Awas! Mesej Whatsapp Anda Mungkin Dibaca Orang Lain Secara Live

Semakin hari teknologi komunikasi semakin canggih. Termasuklah bagaimana cara kita boleh guna Whatsapp di web selain di smartphone. Dan ini memungkinkan Whatsapp anda dibaca orang lain secara live.

Secara positifnya perkara ni memudahkan pengguna untuk berkomunikasi menggunakan Whatsapp menggunakan mode web, lebih laju menaip.

Tapi disebalik kecanggihan dan kemudahan ini korang perlu juga prihatin tentang cara  ia beroperasi. Selagi Whatsapp tu belum di logout, selagi tu lah ianya boleh diakses di web dalam tempoh masa tertentu walaupun handphone korang berada jauh dari pc atau laptop.

Paparan Whatsapp Web yang mungkin orang lain boleh baca secara online tanpa anda sedari.

Setiap kali selepas korang selesai guna Whatsapp web korang kena pastikan korang log out dari sistem Web Whatsapp tu sebab orang lain boleh akses Whatsapp korang bila diaorang guna laptop atau pc yang korang guna untuk akses Whatsapp Web tadi.

Selagi korang tak log out selagi tu lah Whatsapp ni running setiap kali diaorang masuk ke web.whatsapp.com.

Buta-buta je diaorang baca semua mesej-mesej korang tadi secara realtime.

Tapi kalau korang akses Whatsapp web tadi guna mode incognito korang selamat. Sebab ianya tak di save. Tengok Video ni atau baca terus artikel dibawah.

Cara Log Out Whatsapp Web

1. Buka Whatsapp, tekan butang menu (atas sebelah kanan) dan sentuh pada Whatsapp Web.
2. Sentuh pada Log Out from all computers

Bila dah log out Whatsapp web tadi, paparan kat web akan jadi camni.

keluar dari Whatsapp
Paparan setelah Log Out Whatsapp

Oh ye! Korang tau tak sebenarnya korang boleh install lebih dari 1 Whatsapp kat dalam 1 handphone?Jadi berhati-hatilah dalam menggunakan teknologi.

Sentiasa ingat untuk Log Out Whatsapp dari web sebelum kita meniggalkan laptop atau pc dan selepas selesai kerja menggunakan Whatsapp Web.

Kalau nak tau caranya boleh terus download kat sini. Tak perlu root, install cam biasa je.

Kalau korang suka nak tukar2 nombor whatsapp tanpa install whatsapp lain boleh la baca kat artikel aku sebelum ni bertajuk cara daftar nombor whatsapp baru tanpa uninstall whatsapp.

Share pada kawan-kawan ye supaya diaorang pun beringat untuk Log Out Whatsapp diaorang. Terima kasih.