Happy Hour Onexox terkini dan terjimat

Psstt… Ada satu telco tu kan, ada guna terms Happy Hour jugak tau. Tapi just nak bagitau la kat sini, Happy Hour Onexox lagi best. Happy hour punya pasal saya siap boleh karang 1 artikel hehehe.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Anda boleh menyemak tawaran terkini Happy Hour menggunakan menu USSD *150# atau Aplikasi Black. Baca lanjut di artikel Cara Semak Tawaran Happy Hour dan Season Pass.

Happy Hour Hari ini

Kalau masa mula-mula happy hour diperkenalkan dulu, ada 3 jenis je;

  1. Data 10gb dengan harga RM50
  2. Data 5gb dengan harga RM30
  3. Minit panggilan (voice) 333 minit dengan harga RM30.

Selain dari tu memang takde.

Tapi itu dulu la.

Onexox kan berubah. Mesti la ada perubahan.

Tapi perubahan yang lebih baik. Lebih menaikkan nilai kepada end user.

Owh, btw (by the way), Happy Hour Onexox adalah tawaran dari Telco Onexox untuk pengguna Onexox (Black atau Prepaid) mendapatkan data dan minit panggilan tambahan.

Happy hour Onexox hari ini
Contoh happy hour 13Gb untuk harga Rm50 (Januari 2019)

Tawaran biasanya bermula awal pagi jam 8 pagi (lebih kurang) dan berakhir 12 tengah malam.

Dalam seminggu, lebih kurang 3 atau 4 kali akan ada tawaran Happy Hour Onexox ni.

Happy Hour Onexox Terkini

Baik, kita sambung cerita pasal perubahan (saya lebih suka panggil evolusi) tawaran Happy Hour Onexox.

Sejak berlakunya perubahan tu, ada macam-macam variasi Happy Hour yang pihak Onexox wujudkan.

Antaranya;

  1. Data 10Gb, percuma 2gb dan 100 minit Panggilan untuk RM50 (Total 12gb dan 100 minit panggilan)
  2. Data 5Gb, percuma 1gb untuk RM30 (Total 6gb)
  3. Data 10Gb, percuma 3gb untuk RM50 (Total 13gb)
  4. Data 5gb, percuma 50 minit panggilan untuk RM30 (total 5gb dan 50 minit panggilan)
  5. Data 10gb, percuma 50 minit panggilan untuk RM50 (total 10Gb dan 50 minit panggilan)
  6. Dan lain lain tawaran lagi.

Kalau tengok betul-betul, setiap tawaran tak sama.

Sebab tu, setiap kali ada Happy Hour, user Onexox perlu perhatikan adakah pakej tawaran hari itu berbaloi untuk dibeli.

Berbaloi Sebab semua Carry Forward

Semuanya memang la berbaloi, cuma kalau user tu masih ada data 50gb, takkan la dia nak beli lagi data 10Gb atau 5Gb tawaran Happy Hour ni kan? Lagi-lagi kalau dia user Onexox Black.

Tapi kalau dia nak beli, untuk tambah lagi data dalam akaun dia (Black atau Season Pass untuk Prepaid), boleh je.

Takde masalah.

Sebab semua data dan minit panggilan tu takkan expired.

Akan terus dicarry forward.

Yaaaaaa! Itulah kelebihan Onexox.

Data, minit panggilan dan sms dalam Season Pass (Onexox Prepaid) takkan expired takkan luput selagi tak diaktifkan.

Data, minit panggilan dan sms dalam Onexox Black, akan terus dibawa ke bulan depan (carry forward) sekiranya tak habis digunakan. *Max 100gb (untuk data internet).

Dua-dua best.

Dua-dua ada kelebihan yang takde kat telco lain.

Cara nak tahu Bila Ada Tawaran Terbaru

Ada 4 cara nak tahu bila ada tawaran happy hour Onexox.

  1. Pihak Onexox sendiri akan SMS tawaran setiap kali ada Happy Hour.
  2. Melalui menu USSD code *150#. Pergi ke Menu Season Pass & Happy Hour (menu 6 untuk Prepaid, menu 4 untuk Black). Kalau takde Happy Hour, takkan ada paparan kat situ.
  3. Melalui Apps Black kat Playstore atau Apple Store.
  4. Melalui saya. Saya akan Whatsapp dan beritahu setiap kali ada Happy Hour. Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk maklumat lanjut. PERCUMA je saya inform ni. Tak perlu bayaran.

Dalam banyak-banyak cara tu, saya rekemen cara yang ke4.

Ye, saya sendiri akan inform tawaran Happy Hour yang ada pada hari berkenaan melalui Whatsapp.

Jadi kalau korang tak nak ketinggalan tawaran Happy Hour Onexox, tapi malas nak nak cek, serahkan kepada saya.

Whatsapp saya O1O6OO9966, perkenalkan diri. Nanti saya save nombor korang.

Cara Nak Beli Tawaran Terkini

Ok, kalau nak beli Happy Hour ni, kena pastikan kredit korang cukup lah.

Untuk pengguna Onexox Prepaid, pastikan baki (Tak kisah DA atau MA) cukup.

Contoh pemberitahuan Happy Hour melalui SMS
Atau menggunakan Apps Black

Bagi user baru Onexox Prepaid pulak, anda lebih beruntung. Dalam 10 hari anda boleh dapat data dan minit panggilan yang banyak dengan membeli Welcome Deal Onexox.

Onexox Black? Anda lebih beruntung sebab boleh dapat data 44GB dengan bulanan RM59 atau 100GB dengan bulanan RM89. Untuk membeli atau bertukar ke plan B59DB atau B89DB boleh beli di Onexox Telco.