskan.

Saya hanya perlu buat panggilan seperti biasa dan minit panggilan akan ditolak sejurus kita membuat panggilan.

Sekiranya saya tak buat panggilan dalam masa sebulan, dua bulan, 3 bulan, 2 tahun? Tiada masalah.

Simpanlah minit panggilan tu selama mana simkad Onexox saya aktif.

Minit panggilan ni tiada tamat tempoh.

Best kan?

Saya ada buat satu penerangan berkaitan dengan Season Pass Onexox di artikel Senarai Lengkap Pakej Langgan Season Pass.

Boleh baca artikel tersebut untuk lebih faham jenis Season Pass ni.

atau Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan tentang Onexox Prepaid atau Black atau eSIM di O1O6OO9966.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

6 comments

    1. Soalan yang bagus. Data yang;
      1. Dibeli dari happy hour,
      2. Yg ditranster oleh user xox lain kepada kita
      3. Dibeli dari Seasonpass (menu *150#)

      Akan masuk ke dalam simpanan Seasonpass (untuk onexox prepaid).

      Kalau tak paham jugak, boleh whatsapp saya O1O6OO9966

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *