Kalau mengikut pengetahuan dan pengalaman saya, tak banyak telco yang menyediakan tempoh aktif paling lama. Cuma ada beberapa je, tapi saya nak tunjukkan cara nak panjangkan tempoh kredit selama 2 tahun 4 bulan.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Bukan susah pun caranya.
Isi Kandungan
Tempoh Sah Kredit Yang Panjang dan Lama
Cuma perlu topup.
Ye kawan-kawan, cuma perlu topup simkad korang dengan kredit (mengikut telco masing-masing) dan tempoh kredit korang akan panjang.
Telco mana yang sediakan perkhidmatan temph kredit panjang?
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Sebelum tu saya nak tolak beberapa telco yang memang tak boleh bagi tempoh panjang untuk kredit mereka;
- Maxis,
- Celcom,
- Digi,
- RedONE,
- dan lain-lain.
Ok sekarang kita tengok telco yang sediakan tempoh kredit panjang;
- Tunetalk – Tempoh aktif kredit 1 tahun. (RM22 untuk setahun Validity)
- Tron – Tempoh aktif kredit 1 tahun. (Sebarang topup sama ada RM10, RM30, RM50 akan layak dapat tempoh aktif kredit 365 hari)
- Onexox – Tempoh kredit aktif 2 tahun 4 bulan (minimum topup RM10 sebagai syarat. Percuma 2 tahun 4 bulan sekiranya bertukar ke Onexox).
Apa yang menariknya berkaitan validity onexox (tempoh aktif kredit) sekiranya kita membuat tambah nilai, tempoh aktif kredit akan makin bertambah.
Contoh, tempoh aktif sedia ada adalah 2 tahun 4 bulan, sekiranya kita topup RM10, tempoh akan ditambah menjadi 2 tahun 4 bulan 10 hari.
Itu kalau topup RM10, kalau topup RM50 camna pulak?
Ye, akan ditambah lagi 50 hari lagi untuk tempoh aktif sim. Menarik kan?
Kelebihan Onexox
Bila dah tak fikir pasal topup kredit ni, otak kita semacam tenang. Sebab tak ditekan dengan rasa keterpaksaan untuk pastikan nombor kita aktif dengan topup setiap bulan.
Kita hanya perlu topup sekiranya perlu. Contohnya kalau kredit habis, topuplah lagi untuk buat call atau sms.
Ataupun, kalau data habis. Topup lagi jumlah yang diperlukan untuk beli data.
Perlu diingat, makin kita topup, makin jauh tempoh sah kredit tu. Silap-silap boleh sampai 5-6 tahun tempoh sah (dan makin bertambah).
Jadi camna?
Berminat nak bertukar ke Onexox?
Hubungi saya sekarang untuk dapatkan nombor Onexox.